Bab 57

6.5K 103 6
                                    

"You may not understand today or tomorrow,but eventually Allah will reveal, why you went through everything you did."


Bab 57


Mila memandang Raimi yang nyenyak tidur di atas katil lalu meneliti pemandangan yang indah. Sofa telah dipusing untuk menghadap jendela dan langsir dibuka secukup-cukupnya.


Dia rindu suasana KL. Waktu malam pun jalanraya masih sesak dan ramai orang masih berkeliaran. Berlainan dengan Brunei yang agak aman apabila waktu malam menjelang.


Jujur kata,dia tidak dapat tidur. Mungkin,selepas menikmati pemandangan KL akan membantunya untuk tidur. Perbualannya dengan Faris diimbas kembali semasa dia menikmati pemandangan KL...


"Mila,saya minta maaf atas tingkah laku Shaheera tadi. Tak patut dia berkata begitu kepada awak." Ujar Faris dengan lembut. Dia sendiri berasa malu dengan kelakuan isterinya.


"Tak apalah Faris. Dia tidak tahu saya telah kahwin kut. Plus,it's obvious dia tak kenal peribadi saya. Walaupun saya belum kahwin,saya juga tidak akan menggoda lelaki yang beristeri." Kata Mila.


Faris memberinya senyuman yang bisa mencairkan hati perempuan. Senyuman yang berjaya mencairkan hati Mila pada masa dahulu.


"Sebenarnya,awak nak kata apa dengan saya? Kalau tak ada apa,baik kita balik ke bilik. Nanti mereka cari kita pula." kata Mila. 


Faris tidak mengendahkan kata-kata Mila.Dia meneliti wajah Mila. Wajah Mila banyak berubah dari kali terakhir dia berjumpa dengannya. Wajah seorang perempuan yang menolong dirinya mengharungi  waktu-waktu yang susah pada masa dahulu.


 Juga seorang perempuan yang menyebabkan dirinya keliru dengan perasaannya sendiri. Semasa dia berada dalam tempoh 'moody',hadirnya Mila yang mula rapat dengannya serta memberinya pelbagai nasihat. Pada waktu yang sama,dia fikir dia suka Mila. Namun,selepas beberapa hari memikirkan tentang perkara itu,dia dapat jawapan. Memang dia tidak suka Mila seperti mana dia suka Zahayu. Jika dia benar-benar suka Mila dan tidak menyedarinya hingga sekarang,pasti dia akan kesal. 


"Sebenarnya saya nak minta maaf." Faris meluahkan kata-kata yang dia ingin ucap sejak dulu lagi. Dia tahu Mila ada hati kat dia. Dia memang tahu. Namun,dia tidak ingin mengatakan apa-apa agar persahabatan mereka tidak kekok. Masih berjalan seperti biasa. Lain pula keadaannya jika dia juga suka Mila. Namun,dia hanya menganggap Mila sebagai seorang kawan.


Hati Mila berdebar dengan laju,"Unt-untuk apa?" tanya Mila. Wajah keliru ditayangkan.


"Saya nak minta maaf kerana melukai hati awak. Kerana membuat awak nangis tanpa saya sedari. Sebenarnya,saya tahu. Namun saya berpura-pura untuk tidak tahu. Sebab saya tidak suka awak begitu,Mila. Suka sebagai kawan je.I'm really sorry,Mila. Forgive me." 


Air mata Mila mengancam untuk mengalir. Namun,dia bertahan.


Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now