Epilog

8.2K 175 30
                                    

"Bertemu dengamu,adalah takdir. Menjadi temanmu,adalah pilihanku. Namun,jatuh cinta denganmu adalah diluar kendaliku."


Epilog

Sepuluh tahun kemudian


"Emma....Raihan ! Jangan berlari-lari.Karang tergugur." Mila memberi amaran.


"Zaraa sayang,kenapa ni?" tanya Raimi sambil memeluk Mila dari belakang.


"Anak-anak abang lah. Asyik berlari-lari saja. Takut pula jika mereka tergugur." 


"Dah dah. Emma,Raihan! Dangar kata mama tu." kata Raimi kepada anak kembarnya yang berusia lapan tahun.


"Rifqi sedang mencari Zaraa." ujar Raimi,"Dia mencari mamanya." 


Mila tersenyum tatkala memikirkan anak-anaknya. Raihan Aakif dan Rana Azemah merupakan sepasang kembar yang berusia lapan tahun,diikuti oleh Rifqi Arqam yang kini berusia lima tahun dan Rabiatul Arfah yang baru genap setahun.


Dia berasa syukur kerana Allah menghadirkan Raimi dalam hidupnya. Tanpa Raimi,mungkin dia masih mengharapkan sesuatu yang pasti tidak akan berlaku. Betullah. Allah knows what is the best for you and when for you to have it.


---


Bukan semua cinta pertama akan kekal menjadi cinta terakhir

Cinta yang difikirkan benar,mungkin hanya satu khayalan


Mila berterima kasih kepada Faris. Jika tidak,pasti dia tidak akan bertemu dengan Raimi. Faris Zakaria telah mengajarnya banyak tentang cinta. Terutamanya,cinta yang tidak dibalas.


Apa yang Mila mimpikan semasa dia koma,biarlah semua itu menjadi rahsia hatinya. Rahsia yang dia tidak akan dedahkan. Biarlah apa yang dia rasa dalam mimpi itu kekal di dalamnya.


Mila tidak akan menafikan. Melupakan Faris Zakaria susah. Namun,dia berjaya melupakan,menghapuskan segala perasaannya terhadap si dia. 


Frasa kata 'Time will heal the pain' itu tidaklah disetujui oleh Mila. Jika tidak diusahakan,perasaan itu tetap akan kekal. 


Selama 10 tahun dia membina rumahtangga dengan Raimi,jujur kata dia berasa bahagia. Walaupun mereka bergaduh tentang hal remeh-temeh mahupun hal penting,dia tidak kisah. Kerana semua itu merupakan rempah untuk rumahtangga yang lebih kukuh,yang lebih bahagia. 


Jika Mila tidak tekad untuk melupakan Faris Zakaria dan memupuk perasaan cinta untuk Raimi Arshad selepas nikah,mungkin ini bukan kesudahannya. Mungkin dia masih mencintai Faris atau dia langsung tidak mempercayai cinta lagi. Jadi,teruskanlah hidup awak tanpa si dia. Awak layak untuk berasa bahagia dengan orang lain.


       Oleh itu,jika awak mahu kesudahan yang bahagia,Ia bergantung kepada mana awak berhenti cerita kehidupan awak. Jika awak tidak meneruskannya,mungkin kesudahan awak bukanlah seperti yang awak impikan.

        Percayalah,Allah memang ada rancangan yang lebih baik untuk kita,walaupun rancangan tersebut bermula dengan tidak berapa baik,namun kesudahannya adalah lebih baik daripada apa yang kita sangkakan.


-The End-










Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now