Hana masih membaca nota yang terlekat di peti ais. Dia serba salah.
-saya minta maaf sebab rumah tangga kak Hana dengan abang Dani hampir musnah. Saya akan tinggalkan rumah ni dan saya nak cerai dengan abang Dani.- Kayla.
Dia duduk di meja makan. Mood ingin membuat sarapan telah hilang. Telefonnya berdering.
"Helo. Ya, saya Hana. A..apa? Kejap lagi saya dengan suami saya sampai." Hana meneroa Dani yang berada di ruang tamu.
"Awak, kita pergi hospital jom." Hana menggerakan tangan Dani.
"Awak sakit ke?" Soal Dani.
"Bukan saya yang sakit. Kayla masuk hospital." Ujar Hana. Dani mengelamun seketika.
"Awak jomlah." Hana mendesak. "Jom. Awak pergi siap. Saya ambil Daniel." Ujar Dani. Hana terus mengambil tudung masuk, Dani mengambil Daniel dan mereka bergerak.
Hana dan Dani singgah sebentar di rumah puan Lina. Mereka meminta tolong kepada puan Lina untuk menjaga Daniel. Puan Lina tersentak dengan berita yang bari disampaikan, patutlah mak Mah belum masuk kerja lagi.
Dani dan Hana segera pergi ke hospital. Sampai sahaja di hospital mereka bertanya kepada seorang jururawat. Setelah tahu keberadaan Kayla mereka menuju ruang bedah.
Mereka melihat mak Mah duduk di kerusi dengan tangisan. Hana meluru ke arah mak Mah.
"Mak mah macam dengan Kayla?" Soal Hana. "Kayla masih kat dalam. Doktor belum keluar lagi." Ujar mak Mah. Hana memandang Dani, Dani memandang Hana. Dani duduk di sebelah Hana.
Sejam kemudian doktor keluar. Mak Mah langsung menerpa ke arah doktor lelaki itu.
"Doktor macam mana anak saya?" Soal mak Mah.
"Dia bernasib baik, keadaan dia agak stabil. Dia cuma overdose, kerana terlalu tekanan. Terlalu banyak mengambil dos dalam satu masa. Dia ada migrain kan?" Doktor itu memandang mak Mah. Mak Mah mengangguk. Hana dengan Dani hanya mendengar.
"Dia ada migrain teruk, tapi migrain dia dah lama tak datang semenjak dua tahun lalu dan pil yang dia makan tu ubat migrai dia." Terang mak Mah. Doktor itu mengangguk.
"Kami dah pindahkan dia ke wad ICU, saya pergi dulu." Ujar doktor itu. Mereka bertiga segera ke wad ICU.
DANI menunggu di luar. Dia tidak mahu masuk. Hana dan mak Mah berada dalam wad ICU. Tiba-tiba mereka berdua mendengar suara Kayla sedang memanggil nama seseorang.
"Dani.." Mak Mah dan Hana memandang Kayla. Hana semakin serba salah. Kalaulah aku tak suruh Dani kahwin dengan Kayla, semua ni takkan jadi, kalaulah aku berhentikan je Kayla. Semua ni sebab aku ingin melihat penderitaan Kayla dilayan teruk dengan Dani. Ni sebab perasaan dendam. Bisik Hana.
"Dani.." Kayla masih memanggil nama Dani. Mak Mah memanggil doktor. Doktor itu menyuruh mereka keluar.
Doktor itu kembali keluar. "Boleh saya tahu siapa Dani?" Soal doktor itu. Mak Mah dan Hana serentak memandang Dani. Dani pulak memandang doktor itu.
"Saya." Ujar Dani.
"Sebaiknya awak masuk, dan bercakap dengan dia. Mana tahu dia boleh sedar apabila dia dengar awak bercakap dengan dia." Ujar doktor itu kemudian berlalu.
Dani masih kaku duduk. Hana memandang sayu. Mak Mah sudah masuk ke dalam wad Kayla. "Awak.." Seru Hana.
"Apa? Nak saya masuk cakap dengan dia?" Soal Dani. Dia sudah tahu apa yang Hana akan cakap.
"Please Dani." Rayu Hana.
"Ok saya masuk. Lepas dia sedar dan sihat seratus peratus saya akan ceraikan dia." Ujar Dani.
"Dani.."
"Dah Hana, saya takkan ikut cakap awak. Saya suami awak, sepatutnya awak dengar cakap saya. Saya tak sepatutnya kahwin dengan Kayla dulu saya boleh bantah." Ujar Dani kemudian masuk ke dalam wad Kayla.
Hana menarik nafas. Betul apa yang Dani cakap, aku dah buat keputusan yang salah besar dalam hidup, tapi Dani tak setia dengan dengan aku. Setahun! Setahun bukan waktu yang sekejap, kalau dia betul-betul cintakan aku dia akan jujur dengan aku. Bisik Hana. Mak Mah keluar dari wad dan melihat Hana sedang menangis.
"Hana.." Panggil mak Mah lalu duduk di sebelah Hana.
"Saya minta maaf mak Mah kalau bukan sebab saya semua ni tak jadi. Kalau saya tak suruh Dani kahwin dengan Kayla. Saya buat Kayla menderita selama beberapa bulan kerana saya nak Kayla rasa apabila saya tahu saya kena tipu oleh Dani." Ujar Hana. Mak Maha memeluk Hana.
"Dahlah jangan nangis. Mak Mah tahun perasaan kamu. Jangan salahkan diri semua ni takdir tuhan. Kayla pun sama dia tak patut buat makan pil banyak macam tu." Mak Mah menggsosok belakang Hana.
WAJAH yang pucat hanya ditatap. Sudah 10 minit dia berada dalam wad ini, satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Dia mendengar Kayla masih memanggil namanya.
Apa aku nak cakap? Takkan aku nak cakap aku cintakan dia? Aku sayangkan dia? Dani menyoal dirinya sendiri.
"Kayla.. bangunlah. Takkan kau nak macam ni? Kau tak kesian dengan mak kau yang menangis tunggu kau bangun? Kau patut panggil mak kau, bukan nama aku." Ujar Dani.
"Aku minta maaf sebab buat kau macam tu. Tapi aku memang tak pernah cintakan kau, dan aku tak pernah sayangkan kau. Aku cuma cintakan Hana. Ya! Aku mengaku sebab curang dengan Hana. Aku bukan jenis lelaki yang nampak perempuan cantik terus terpikat. Sebenarnya masa aku gigit leher kau aku terbayangkan Hana, masa aku cium kau pun aku terbayangkan Hana. Aku masih menanggung rindu lima tahun walaupun dia dah jadi isteri aku."
"Dan kami ada anak. Sekarang aku pun masih tanggung rindu tu. Tolonglah bangun Kayla dan terima kenyataan yang aku memang takkan sayangkan kau atau cinta kat kau." Ujar Dani kemudian terus kekuar dari wad Kayla.
Sampai diluar dia melihat Hana tertidur di bahu mak Mah dengan kesan air mata. Sekali lagi, aku buat Hana menangis. Aku memang suami tak berguna, aku tak layak jadi suami Hana, tapi lepas ni aku akan berusaha untuk menjadi suami dan daddy terbaik buat Hana dan Daniel. Hanya Hana dan Daniel. Bisik Dani. Dia mengejutkan Hana.
Bangun sahaja dia terus menarik tangan Hana dan meminta diri dari mak Mah. Mak Mah mengangguk. Hana yang masih mamai hanya mengikut Dani. Sepanjang perjalan Hana menyambung tidurnya. Dani terus ke rumah mereka tanpa mengambil Daniel.
Dia akan menelefon puan Lina untuk menjaga Daniel beberapa hari sehingga masalah mereka selesai. Dani mengaangkat Hana naik ke bilik dia memembaringkan Hana di atas katil lalu mengucup dahi Hana.
"Saya minta maaf, sangat-sangat minta maaf. Saya akan cuba jadi suami yang baik untuk awak dan jadi daddy yang terbaik untuk Daniel." Dani berdiri tapi tangannya ditarik Hana.
"Saya pun minta maaf, sebab paksa awak kahwin dengan Kayla. Saya pun akan jadi isteri dan mummy yang terbaik buat awak dan Daniel." Ujar Hana lalu menyalam tangan Dani. Dani tersenyum begitu juga dnegan Hana.
KAYLA membuka matanya, dia melihat ibunya sedang memengang tangannya dan tidur di situ. Dia menangis. Mak Mah terjaga apabila mendengar tangisan Kayla.
"Kayla dah sedar sayang? Kejap mak pergi panggil doktor." Kayla menahan tangan ibunya lalu menggeleng perlahan.
"Mak.. Kayla minta maaf sebab buat mak susah hati dan buat mak menangis. Kayla janji dengan mak Kayla akan lupakan Dani. Kayla takkan ganggu rumah tangga orang." Ujar Kayla lalu menangis. Mak Mah juga menangis dan terus memeluk anaknya.
Sorry korang tak puas hati dengan cerita ni. Vote & komen.
