Mana malu mereka?

50 4 0
                                    

Aku terus melangkah kaki berjalan,
Melihat teletah manusia yang tidak tertahan,
Apa yang harus aku katakan,
Memilih untuk melakukan sesuatu itu hak kesamaan,

Aku pelik,
Apa yang aku lihat seakan makhluk asing,
Segala yang mereka lakukan terlalu bergasing,
Lain dari apa yang telah aku sangkakan,

Mereka seakan hilang malu,
Ke mana ia pergi dari tuannya?
Pakaian mereka...
Seakan tidak cukup kain,
Yang tidak melindungi selain kemaluan,

Mana malu mereka?
Apakah telah ditarik Tuhan kesemuanya?
Berkelakuan melampau yang tidak indah di mata,
Terlalu menggedik mahu menjadi magnet mata,

Akhirnya apa yang dapat oleh mereka?
Hanya diri dilihat oleh manusia,
Yang akhirnya mati jua,
Juga tertanam dalam bumi dunia,

Aku tidak sanggup terus melihat,
Sakit, perit, seksa,
Semua aku rasa,

Aku sendiri malu,
Melihat kaumku seakan hilang tamadun,

Ah!
Aku tidak mampu bercerita,
Kerana terlalu seksa gila!

Tempat: wetworld
Waktu: siang

ANEKAPUISI

PUISI (COMPLETED)Where stories live. Discover now