3 | Patung

12.3K 413 33
                                    

Mariam baru sahaja pulang dari tempat kerjanya dan terus menuju ke tadika anaknya Arisa. Tiba sahaja di tadika anaknya. Arisa berlari ke arah Mariam sambil senyum. "Harini Arisa belajar banyak benda ma" . "Baguslah kalau macam tu" . Sambil tersenyum.

Sebaik sahaja tiba di kawasan perumahan. Mariam berhenti sekejap di kedai untuk membeli barang keperluan dapurnya. Sementara Arisa berada di dalam kereta. Mariam terlanggar seorang makcik tua lalu menolongnya. Sebaik sahaja hendak meminta maaf makcik tua tadi sudah hilang dari pandangannya.

Mariam masuk ke dalam kereta dan terkejut apabila Arisa memegang patung yang entah dari mana. "Mana sayang dapat patung ni?". "Ada nenek tua bagi Arisa patung ni tadi ma,cantik kan?". Mariam mengangguk dan terus memandu kereta.

Malam itu, Mariam menyediakan makan malam istimewa kerana suaminya akan pulang sekejap lagi kerana bertugas sebagai tentera laut dia luar negara. Loceng berbunyi menandakan ada orang datang ke rumahnya. Syukur, suaminya yang bertugas selama 4 bulan di luar negara sudah pulang. Mariam menyambut suaminya dengan baik. Suaminya tersenyum. Mariam menjemput suaminya duduk dahulu di meja makan sementara dia pergi memanggil anaknya Arisa.

Mariam mengetuk pintu bilik Arisa. Arisa menyahut lalu membukanya. "Arisa main dengan siapa tadi dekat dalam,bising je mama dengar tadi?". "Arisa main dengan patung je ma". Mariam memberitahu Arisa bahawa papanya sudah pulang. Arisa menjerit kegembiraan lalu turun ke bawah sementara Mariam mengemas bilik Arisa yang agak bersepah. Dia hairan, selalunya Arisa tak macam ni.

Sebaik sahaja selesai makan malam. Mariam menyuruh suaminya berehat sahaja di dalam bilik. Arisa juga sudah masuk tidur. Sementara dia mencuci pinggan dia terdengar ada orang menyanyi dekat belakang rumahnya. Namun dia tidak menghiraukan. Selesai sahaja mencuci pinggan dia menuju ke biliknya tetapi dia terpijak patung anaknya. Takkanlah patung ni boleh ada dekat sini. Setahunya dia sudah menyimpan dalam bilik Arisa. Dia cemas lalu mencampakkan patung itu ke lantai tetapi patung itu mencapai kakinya dengan pantas.

Di tangan patung itu ada pisau. Mariam mula menangis dalam suasana yang gelap.
Patung itu gelak mengekek dan memotong satu persatu badan Mariam.

Keesokkannya, seluruh keluarga Mariam digemparkan dengan kematian Mariam yang agak mengerikan. Arisa menangis tidak henti-henti sambil memegang patung yang tersenyum girang.

Cerita Seram PendekWhere stories live. Discover now