Sudah 2 hari Dani mencari jawapan tapi satupun tiada. Dani ligat memikir macam mana hemdak mencari jawapan.
"Aku dah tak ada cara lain selain tanya along." Dani berdiri lalu keluar dari bilik. Dia mengetuk pintu bilik Idham."Eh, Dani.. kenapa?" Soal Idham yang sedang menghadap laptop. "Along sibuk tak?" Tanya Dani.
"Tak sangat. Kenapa?" Dua kali soalan 'kenapa' itu keluar.
"Dani nak tanya something boleh tak?" Dani meminta izin. Dia duduk di birai katil.
"Apa dia?"
"Pasal Hana dengan angah.."
"Kenapa dengan diorang?"
"Apa sebenarnya masalah Hana dengan angah? Hari tu masa along dengan angah gaduh. Dani ada dengar pasal kisah silam, perempuan tak guna dan adik tak guna." Tangan Idham terhenti menaip di 'powerpoint'.
Idham mengeluh panjang. "Sebenarnya benda ni dah lama jadi. Sejak Hana tingkatan empat." Ujar Idham memulakan bicara. Dani mengira-ngira jarak masa.
"Tujuh tahun? Macam tak percaya. Rare!" Ujar Dani. "Along pun sebenarnya tak berapa tahu. Yang along tahu.. masa tu Adif selalu hantar, jemput Hana pergi sekolah. Ada seorang senior Hana tingkatan lima tak silap nama perempuan tu Emy. Adif suka dekat Emy. Hubungan Adif dengan Hana ramai yang tak tahu mereka adalah adik beradik. Mereka menyangka Adif adalah teman lelaki Hana.
Jadi satu hari tu Adif jumpa Emy secara empat mata itupun Hana yang rancang. Lepas perjumpaan tu Adif dengan Emy selalu keluar bersama. Hingga satu hari, along tak tahu apa yang Hana buat sampai Emy pindah sehingga hilang jejak dan hubungan Adif dan Emy terputus." Idham jeda."Dan semenjak itu.. hubungan Adif dan juga Hana makin renggang. Sebab perempuan dia buat Hana macam ni. Semua perwatakan Adif hilang. Begitu juga dengan Hana. Sikap Hana yang dulu selalu dipenuhi dengan senyum dan tawa hilang digantikan dengan kesedihan dan air mata."
"Azlan tu siapa?" Soal Dani.
"Azlan? Macam mana Dani tahu pasal Azlan?" Soal Idham. Kenapa mulut aku ni.
"Sebelum tu Dani minta maaf. Dua hari lepas masa semua orang keluar. Dani pecah masuk bilik Hana." Ujar Dani.
"What?! Kenapa?" Suara Idham mula tinggi.
"Sebab Dani nak tahu sangat apa masalah Hana dengan Angah. Along tak marah kan?"
"Nak tahu cerita pasal Azlan?" Soal Idham. Dani mengangguk.
"Semasa Hana habis tingkatan empat kat Perak. Along ambil keputusan untuk pindahkan dia sekolah kat KL. Sambung tingkatan lima dia. Ibu dan abah pun setuju. Pertama sekali hati Hana berat nak pindah sebab bakal berjauhan dengan parents. Apabila dia berfikir lagi akhirnya dia setuju. Sampai kat sekolah tu orang pertama Hana jumpa adalah Sarah."
"Along..nak tanya."
"Sebarang pertanyaan dibenarkan selepas saya menceritakan kisah silam." Ujar Idham.
"Amboi.. along. Ok sambung."
"Orang kedua dia jumpa adalah Azlan. Kalau dia jumpa dengan Azlan mereka berdua asyik bergaduh. Sebenarnya Azlan dah suka kat Hana pertama kali jumpa tu. Jadi Azlan minta tolong Sarah supaya memberikan Hana sekeping kertas untuk mereka berjumpa dihadapan tasik." Dani mengerutkan dahi. Kertas? Tasik? Oh yang tu.
"Sarah memujuk Hana supaya mahu berjumpa dengan Azlan. Hana terpujuk. Hari tulah Azlan propose Hana untuk jadi girlfriend dia." Dani mengangguk.
