BAB 5

271 11 0
                                    

Sedang kami semua mencari-cari chalet kami, aku nampak Helmi dan Arif seperti ingin menolak Harris di kolam renang di situ. Aku melihat sahaja, teringin juga nak tengok mamat kurang ajar tu jatuh kolam hahaha.

"Woi!"

Aku terkejut melihat Harris yang sudah terjatuh di dalam kolam, habis semua basah. Tiba-tiba hati aku berdegub laju apabila nampak Harris yang sudah basah habis. Omg! Kenapa boleh hot sangat? Siap boleh senyum lagi tu. Aku melihat pula ke arah pelajar-pelajar perempuan yang lain, sudah histeria terjerit sana terjerit sini. Ada yang dok ambik gambar Harris tengah basah. Tapi kenapa Harris tetap handsome even dah jatuh kolam dalam keadaan yang memalukan? Nia? Kau kenapa puji-puji mamat tu, kau dah gila ni!

Aku tidak peduli tentang Harris dan pelajar-pelajar perempuan lain, kaki aku laju mencari-cari chalet aku. Semakin lama aku duduk situ, semakin rosak hati aku ni. Aku menggeleng-geleng daripada tadi, dan aku terlanggar Akim.

"A..akim?" Tergagap-gagap aku menyebut namanya. Aku sedikit kecewa kerana Akim langsung tidak memandang muka aku, bahkan dia terus beredar daripada situ. Aku rasa ingin menangis, tapi aku kena kuat. Huh, malu kalau orang nampak aku nangis.

"Kau ni bodoh, biar jelah dia! Dia nak merajuk, dia punya pasal!" Bebelku seorang diri. Dah macam orang gila aku ni, tadi geleng-geleng sekarang ni cakap seorang diri pula.

"Oi!" Sergah Amira daripada belakang. Wah! Mahu tercabut jantung aku ni, nasib tak kena heart attack.

"Mak ai, agak lah kalau kau nak aku mati kat sini!" Gurauku sambil mencubit lengan Amira. Aku memerhati, Huda tidak ada di sini.

"Huda dah ada kat dalam chalet, ni pun dia suruh aku cari kau! Kau pergi mana?" Marah Amira. Macam tau-tau je aku tengah cari Huda.

"Hah! Aku tak nak dengar kau bebel lagi, kita ada dua jam untuk berehat kan? Bagus. Bawak aku pergi chalet, aku nak tidur. Ngantuk plus penat!" Kataku dengan tegas sambil menarik tangan Amira.

•••

"Kau nampak tadi Harris jatuh kolam? Omg, hot gila weh!" Kata Huda sebaik sahaja aku ingin melelapkan mataku. Huh budak ni!

"Kan? Itulah, baju sekolah dia habis basah! Tapi, nampak gila kot bentuk badan dia! Sado weh!" Kata Amira yang hampir separuh menjerit itu. Aku tutup telinga aku dengan bantal, malas pula nak dengar diorang cakap pasal Harris. Balik-balik Harris, situ sini sana semua Harris.

"Untung kawan kita, duduk sebelah dengan Harris. Lepastu Harris kasi pinjam jacket dia pulak." Sindir Huda. Aku tahu sangat sindirin itu untuk aku. Betul nak cari nahas lah kawan aku ni. Fikir sayang je, kalau tak memang dah lama aku campak dia kat kolam sama macam Harris tadi.

"Memang untung pun dapat duduk sebelah Harris hahahaha dia caring bukan main lagi tau!" Sengaja aku ingin menyakitkan hati Huda dengan Amira. Tapi aku rasa nak tarik balik lah kata-kata aku tu ei.

"Agak lah! Habistu Akim kau nak campak mana?" Marah Amira.

"Kau fikir aku nak cakap macam tu ke weh? Aku nak tarik balik kata-kata aku tu, ei mintak simpang lah kalau aku cakap untung ei!" Bebelku sambil bercekak pinggang. Dah macam mak enon betul aku ni.

"Elleh, padahal suka duduk sebelah Harris." Perli Huda sekali lagi. Hm gais, aku rasa nak campak betul-betul dia ni.

"Dah lah. Aku tak suka tau korang mention nama dia hampir dua puluh empat jam!" Marahku. Mahu bernanah telinga ni asyik dengar nama si mamat kurang ajar tu.

"Yelah Nia." Jawab mereka serentak. Hm bagus dengar cakap aku!

Aku mencapai handphone aku, lalu membuka whatsapp. Akim langsung tak whatsapp aku, last chat pun semalam. Jari jemari aku lantas menaip sesuatu.

I Love You Kekasih HatiWhere stories live. Discover now