Suami Aku,Boss Aku #26

83.7K 2.6K 55
                                    

Pada malam itu, Mikail membuat keputusan untuk pergi menjengah ibu kesayangannya.

Di dalam bilik...

"Aku dah seterika kan baju ni kau pakai eh? " kata Hawa dengan lembut.

"Kau kenapa pakai baju warna biru? Aku merah? " Mikail hairan.
"Suka hati aku la." Hawa menjongketkan keningnya.

'Ala nak matching la tu... haila mamat ni. ' Hawa sudah tersenyum.

"Nak matching eh? " Hawa menunjukkan senyum kambing dihadapan Mikail.

"Ehem.. mana ada aku... cuma.. nak elakkan kalau soalan-soalan cepumas keluar... Macam.. "kenapa baju tak sama?","tak sedondon ni?  Dan bla bla bla. Mama tu kau bukan tak tahu. Dibuatnya kita ni kaunter pertanyaan bergerak! " Mikail terbatuk seketika dan menyambung ayatnya dengan gelabah.

"Eleh... cakap jelah terus terang! " Hawa mencuit hidung Mikail.

Mikail mencebik muka, manja bila dicuit.

'Lahai comelnye kau Mikayellll ' Hawa memejamkan matanya, senyuman dilemparkan. Mikail tidak melihat senyuman itu. XD.

"Kau ada baju biru? " tanya Hawa.

"Ada. Dalam almari,yang biru laut tu. " Mikail menunjukkan baju biru laut yang sedia tergantung di dalam almari baju.

"Yang ni? " Hawa mengambil baju biru laut dan ditunjukkan kepada Mikail.Mikail mengangguk sahaja. Hawa mula menyeterika baju.

"Hawa, kalau kat rumah mama nanti, aku panggil kau... sayang tau . Jangan sampai mama hidu yang kita ni tak macam suami isteri. " Mikail menunggu Hawa yang sedang sibuk itu.

Mata Hawa terbuntang, geli gelaman panggilan yang dikenakan diatasnya.

"Perluka? Kalau kau panggil Hawa je ke? Tak boleh?" Hawa tidak mahu panggilan intim itu.

"Perlu. Wajib. Kau ikut jelah. Sehari dua ja panggilan tu. Kalau kejam pun tiga hingga lima hari. " Mikail sengaja menambah hari. Padahal mamanya hanya mengajak datang kerumah untuk makan malam.

"Em...em...aku nak panggil apa pula dekat kau... " kata Hawa acuh tak acuh sambil tangan sibuk.

"Abang. " Mikail cepat sahaja menjawab.

"Ab-abang... kau? " Hawa terkejut mendengar jawapan Mikail.

"Yelah... lepas tu ada panggilan lain ke kau nak panggil aku. Ling?Anje?Bii?Yang? Ape lagi eh...." bermacam-macam panggilan yang Mikail nyatakan... ayatnya masih tergantung kerana sedang berfikir.

"Jangan harap! Kau tu elok panggil pakcik tau!.. Erm.yelah yelah... " Hawa sudah tiada pilihan.

"Dah siap iron  baju aku? " Mikail kembali bertanya tentang bajunya.

"Sikit je lagi... lengan je. " Hawa berkata dengan nada tidak berperasaan.

"Ha nah... " baju Mikail sudah siap diseterika.

MIKAIL menyarung baju tersebut dan memperkemas pada bahagian leher baju kemeja itu. Mikail bukanlah tiada baju t-shirt tetapi dia lebih selesa mengenakan kemeja T. Lebih kemas dan berketerampilan .

"Kunci? " Mikail meminta kunci kepada Hawa. 

"Tak da ,kali ni biar aku drive! Kau diam-diam sudah!" Hawa mahu memandu kali ini, biarkan Encik Suami berehat pula. Dah lama tak drive sejak bergelar Cik Isteri.

"Ouhhhh kayyy " Mikail akur.

"Dah masuk cepat! Kang aku tinggal, menangis tak berlagu pulak! " Hawa sekali lagi mengarahkan Mikail.

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now