HATI ETUN SELEMBUT ALUMINIUM TIN

57.6K 86 2
                                    

Hilmie baru berkenalan dengan seorang gadis ya ampun cantik gila. Tapi hati hilmie selembut gula gula kapas, yang cepat cair dimamah liur basi. Gadis cantik itu bernama etun. Etun seorang yang keras kepala tapi berhati aluminium tin. Hatinya mudah untuk dikemekkan oleh para lelaki jahat, yang sekadar mengambil kesempatan ke atas zat tubuh badannya.

Etun berwajah persis oren masak, manis dan masam rasanya. Biji didalamnya boleh ditelan begitu sahaja. Hilmie sangat kasihan melihat gadis cantik itu. Ingin dia lamar menjadi kekasihnya supaya boleh dibawa pusing semasa gerhana bulan penuh nanti.

Hari hari hilmie ushar etun. Dia cuba dail nombor yang gadis itu beri, tapi suara dari mesin wanita yang menjawab setiap dail yang hilmie lakukan. Hilmie cukup pasrah, dia tahu gadis bernama etun itu tidak jujur orangnya. Bunyi pecahnya kaca jelas kedengaran dari dalam hatinya dan alunan rentak muzik retro melayang bermain main dibenaknya.

Hilmie naik bangunan tempat kerjanya di tingkat lapan kolam renang. Lalu membuat terjunan dari atas bangunan itu. Burung burung terbang jelas kelihatan apabila hilmie membuat terjunan. Dia mula tersenyum puas. Pasti etun menyesal tidak menjawab panggilannya tadi, kata hilmie didalam hati. Darah mula mengalir banyak pada kepalanya. Apabila dia tersedar, wajah malaikat benar benar dihadapannya.

PUAN ELANORWo Geschichten leben. Entdecke jetzt