Mereka semua sudah sebulat suara untuk tidak memberitahu encik Ismail dan puan Tania perkara ini. Ibubapa Hana hanya dua hari di Kuala Lumpur, Mereka tidak boleh terlalu lama meninggalkan rumah nereka di Perak.
"Saya nak Dani dengan Kayla nikah lusa." Ujar Hana ketika mereka berada di rumah banglo milik Dani dan Hana. Yang lain hanya diam, mereka tidak dapat membantah kata Hana. Kali ini Hana benar nekad.
Hana melangkah naik ke bilik tidurnya. Dani mengikut jejak Hana. "Kalau itu yang Hana nak, kita semua tak boleh bantah." Ujar puan Lina memandang Kayla yang menunduk. Kelihatan mata gadis itu agak sembap akibat terlalu banyak menangis barangkali.
Puan Lina juga meninggalkan ruang tamu masuk ke dalam bilik tetamu. Adif, Idham, Nurul dan Sarah juga berlalu ke bilik masing-masing. Tinggal mak Mah dan Kayla sahaja yang berada di ruang tamu itu.
"Apa yang kamu dah buat ni Kayla?" Mak Mah menggoncang tubuh Kayla. Kayla sudah menangis teresak-esak. "Mana mak nak letak muka? Mak malu nak berhadapan dengan keluarga encik Farid." Mak Mah juga ikut menangis dipukul-pukul lengan Kayla.
"Kayla minta maaf mak." Ucap Kayla perlahan. "Minta maaf? Dengan minta maaf kamu semua boleh kembali pada asal ke? Kamu dah rosakkan rumah tangga orang. Mak hantar kamu untuk kerja, bukan untuk hancurkan rumah tangga orang." Dia sudah ingin menampar pipi putih Kayla tapi pergerakan tangannya terhenti apabila tangannya ditahan oleh seseorang.
"Jangan salahkan Kayla, semua ni salah Dani. Dia sendiri tahu dia dah kahwin, boleh pulak dia buat masalah. Saya dah kena tipu selama sembilan bulan oleh Dani, suami saya sendiri." Ujar Hana kemudian dia terus berlalu ke dalam dapur. Kebeteluan dia turun ke dapur ingin mengambil minuman dia ternampak pula mak Mah ingin menampar Kayla.
Hana kembali naik ke dalam biliknya, dia tidak mengendahkan dua orang manusia yang masih berada di ruang tamu.
"Apa salah Hana pada kamu? Tengok tu, dia masih bela kamu walaupun suami dia buat salah." Mak Mah berdiri meninggalkan Kayla di situ. Kayla menangis teresak-esak. Kalaulah aku tolak perkerjaan ni dulu mesti semua ni tak jadi. Kalaulah aku tak jatuh cinta dengan Dani. Monolog Kayla.
Tidak guna penyesalan sekarang Kayla, dah terlambat, semua dah jadi. Kau tak perlu menyesal. Bisik hati Kayla, dia berdiri menuju ke biliknya.
TINGKAH lakunya hanya di perhatikan oleh Dani. Hana mengangkat kepala kemudian kembali berbaring di sebelah Daniel. Hana tidak memeperdulikan pandangan Dani.
"Awak tak nak tidur ke?" Soal Hana tanpa memandang Dani dia masih meneruskan kerjanya memukul perlahan paha Daniel.
"Dah tak nak pandang muka saya ke?" Dani mendekati Hana dia duduk di birai katil. Hana diam tidak memberikan sebarabg reaksi.
"Saya minta maaf. Saya tak berniat nak buat macam tu. Saya tahu susah untuk awak percaya kat saya. Saya tak setia kat awak." Ujar Dani perlahan. Ya! Dia sudah musnahkan kepercayaan Hana.
"Dahlah Dani. Awak pergilah tidur. Benda dah jadi, awak minta maaf macam mana sekali pun, tak ada yang akan berubah. Takkan kembali pada asal." Ujar Hana malas.
"Hana, tolong batalkan perkahwinan tu. Saya tak nak kahwin dengan Kayla. Saya langsung tak sayangkan dia." Dani cuba memujuk Hana.
"Apa maksud ciuman tu kalau awak tak sayangkan dia? Okay kalau awak nak batalkan perkahwinan tu." Hana duduk dibirai katil. Dani sudah tersenyum. "Ceraikan saya." Senyuman Dani mati.
"Bokeh tak awak jangan cakap pasal cerai? Saya simpati dengan dia." Dani sudah mengusutkan rambutnya. Keadaan Dani sekarang sudah tidak terurus.
"Simpati? Jangan buat lawaklah Dani. Simpati apa kalau sampai awak berani cium dia? I got it. Tu bukan simpati, itu nafsu." Ujar Hana. Dani terdiam. Dia tahu itu cuma nafsu.
"Just married with her. Please Dani, awak dah kiss dia tanpa hubungan yang sah. And saya dah tolong awak untuk sahkan hubungan tu, lepas nikah korang buatlah apa yang korang nak buat." Ujar Hana dengan tangisan. Isteri mana yang sanggup melihat suaminya bersama perempuan lain.
"Hana, I know you're strong enough to face all of this even your heart is hurt because of my mistakes. I'm so sorry." Dani sudah tidak tahu berapa kali dia melafazkan perkataan 'minta maaf'.
"Saya tak marahkan awak pun Dani. But you right my heart still hurt because of you. You lie to me for nine months Dani not nine days or nine seconds." Hana tidak sanggup lagi memandang muka Dani.
"Yes! Awak marah saya. Kalaulah saya tak ikutkan nafsu waktu tu, semua ni pasti takkan jadi. Kalau saya tak cadangkan untuk ambil maid."
"Dani, ini takdir, semua dah jadi tak guna awak menyesal sekarang. Awak pujuk saya macam mana sekali pun. Keputusan saya tetal sama, awak dengan Kayla nikah lusa." Dani membaringkan tubuhnya. Dani mengeluh. Dia mengucup dahi Hana, Hana tidak menolak atau menepis.
HARI ini Kayla dan Dani akan dinikahkan. Hana hanya duduk di dalam bilik, tidak saaggup mendengar Dani melafazkan ijab dan kabul dengan nama Kayla. Ijab dan kabul mereka dijalankan pada waktu malam setelah solat maghrib.
Dalam rumah itu hanya mereka sahaja dan beberapa orang saksi. Saat lafaz pertama Dani tersasul melafazan nama Hana, percubaan kedua baru dia dalat menyebut nama Kayla.
Dani naik ke biliknya manakala Kayla naik ke biik yang berada di tingkat tiga. Dani melangkah maauk dengan perlahan. Kakinya berhenti dimuka pintu apabila dia mendengar Hana bercakap dengan Daniel.
"Daniel anak mummy. Daniel dah ada ibu yang baru. Mummy sayang dengan daddy tapi mungkin daddy lebih sayang dengan ibu baru Daniel kan? Tak apalah yang penting daddy lebih sayangkan anak mummy ni dari ibu baru Danielkan?" Hana mengucup dahi anaknya.
Hana menangis teresak-esak disitu. "Mummy tak sanggup nak dengar daddy lafazkan ijab kabul. Daddy dah tinggalkan mummy." Ujar Hana, dia masih belum menyedari kehadiran Dani.
Dani yang mendengar terasa kakiknya bergetar segera dia menerpa Hana dari belakang. Di peluknya tubuh itu. Hana ternyata terkejut.
"Sayang, saya sayangkan awak dengan Daniel dan saya takkan tinggalkan awak dan takkan pernah tinggalkan awak." Bisik Dani perlahan laau mengucup rambut Hana.
"Kenapa awak dekat sini? Bukan sepatutnya awak ada dekat bilik dengan Kayla ke? Pergilah naik dengan dia kat tingkat tiga." Ujar Hana perlahan.
"Saya tak nak tinggalkan awak." Ujar Dani.
"Awak ada dua tanggungjawab sekarang Dani. Please, go with her tonight." Hana masih memujuk Dani. Akhirnya Dani akur dia mencium dahi kedua-dua insan yang disayangi sebelum berlalu keluar dari bilik itu.
Dani masuk ke dalam bilik yang berada di tingkat tiga itu, dia melihat Kayla duduk di meja solek.
"Abang nak tidur sini ke?" Soal Kayla lembut.
Dani senyum sinis. "Kalau bukan sebab Hana paksa aku naik sini. Aku tak nak tidur dengan kau." Ujar Dani kasar panggilannya bertukar lalu membaringkan tubuhnya di sofa yang berada di dalam bilik itu.
"Janganlah tidur kat situ. Pergi atas katil tu." Ujar Kayla, dia mendekati Dani yang baring di sofa. Sentap dengan kata-kata Dani.
"Tak nak.."
"Nanti sakit pula badan abang tidur kat sini." Kayla masih lagi memujuk.
"Aku dah kat aku tak nak! Aku tak naklah! Kau jangan paksa aku macam ni! Heish menyusahkanlah!" Tengking Dani dia kembali melelapkan matanya dan diantertidur di situ. Kayla pula masuk ke bilik air untuk menangis.
Sorry korang i have to make Dany & Kayla kahwin, saya pun tak sanggup nak tulis tapi dah tu jalan cerita dia. Sorry Vote & komen..
