MIDNIGHT SHIFT

1.9K 12 1
                                    

Ketika aku menulis cerita tok, jarum jam hampir menunjukan angka 3 pagi. Sesuai sangatlah kalau nak menulis kisah seram atau hantu. Cerita yang nak aku ceritakan tok merupakan pengalaman yang dialami sendiri oleh aku dan salah seorang kawan aku yang bekerja pada syif malam. Nama kawan ya tek zam( bukan nama sebenar. Kehkehkeh).

Malam ya, seperti juak malam-malam yang lain. Sikda apa yang luar biasa sebenarnya. Aku dan zam mula masuk kerja kol 11 malam. Aku dengan kerja aku. Zam pulak macam biasa dengan kerjanya, segala meter reading dah dicatit untuk report briefing pagi besok. Selepas semua rutin kerjanya siap, zam akan standby di opis dan merokok gudang garam feveretnya. Aku pulak berkawal kat area lobi.

Sekitar jam 4 pagi, hujan turun dengan lebat. Aku turun ke basement untuk buka gate buat staff opening shift. Si zam pulak terpaksa pergi ke level 7 bangunan untuk menutup lubang bagi mengelakan air hujan masuk lift( boleh jemm lift woih ). Semasa sibuk dengan kerjanya ya baruk zam perasan, ada sosok berbaju putih sedang memerhatikanya dari dalam kawasan yang masih lagik under renovation yakni sebuah bilik gelap. Jelas dengan mata kepalanya sendirik melihat sosok putih ya sedang duduk mencakung ya. Dengan rambut panjang mengurai sampey ke lantai. "Benda" ya pun menyeringai kat zam sambil menunjukan baris giginya yang menakutkan( Seperti yang diceritanya kat aku ).

Tanpa menoleh, zam pun lari seperti orang yang dalam ketakutan yang amat sangat sambil berteriak "Allahuakbar...." Setiap anak tangga ya nya main lompat jak sehingga ke lobi. Aku masa ya tengah seronok melayan lagu pun terkejut melihat karenah zam. Dengan mukanya seperti ayam berak kapur( Err, betul ka peribahasa ya ) ya rabbi pucat nak mati jak eh. Aku tanyak nya pehal nya macam ya, sambil terketar-ketar bibirnya bergerak menjawab "Hantuu yann..Hantuuu..level 7 nun.."

Aku macam biasa, kekal tenang walaupun takut. Terpaksa juak aku pergi check sia takut-takut bukan hantu tapi pencuri. Sambil ya aku marah juak dengan si zam ya sebab sik mintak aku tolong teman nya tadik. Kinek giliran aku pulak memberanikan dirik pergi sia. Dengan segala pengalaman yang ada, aku guna petua yang guru aku pernah ajar dolok yakni mendinding dirik.

Kuar jak aku dari lift menuju ke level 7 ya, jelas ternampak sosok putih misteri ya. Aku pun mula bukak jurus silat makrifat dengan harapan boleh la aku "gayong" si setan yang udah ada depan mata ya. Adalah dalam 5 minit dah aku bersilat, tapi benda ya sikda tindak balas. Aku mula hairan, sebab selalunya dalam seminit duak dah ada tindak balas bah. "Kuat setan tok" gumam aku dalam hati.

Aku pun memberanikan dirik mendekati "benda" ya secara dekat. Sebab bilik ya memang gelap. Dalam samar-samar dengan keadaaan mata aku sendirik yang rabun ya, "benda" ya pun kelihatan semakin jelas. Lalu aku pun merepak dengan kuat "Laaaaa..Kain putih pakey bungkus simen paduhal.."

Rambut "benda" ya pulak tali hitam yang kuli kontrak indon letak atas lantai. Sebab yalah kalau diperhati oleh orang rabun kedak zam ya tali ya seakan-akan berbentuk rambut. Turun jak aku ke bawah aku terus marah si zam. "Apalah ko tok zam, dengan kain pun takut..kain la benda ya bukan antu."

"Tapi yan, benda ya nang bertaring. Nang nayang taring benda ya kat aku tadik..benar.." komplen si zam bersungguh-sungguh mempertahankan apa yang nya nampak. Aku yang menyangka benda ya tadik kain putih pakey bungkus simen pun mula keliru dengan semua tok. Bulu roma ku pun tiba-tiba jak menegak.

Seraya ya aku berkata "Celakak punya setan! aku pulak yang kenak game."

PUAN ELANORWhere stories live. Discover now