BAB 16

189 10 6
                                    

Nia meneruskan pemanduannya walaupun hatinya berasa sebak. Kelajuan keretanya ada kalanya laju, adakalanya perlahan.

Apa yang didengarinya tadi sangat sangat membuat hatinya terhiris! Sungguh dia dia tidak dapat menahan rasa sebak di dada, perlahan-lahan air mata Nia jatuh mengalir.

"Bro! Tak lama lagi aku nak kahwin." Lelaki itu membuka topik di cafe kampus.

"Pft?! Kahwin? Hahahaha kau biar betul!" Helmi mentertawakannya.

"Harris, kau biar betul? Kau nak kahwin dengan siapa?" Terkejut Arif mendengar kata-kata Harris.

"Hmm, keluarga aku plan. Entahlah weh. Aku pun tak tahu!" Harris meraup mukanya.

"Bila?" Tanya Helmi pula.

Harris menggelengkan kepalanya. "Dalam masa terdekat ni."

Nia mendengar perbualan mereka tanpa sengaja. Dari tadi lagi dia duduk di belakang meja 3 orang lelaki itu, takkan tak perasan dengan kelibat Nia?

Nia terkejut dengan apa yang didengarinya. Apa betul Harris nak kahwin? Nia bangkit dari situ dan beredar pergi.

"Eh! Tu Nia kan?" Kata Helmi tiba-tiba.

Serentak Harris dan Arif pandang ke arah Nia yang tergesa-gesa menuju ke parking lot.

"Nia dengar ke?" Bisik hati Harris dan memandang Nia dengan pandangan kosong.

"Argh! Suka hati dia lah nak kahwin dengan siapa! Kau ni kenapa Nia?! Tak lama lagi pun kau nak kahwin juga kan dengan mamat entah siapa siapa tu!" Nia menjerit sepuas hati di dalam kereta. Dia kini berada di sebuah Taman perumahan.

"Kenapa kau nangis Nia? Kau tak patut nangis!" Nia berkata sendiri. Hatinya sungguh hancur.

"Biarlah dia nak kahwin dengan sesiapa pun. Kau tak patut sedih, kau kuat Nia! Lelaki bukan seorang je." Nia memberi kata-kata semangat pada dirinya sendiri.

"Tapi..lelaki yang aku nak, kau Harris." Bisik hati kecilnya

•••

"Nia, ingat lagi kan tentang perkahwinan kamu?" Dato' Hanafi berkata sejurus sahaja Nia duduk di ruang tamu.

Dengan lemah, Nia menganggukkan kepalanya. Mana mungkin dia boleh lupa tentang perkahwinan yang dirancang oleh papanya itu.

"Bulan depan Nia akan berkahwin." Jelas Dato' Hanafi.

Terbuntang biji mata Nia. Bulan depan? Maksudnya, seminggu dari sekarang? Ya Allah!

"Tapi, papa.."

"Persiapan semua dah siap. Termasuk baju perkahwinan Nia. Mama dah tempah." Terang Dato' Hanafi sambil membetulkan cermin matanya.

"Kenapa Nia tak tahu apa-apa?" Tanya Nia.

"Kamu kan sibuk dengan kerja-kerja kamu. Tak apa lah, Nia cuma kena sedia je nanti." Jawab Dato' Hanafi tenang. Sungguh, orang tua itu tidak sabar melihat anak perempuan satu-satunya akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.

"Siapa bakal suami Nia, papa?" Tanya Nia sekali lagi. Nia tertanya-tanya tentang bakal suaminya, sejak dulu lagi dia ingin mengetahui siapa bakal suaminya yang bernasib malang berkahwin dengan dirinya itu.

"Nanti, masa akad nikah Nia kenal lah bakal suami Nia." Jawab Dato' Hanafi acuh tidak acuh.

Nia mengeluh panjang. Malas nak bercakap tentang hal perkahwinan dan bakal suaminya itu. Dia redha dengan semua ketentuan Allah. Mungkin itu yang terbaik untuk dirinya. Dan mungkin lelaki misteri itu adalah jodoh terbaik untuk dirinya.

I Love You Kekasih HatiWhere stories live. Discover now