Bab 15 ❤

20.7K 526 10
                                    

" Sayang, esok exam BM right? Buat leklok tau? Ingat pesan Abang and cikgu-cikgu yang ajar Sayang kat sekolah tu. Jangan hampakan diorang. Especially, Mummy and Daddy okey? " Ujar Amir Lufias sebaik sahaja selepas menunaikan solat fardhu Maghrib.

" In shaa Allah , Abang. Sayang cuba buat yang terbaik. Apa-apa pun, Sayang nak berterima kasih kat Abang sebab dah ubah diri Sayang. Dari seorang yang sosial kepada seorang gadis yang mendekatkan diri dengan Allah. " balas Tun Qhalesya sambil mencium tangan suaminya.

" Sayang ubah atas sebab Sayang yang nak ubah. Bukan sebab Abang. Abang tahu Sayang yang terbaik buat Abang. Sebab tu Abang tak tolak pelawaan Papa and Mama masa berbincang nak kahwin dengan Sayang. Sebab Abang memang dah tahu Sayang ni memang khas buat Abang. " kata Amir Lufias sambil memegang wajah isterinya.

" Abang . . . " air mata Tun Qhalesya sudah bertakung. Akhirnya, air mata Tun Qhalesya terjatuh juga setitik demi setitik. Sebaik sahaja air matanya jatuh, dia terus memeluk suaminya itu.

" Eh, Sayang janganlah nangis. Abang cakap benda betul je. Maaf kalau Abang ada cakap benda yang salah. Abang sayang Sayang tau. Abang janji takkan cari lain. "

Isya hanya mendiamkan diri sahaja di dalam dakapan suaminya. Dengar nada suara Isya menangis kerana sebak.

" Esok , Abang akan tunggu Sayang dari Abang hantar Sayang hingga waktu Sayang balik. Abang tunggu Sayang kat kantin tau. Dah, sekarang ni Sayang pergi tidur. Pukul 3 pagi nanti bangun buat solat hajat then study sikit. " kata Amir Lufias sambil meleraikan pelukannya dan memandang mata isterinya yang masih sedang menangis. Amir Lufias kemudiannya mengelap air mata isterinya dengan ibu jarinya.

" Thanks Abang. " Isya mula tersenyum.

" Sama-sama Sayang. " Lalu Amir Lufias pun mencium di ubun-ubun Isya.

____________________________________________

" Abang, Sayang naik ke dewan dulu tau. Doakan Sayang dapat buat yang terbaik. " kata Isya sambil bersalaman dengan suaminya.

" Okey, Sayang. "

Amir Lufias mahu mencium dahi Tun Qhalesya, malangnya di halang oleh Isya.

" Aip ! Sekolah ni. Malu lah. "

" Aloo, please please please. " kata Amir Lufias sambil mencebik.

" Ngade. " Tun Qhalesya mencubit perut suaminya.

" Sakitlah Sayang! " jerit Amir Lufias dengan nada perlahan.

" Bye ! " Isya terus berlari menaiki tangga untuk ke dewan peperiksaan.

"Sayang Sayang " kata Amir Lufias sambil menggeleng kepalanya kerana melihat gelagat isterinya itu.

Amir Lufias berjalan mengundur ke belakang kerana melihat isterinya yang sedang berlari menaiki tangga. Tetiba sahaja . . .

* dushhhhh *

Amir Lufias berpusing dan melihat seorang wanita yang tidak memakai tudung mengutip buku-buku di jalan.

" Opps, maaf Puan. Saya tak sengaja terlanggar Puan. " Kata Amir Lufias sambil menolong wanita itu mengutip semua buku.

" Okey, takpe. " Wanita itu bangun kerana sudah selesai mengutip bukunya. Amir Lufias masih mengumpulkan beberapa buah buku yang masih di jalan.

Amir memandang depan dan dia terus mengucap di dalam hatinya. Mana tidaknya, wanita itu hanya mengenakan skirt paras lutut. Iman lelaki mana yang tidak tergugat melihat sebegitu. Amir Lufias terus bangun dan menghulurkan buku itu.

Suamiku Guru Tuisyen?Where stories live. Discover now