17 | Azman

4.5K 187 4
                                    

Azman pulang dari tempat kerjanya. Dia mengambil kerja lebih masa untuk mencari duit lebih. Dia telah berjanji dengan tunangnya, Aliah untuk menghantarnya pulang dari tempat kerja. Sebaik sahaja selesai menyiapkan kerja, Azman terus menghidupkan enjin motosikalnya dan bergegas ke tempat kerja Aliah.

Aliah menunggu Azman dari tadi tidak sampai "Ala mana dia ni. Takkan lupa aku dekat sini"  keluh Aliah dalam hati.

"Eh Aliah, kau tak balik lagi?"  Tanya Fatin.

"Tak nak balik sekali dengan kami?"  Tanya Hanim pula.

Aliah terkejut dengan pertanyaan kawan baiknya itu lalu menjawab "Tak apa lah, aku balik dengan Azman. Kejap lagi dia sampai lah tu".

"Okey lah kalau macam tu. Jaga diri ye Aliah"  Fatin dan Hanim bersuara. Aliah hanya mengangguk dan senyum kepada mereka lalu mereka pulang. Tak lama kemudian, Azman sampai.

"Lambatnya awak datang. Penat saya tunggu awak dari tadi. Ingat tak tahu jalan tadi". Aliah mengeluh. Namun, Azman hanya berdiam diri sambil memakaikan topi keledar di kepala tunangnya, Aliah. Tanpa berlengah masa, Azman menghantar Aliah ke rumah. Sampai sahaja di kawasan perumahan Aliah. Aliah turun dari motosikal dan membuka topi keledar lalu mengucapkan terima kasih kepada tunangnya itu. Azman hanya mengangguk perlahan. Aliah berasa pelik dengan sikap Azman sebaik sahaja dia sampai ke pejabatnya tetapi Aliah malas nak tanya kenapa. Mungkin penat. Fikirnya.

Aliah menuju ke lif flatnya lalu menekan butang lif tersebut. Dia merasakan ada seseorang berada di belakangnya. Apabila dia menoleh. Dia lihat Azman berada di belakangnya.

"Awak buat saya terkejut je tahu tak!".

"Sorry, saya nak temankan awak sampai pintu masuk saja"  jawab Azman dengan tenang.

Aliah membenarkan saja Azman menemaninya sehingga ke pintu masuk rumahnya. Sebaik sahaja tiba di pintu masuk rumah Aliah. Dia mengucapkan terima kasih kepada Azman kerana sudi menemaninya.

"Awak tunggu sekejap ye. Saya ambilkan awak air".

Azman hanya mengangguk. Setelah memberikan air kepada Azman. Telefon bimbit Aliah berbunyi lalu dia mengangkatnya.

"Boleh saya bercakap dengan tunang Azman?". Tanya pihak polis.

"Ye saya sedang bercakap. Ada apa ye?".

"Maaf cik Aliah. Tunang cik Aliah sudah meninggal dunia jam 10 malam tadi di tempat kejadian kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kami meminta maaf atas perkara ini. Harap cik Aliah dapat menerimanya".

Aliah tergamam lalu mematikan telefon bimbitnya. Dia mencari Azman di luar rumahnya namun kelibatnya tiada.  Dia menangis teresak-esak. Dia mengambil keputusan untuk membunuh diri. Lalu dia terjun dari bangunan flatnya. Keesokkannya, berita mengejut tentang Aliah yang bunuh diri akibat tidak dapat menerima kematian tunangnya, Azman.

Harap anda semua menyukai cerita ini kerana cerita ini saya post mengikut cerita pembaca. Terima kasih xx

Cerita Seram PendekWhere stories live. Discover now