Suami Aku,Boss Aku #17

80.8K 2.5K 29
                                    

"Macam tu lah,biasa-biasakan ya!" Datin dengan perasaan terujanya seperti hendak melompat-lompat hatinya, ditendang-tendang nya 'seat' hadapan iaitu 'seat' Mikail. Yelah, mana nak melompatnya, mereka berada didalam kereta! Jadi, apa yang hendak dilakukan semuanya terbatas.
"Ma, duduk diam-diam sikit! " Mikail mengeram.

"Mikail!Mikail! Jom pergi makan malam! Mama belanja! " Datin Suhaila bersuara lagi.

"Ma, esok Ail kerja la! "Bentak Mikail!

"Yela, yela! Janji hantar Mama dekat 'Restoran Mak Minah' ye .
Dah lame Mama mengidam nak makan nasi lemak kukus. Kejap Mama telefon Papa suruh Papa berhenti boleh la Mama tumpangkan diaorang. Dah mengidam lama dah ni. " Kata Datin Suhaila.

Tersentak Hawa kerana mendengar perkataan 'mengidam'. Mikail sudah terbiasa kerana mamanya itu semua makanan yang diminta semuanya dia katakan mengidam. Boleh dikatakan semua makanan dia mengidam.

'Mengidam!!! Aih bakal mak mentua aku ni, tak pasal pasal kang nanti ada bapa menakan sama umur dengan anak buah!
Hish! Aku ni tak kan aku rela nak ber-anak dengan si cengeng nih! Huh harap lah 'muka hawa geram menyatakan perasaan pelik dan marah di dalam hati.

Selepas 5 minit kemudian,sedang sibuk Hawa membuaikan Izz ,dia pun terikut ketiduran sekali. Lena benar si Hawa dengan bakal adik iparnya itu.

"Mikail! Turunkan Mama dekat sini! " Datin Suhaila memperlahankan suara kerana Hawa dan Izz sedang lena. Takut mengganggu agar tidak terjaga.

"Ma, jap! "Mikail menahan lengan mamanya.

"Bawa la Hawa sekali! "Mikail memperlahankan juga suaranya.

"Mikail! Hawa tengah dakap Izz, kang tak pasal-pasal Izz terjaga, nanti dia nak ikut, esok pulak dia nak ke tadika! Siapa nak jaga Izz, Mikail? Mikail cakap esok nak kerja. Siapa lagi kalau bukan Hawa? " Datin Suhaila berpesan kepada Mikail.

Dia tidak dapat menyusun kata-katanya lagi. Mikail hanya mengangguk.
Sesampainya dirumah serba mewah itu, Mikail memarkirkan kereta dengan elok lalu mematikan enjin.
Macam mana aku nak kejut nih, kang meradang pulak minah senget nih.Kejutkan Izz dulu lah.

"Izz, izz, sayang bangun... izz " Mikail hanya memandang Hawa waktu mengejutkan Izz dengan nada yang lembut dan sopan.

Tetapi lain yang dikejut, lain yang bangun. Hawa membuka kelopak matanya perlahan-lahan, diamatinya wajah tampan itu,segera wajah yang tenang Mikail itu bertukar menjadi malu. Hawa terkejut dan terbeliak matanya.

"Ha, Minah! Dah bangun bangu-" ayat Mikail tergantung.

Hawa sudah melekapkan jarinya dibibir agar memperlahankan suara supaya tidak membangunkan Izz. Hawa mengangkat Izz dan keluar dari perut kereta. Hawa sungguh tidak larat mahu menggendong Izz yang sudah berusia 4 tahun itu dengan tubuh Hawa yang kecil itu. Lantas Mikail selepas mengunci kereta, dia mengambil Izz dari dakapan Hawa, muka Hawa rasanya baru lepas menanggung beban.

Lalu berterima kasih kepada Mikail. Mikail memberikan kunci kepada Hawa supaya membuka pintu semasa dia menggendong Izz.

Pintu yang sederhana besar itu dibukanya, lalu memberikan salam setelah menjejaki ke dalam rumah.
Mikail terus naik ke atas untuk meletakkan Izz di dalam bilik tidurnya. Hawa hanya duduk di atas sofa dan mengeluh kerana akhirnya mereka sampai juga ke rumah itu. Rindu rasanya kerana meninggalkan rumah mewah itu .

Mana taknya,duduk rumah yang dihadiahi , menginap dekat kampung arwah neneknya, lepas itu terlantar pulak dekat hospital. Mikail turun ke bawah selepas selesai mandi Dia terus menuju ke bilik pejabat yang berada di hujung di tingkat bawah. Hawa hanya memandang hairan.

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now