Genap 4 bulan Kayla bekerja dirumah Hana dan Dani. Perut Hana juga sudah agak buncit, hanya ada 5 bulan sahaja lagi akan keluar 'orang baru' yang akan menjadi cahaya buat Hana dan Dani.
Perasaan Kayla pada Dani pula semakin bertambah. Semakin hari dia semakin menyayangi Dani, susah hendak ditepis. Dia juga sudah biasa kepada Hana.
"Kak Hana, malam nanti nak masak apa?" Soal Kayla. "Tak tahulah pulak. Hmm akak teringin nak makan ketam masak lemak cili padi. Dalam peti ais ada ketam tak?" Soal Hana.
"Rasanya tak ada lah." Dia berdiri lalu membuka peti ais. "Tak ada kak. Kalau macam tu saya keluar pergi beli bahan sekali." Ujar Kayla. "Yalah." Hana hanya mengangguk.
Kayla masuk kedalam biliknya untuk bersiap, rambutnya diikat satu. Nampak sangat leher jinjang Kayla. Penampilan Kayla biasa sahaja, seluar jeans dan T-shirt lengan panjang.
"Saya pergi dulu kak." Ujar Kayla apabila Hana sudah memberinya duit dan memesan beberapa barang dapur yang sudah habis. Tidak banyak pun.
Sampai sahaja disana dia mengambil bakul, pertama sekali dia pergi ke tempat bahan basah, dia mengambil beberapa ekor ketam serta ikan. Selepas itu dia pergi ke tempat bahan kering dia mengambil beberapa kotak santan, susu formula untuk kandungan Hana dan beberapa lagi barang.
"Kayla?" Tegur seseorang. Kayla menoleh, dia tersentak apabila melihat Dani. "Abang buat apa kat sini?" Soal Kayla. Dani juga menyuruhnya memanggil dia sebagai 'abang'.
"Nak beli susu untuk Hana."
"Ni kak Hana dah pesan kat saya." Kayla menunjukkan kotak susu formula didalam bakul.
"Satu kotak je?" Soal Dani dia merenung Kayla.
"Kak Hana tak bagitahu berapa dia nak. Saya pun lupa tanya." Kayla gelisah apabila Dani memandangnya dengan pandangan yang lain macam. Dani pula melarikan pandangannya daripada melihat leher jinjang Kayla.
Apa kau ni Dani? Leher Hana lagi cantik kut. Bebel Dani, dia beristighfar.
"Kalau macam tu tambah tiga kotak lagi." Dani mengambi 3 kotak susu formula lalu diletakkan dalam bakul. Mak aih banyaknya, setahu aku kak Hana tak berapa minum susu ni, susu kak Hana masih ada lagi kat rumah ada lagi setengah. Dalam masa 4 bulan tak sampai dua kotak susu pun kak Hana minum. Getus Kayla.
"Apalagi tercegat kat situ? Tak nak balik ke?" Sergah Dani sambil membawa bakul yang berisi barang, takkan nak biar Kayla bawa barang ni kan. Kayla tersentak, dia kalut lalu berjalan mendahului Dani, Dani hanya tersengih kemudian menggeleng kepalanya. Selepas membayar mereka pulang. Sekejap-sekejap Dani mengerling melihat Kayla disebelah. Kayla juga begitu.
Sampai dihadapan rumah, Kayla sudah ingin keluar dari perut kereta tapi segera ditahan oleh Dani. Jantung Kayla sudah mula berdegup kencang tapi dia berlagak tenang, sebelah keningnya dijongketkan.
Mata Dani pulak ralit merenung leher Kayla, nafsunya naik membuak. Dia memandang Kayla, Kayla memandang Dani maka terjadilah 'eye contact' antara mereka.
Dengan perlahan Dani mendekatkan wajahnya ke leher Kayla. Kayla dapat merasa desah nafas Dani. Dani menggigit leher Kayla agar dapat meninggalkan kesan gigitan 'love bite'. Kayla terbuai seketika selepas itu matanya membuntang dia menolak Dani, Kayla segera keluar dari perut kereta dan mengambil barang di tempat duduk belakang, masuk sahaja kedalam rumah dia tidak nampak kelibat Hana dia meletakkan barang diatas meja dapur kemudian masuk kebiliknya.
Dani pula baru bagai baru tersedar terus meraup mukanya. "Apa aku buat ni? Kalau Hana tahu macam mana? Ya allah. Hana I'm sorry." Ujar Dani dia keluar dari kereta lalu mengunci keretanya.
