Mencari erti

116 7 1
                                    

Aku sedang merenung nasibku,
Di bawah lembayung pohon redup,
Tika mentari galak menyinar,
Aku masih dalam keadaan berpinar,
Terumbang ambing mencari kehidupan yang janggal,

Aku lihat manusia lain,
Ligat berjalan tangan berpimpin,
Aku lihat diriku di bahu jalan,
Masih lemah tanpa handai taulan,

Aku mendongak memandang atas,
Melihat bangunan yang gah berdiri,
Seakan mahu melampaui batas,
Untuk terus tinggi lagi,

Inikah manusia era kini?
Mencari hidup yang akan pergi,
Mengumpul harta saban hari,
Mahu dibawa bekal mati,

Hairan, pelik, buntu
Apakah ini patut?
Menggali emas di lubuk paling dalam,
Lalu tatap ia sepanjang malam.

Harta akan pergi,
Mati akan menghampiri,
Apakah mereka tidak sedari?
Yang Tuhan itu sedang memerhati?

Bingkas berdiri pergi,
Mencari mana entiti,
Yang kenal akan erti,
Hidup di dunia fana ini,

ANEKAPUISI

PUISI (COMPLETED)Where stories live. Discover now