Part Ten

22.3K 791 1
                                    

"Aku tahu semuanya! Korang bunuh dia! Korang sedar tak yang korang berdosa besar dengan dia?! Sekarang dia dah mati! Macam mana korang nak minta maaf dengan dia" Erin mengamuk habis.

"Stop Erin Alana" Eril sudah tidak tahan. Sakit hatinya apabila melihat Erin mengamuk dan menangis sebegini. Erin... kalaulah kau tahu perkara sebenar.

"Go f*ck with your money to the hell bitch!" Erin terus keluar dari pejabat abangnya itu. Sakit. Sampai hati abangnya membunuh Shah. Padahal abangnya tahu betapa sayangnya dia pada Shah.

Zaril terpaku melihat bergaduhan tersebut. Zaril keluar dari pejabat. Dia terus pulang ke rumah. Dia buntu. Apa semua ni? Dia perlukan penjelasan.

Rin terus balik ke rumah. Sakit. Rin tidak tahan dengan semua ni. 3 tahun dia cuba buang semua ni. Tapi dia gagal. Dia terlalu sayang pada Shah.

Pagi itu Rin datang awal ke office. Dia makan biskut sementara menunggu Zaril datang.

"Rin masuk bilik saya now!" Okey harini Zaril perangai macam Singa Buas. Mesti sebab semalam. Hm, bersedialah wahai tekak nak kena cerita panjang lebar.

"Yes" Rin mengangkat sebelah keningnya. Sebenarnya dah tahu apa yang Zaril nak tanya. Tapi saja nak panaskan lagi suasana yang dah cukup panas ni.

"Kau bekerja dengan aku sebab kau nak curi idea syarikat aku ke" ha sudah harini kau akan jadi pekak Rin. Zaril berang bila tahu Rin sebenarnya anak Dato.

"No"

"So then explain now why you work at here" Zaril dengan suara halilitar nya sudah bergema. Kalau lawan boboiboy halilitar ni. Petir lawan Suara? mesti korang ingat petir akan menang. Tapi salah, suara halilitar Zaril yang menang. Huhu.

Erin pun menceritakan semua perkara yang terjadi. Tersedu sedan dibuatnya apabila dia teringat kenangannya dengan Shah.

Zaril simpati dengan keadaan Rin sekarang. Serba salah dibuatnya.

"Sorry saya tak tahu keadaan awak macam tu" eh tadi kemain aku kau cakap kasar-kasar. Sekarang dah awak saya terlebih gula pula. Aduh singa buas ni boleh kencing manis aku dibuatnya.

"Awak masih sayangkan Shah lagi ke" sebenarnya Zaril jealous apabila Rin menceritakan kenangannya dengan Shah. Rasa macam ada orang siat siat hati ni.

"Yes i am" Rin mengangguk lemah. Susah dia nak buang Shah dari hidupnya. Jujur, sebenarnya ramai masuk minang Rin. Tapi Rin yang tolak. Sebab hati dia masih pada Shah.

Zaril mengeluh. Susah la macam ni.

Zaril tidak tentu arah. Mana taknya bila dia dengar sendiri Rin cintakan orang lain. Rin pulak tu yang cakap. Dia mesti cari cara supaya dapat pikat hati Rin. Dia mesti!

Zaril memandu ke Mid Valley. Tujuannya hanya satu iaitu pergi ke kedai buku.

Zaril masuk ke popular. Dia mencari buku. Yes jumpa pon.

Selesai mandi, Zaril tenung buku yang dibeli olehnya tadi. ' Cara Memikat Perempuan' . Kau biar betul Zaril gila angau dah kau ni. Singa buas baca buku cara memikat perempuan? Wohhh pelik bin ajaib!

Zaril membuka buku tersebut.

Langkah pertama
"Berikan benda yang disukai perempuan. Ini akan menyebabkan perempuan tahu bahawa kita sangat mengetahui tentang dirinya"

Berkerut-kerut muka Zaril. Erin suka apa eh? Aduh kau ni Zaril. Nak ngorat tapi tak tahu apa apa pon pasal Erin. Haish!

"Rin awak suka apa"

"Singa buas ni dah kenapa" Erin tutup mulutnya. Aduh macam mana boleh terlepas ni.

"Singa buas?" Zaril memandang pelik pada Rin

"Ar....saya...saya suka chocolate" cepat saja Rin tukar topik. Woh naya.

"Singa buas? Awak cakap saya singa buas?" Zaril menahan gelak tengok Rin menggelabah. Aduh comelnya minah ni. Nak peluk-peluk je rasa.

"Eh manada. Salah dengar kot" Habislah kau Rin!

"Saya tak pekak lagi" Zaril menambahkan perasaan menggelabah Rin. Sakit perut Zaril menahan ketawa.

"Aah. Boss memang singa buas. Semua orang cakap boss macam tu. Tulah suka sangat marah orang" Rin terus menutup mulutnya. Macam mana boleh terlepas lagi ni. Aduh matilah kau Rin!

Zaril diam. Bila dia fikir balik, patutla dulu ramai yang takut dengannya.

"Tapi saya dah tak macam tu kan sekarang?" Zaril ingin meminta kepastian.

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now