Sai-Fi

1K 4 0
                                    

Saya, seperti juga sekalian dari kamu mula membonceng menuju ke arah yang sama. Bukan kerana wang atau apa. Tapi untuk kepuasan sendiri. Dia yang selalunya tampak bersemangat, tapi pada malam ini pula kelihatan sungul. Saya lantas menegurnya mengapa. Dia geleng kepala tanda ok sahaja. Terus saya menghulurkan sekeping coklat bar ke arahnya. Pantas dia menepis tangan saya.

Jari jemarinya yang halus itu meruntun jiwa saya. Mengapa saya harus bersedih begini. Dengan tiba-tiba dia merenung ke luar jendela. Matanya jauh memerhati lampu neon yang berkelip-kelip terang di kawasan bandar tersebut. Sudah tidak ada tumbuhan yang hijau mendiami tempat yang kami duduki kini. Semuanya telah musnah dek pembangunan kuku besi yang mencengkam.

Manusia berkiblat biasa pastinya sentiasa berada di bawah sekali. Meneruskan hidup dengan mengutip sisa-sisa kehidupan si kaya umpama si pengemis jalanan. Bukan tiada harga diri, tapi untuk meneruskan kehidupan. Wang sudah menjadi raja. Saya dan dia tidak mempunyai wang yang banyak. Tapi kami berdua mempunyai angan yang sama. Membunuh sahaja si pencipta wang, biar dunia yang fana ini bermula tanpa ada nilai padanya.

Dia kembali bertanya kepada saya maksud sebenar pejuangan kami berdua. Kerana katanya, dia sudah tidak mampu bertahan lagi. Si anu sudah menjanjikan kemewahan kepadanya. Dia tanya lagi samada saya mahu mengikutnya. Saya jawab tidak. Tidak mungkin jiwa dan raga saya ini saya serahkan kepada kekayaan. Pergaduhan mula meletus, saya capai helmet dan memukul kepalanya. Dia jatuh rebah dipangkuan saya. Nafasnya tinggal satu dua lagi. Anganya ingin bermewah-mewah musnah. Saya pinta dia kembali. Menyesali akan perbuatannya itu. Kemewahan itu hanya membuat dia semakin lemah. Secara perlahan-lahan, dia melebur menjadi debu dihadapan saya. Itu padah kepada insan yang tamak seperti dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PUAN ELANORWhere stories live. Discover now