BAB 14

237 11 1
                                    

Aku masih terfikir tentang kejadian semalam. Betul ke apa yang aku nampak? Ataupun aku silap orang? Tapi, aku yakin tu dia. Aku tak tahu kenapa aku yakin sangat. Tapi, dia dengan perempuan gedik tu. Kalau aku tak salah dengar, perempuaj tu panggil dia Harris.

Harris, lelaki yang buat kehidupan aku kucar kacir. Lelaki yang telah hilang selama 3 tahun tanpa berita. Dan tiba-tiba semalam aku nampak dia. Betul-betul depan aku. Ya Allah, itu Harris ke?

"Woi!" Sergah Huda.

Ei! Perempuan ni memang kalau sehari tak buat aku terkejut memang tak sah! Sakit pula hati aku. Nak je lempang muka dia ni, nasib baik kawan aku.

Aku dan Huda duduk di kafe, tunggu waktu Madam Feng. Hailah, malas betul lah nak masuk class ni. Nasib baik jurusan Huda sama dengan aku, ada juga kawan dekat sini. Selain aku dan Huda, Arif, Helmi, Akim juga satu kuliah dengan aku. Mula-mula terkejut juga, tapi apa boleh buat?

Aku dengan Akim pun dah ok dah, tak bermasam muka dah. Masing-masing dah besar kan? Boleh berfikir rasional, malu juga bila teringat waktu sekolah dulu. Amirah pula sambung belajar dekat Turki. Hm, sedih juga lah bestfriend berjauhan dari aku.

"Kau ni termenung je, hawat?" Tanya Huda sambil membetulkan shawl yang dipakainya.

"Tak ada apa lah, aku cuma. Entah lah weh." Jawab aku. Aih, apa aku cakap ni?

"Kau, kalau nak cakap tu cakap lah betul-betul." Marah Huda.

Aku ketawa sahaja. Nak cerita ke tak eh pasal semalam? Hm, tapi.

"Semalam aku macam jumpa Harris. Tapi aku tak sure lah tu Harris ataupun orang lain. Tapi, macam Harris. Aku takut salah orang je."

Huda tiba-tiba ketawa, aduh! Dah lah kat kafe ni ramai orang, mati lah kau Huda nanti orang label kau ni perempuan gila.

"Dah sah-sah lah tu Harris! Ya Allah, kau tak tahu ke? Hahahaha! Harris dah balik Malaysia lah Nia. Kalau tak silap aku, nanti dia sambung belajar dekat sini." Jawab Huda dengan sisa ketawanya tadi.

Jap! Harris? Jadi betul lah semalam tu Harris. And.. what?! Dia nak sambung belajar dekat sini?

"Sambung belajar dekat sini? Dengan kita semua?" Tanya aku. Tak percaya!

"Yelah. Asal? Rindu nak jumpa crush lama dia lah tu." Perli Huda. Laju aku mencampak botol plastik kosong ke arahnya. Padan muka!

"Sakit lah mak cik!"

"Crush lama otak kau! Ei!" Marah aku.

"Kau marahkan dia lagi ke?" Tanya Huda tiba-tiba.

Aku tak tahu nak jawab apa. Bila fikir balik, tu semua memang salah aku. Aku marahkan dia tanpa bukti. Lepastu dia pula hilang tiba-tiba. Aku nak minta maaf, tapi aku malu. Malu dengan perangai aku ni.

"Eh! Jom lah masuk class Madam Feng." Kata aku dan cepat-cepat menarik tangan Huda.

"Awal gila, ni mesti nak lari dari soalan aku kan?" Kata Huda.

Aku diam sahaja.

•••

"Okay class, before we start our lesson today, I want to tell you guys that we have new student." Jelas Madam Feng dengan senyuman melebar.

Tiba-tiba pintu terbuka. Seorang lelaki berpakaian kemeja biru gelap masuk ke dalam dewan kuliah dengan satu senyuman.

Senyuman itu. Aku kenal siapa dia. Dia..

"Hye! My name is Harris." Lelaki itu memperkenalkan dirinya dengan teruja.

Dewan kuliah ni juga teruja bila nampak Harris. Sama dengan waktu sekolah dulu, semua perempuan hampir gila jadinya.

I Love You Kekasih HatiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang