22 | Lambai

3.8K 144 6
                                    

Huda masih bersengkang mata menunggu cerita kegemarannya iaitu Pee Mak. Sambil-sambil menunggu cerita itu. Dia memeriksa handphonenya jikalau ada mesej yang masuk. Notifikasinya kosong. Tiada mesej mahupun panggilan daripada rakan-rakannya.

Cerita yang dinanti-nantikan akhirnya muncul. Huda cuba memfokuskan diri untuk menonton cerita tersebut walaupun matanya sudah penat. Ibu, ayah dan adik-adiknya sudah tidur. Hanya Huda sahaja yang masih terjaga.

2 jam kemudian, selepas sahaja cerita Pee Mak habis disiarkan di televisyen. Huda terlena sekejap. Tepat jam 2 pagi, Huda terjaga kerana kehausan dan terus turun ke dapur untuk minum. Dia ternampak langsir di ruang tamu tidak dileraikan. Dia tidak mempedulikan lalu membuka peti sejuk dan meneguk sebotol air sejuk.

Selesai sahaja minum air, Huda ingin naik ke biliknya tetapi dia perlu meleraikan langsir di ruang tamu dahulu sebelum naik ke atas. Dia terus pergi ke arah langsir dan ternampak ada lembaga berbaju putih serta berambut panjang melambai ke arahnya dari luar. Dia terkejut lalu meninggalkan ruang tamu dalam keadaan langsir tidak terlerai dan naik ke biliknya.

Huda menarik selimut ke paras mukanya. Dia masih terbayang lembaga tadi melambai ke arahnya. Matanya masih tidak boleh tutup. Dia menurunkan selimutnya ke paras pinggang dan ternampak lembaga tadi ada di hujung katilnya sedang melambai. Dia tidak mampu mengeluarkan suara lalu pengsan.

Cerita Seram PendekDonde viven las historias. Descúbrelo ahora