30 | Lelaki Berserta Kapak

3.7K 137 9
                                    

Hutan Qing sering menjadi bualan orang ramai bahawa hutan tersebut penuh dengan kisah yang mengerikan. Hal ini orang ramai tidak lagi berkunjung ke sana oleh hal-hal tertentu. Tidak semua tahu tentang hutan Qing ini.

Beberapa tahun sebelumnya...

Penjaga hutan Qing membawa 4 orang remaja lelaki masuk ke dalam hutan Qing untuk menikmati keindahan suasana di situ. Namun, hari semakin gelap dan menyebabkan mereka terkandas di dalam hutan tersebut. Jadi penjaga hutan itu menyuruh sahaja mereka bermalam di rumahnya tetapi mereka menolak dengan baik dan ingin mendirikan khemah di dalam hutan itu.

"Pakcik sarankan kamu semua tidur di kabin pakcik. Setuju?" tanya penjaga tersebut.

4 remaja tadi hanya menggeleng kepala sahaja tanda protes. Penjaga hutan tersebut menunjukkan mukanya yang kurang senang dengan jawapan mereka tadi lalu menanyakan soalan yang sama namun mereka masih memberikan jawapan yang sama seperti tadi.

"Pakcik nak kamu semua berhati-hati nanti. Pastikan tak ada apa-apa yang berlaku" ucap lelaki berusia 40-an itu.

"Kami akan jaga diri kami. Pakcik jangan risau ye. Tapi ada binatang buas ke dalam hutan ni?" tanya salah seorang remaja tadi.

"Tak ada pun binatang buas. Tapi pakcik nak pesan yang dulu ada seorang lelaki ni pernah penggal kepala orang dengan kapak sebab nak darah dari kepala. Pengamal sihir kot. Hati-hati ye. Pakcik masuk kabin dulu".

Mereka berempat tadi hanya mengangguk dan menyiapkan tempat tidur. Bunyi tapak kaki yang berjalan di dalam hutan tersebut mengejutkan mereka berempat. Mereka menyuluh di setiap tempat namun tiada kelibat sesiapa pun. Hanya bunyi burung hantu dan cengkerik sahaja menjadi alunan muzik di dalam hutan.

Sekali lagi, bunyi tapak kaki seperti orang berjalan masih kedengaran di tepi khemah mereka tadi. Tiada bayang. Salah seorang daripada mereka keluar untuk membuang air besar. Dia berjalan ke semak untuk melepaskan hajatnya. Belum sempat melepaskan hajat kepalanya dipenggal dengan kapak oleh lelaki misteri lalu lelaki misteri itu tidak teragak-agak menuju ke arah khemah mereka tadi. Lelaki tersebut tersenyum dan memenggal kepala 3 orang remaja lelaki di dalam khemah pula sehingga meninggalkan kesan-kesan darah di merata tempat.

Keesokkannya, peristiwa itu diketahui oleh pihak luar dan penjaga tersebut ditangkap kerana memenggal kepala 4 orang remaja lelaki atas sebab tertentu. Selepas beberapa bulan, penjaga hutan itu lari dari penjara dan tinggal di hutan Qing untuk mencari mangsa baharu. 2 tahun kemudian, keluarga dari bandar datang berkunjung ke hutan Qing. Penjaga hutan tersebut tersenyum lebar dan menunjukkan arah. Hehehe.

Cerita Seram PendekWhere stories live. Discover now