Part Twelve

21K 736 0
                                    

Pinpin. Bunyi hon kereta Zaril mematikan imaginasi Rin.

Zaril keluar dari kereta dan membuat tanda 'peace' . Terkejut beruk Rin dibuatnya.

"Apa awak buat dekat sini"

"Ikut awak balik kampung la"

"Awak dah gila ke"

Zaril membuat muka derk nya. Dia mengeluarkan begnya dari boot car.

"Ha dah sampai rupanya"

"Maklonggg" Rin berlari keanak anakan untuk mendapatkan maklongnya. Zaril menggeleng melihat gelagat Rin. Macam kanak kanak ribena betul.

Semenjak Opah dan Tokwan meninggal, maklong dan paklong yang jaga rumah ni.

"Siapa tu"

"Kawan Rin" Zaril menyalami tangan maklong.

"Handsome! Mai lah masuk" maklong menarik tangan Zaril. Eh eh maklong ni, jumpa lelaki handsome biarkan anak buah dia macam ni. Hm sedih betul!

"Rin tolong tunjukkan bilik untuk Zaril sat, maklong nak solat asar"

Rin membuat muka menyampah. Layanan istimewa betul kau dapat ye singa buas.

Rin menunjukkan bilik Zaril.

"Yang tu bilik awak. Depan ni bilik saya. Kat sebelah sana bilik maklong." Zaril hanya mengangguk dan terus menutup pintu. Penat weyh! Zaril mana ada kampung. Sebab tu dia nak sangat ikut Rin balik kampung.

Kurang asam punya singa buas. Cakaplah terima kasih ke apa. Ni tak, terus tutup pintu. Aku tonyoh muka hang satgi baru tau! Ha sudah dah keluar dah bahasa utara ni.

"Rin, rehatla na. Maklong nak masak. Rin mesti penat kan" hehe ingatkan nak mengelak dari kena masak. Maklong dah bagi greenlight pulak. Apalagi tidur la jawabnya.

Rin bangun setelah mendengar azan maghrib berkumandang. Haih nak kena pakai tudung sebab ada singa buas tu kat sini! Rin menyarungkan tudung sarung hitam dan pergi ke dapur.

"Awal bangun anak dara" Zaril tersenyum sinis.

Rin hanya menjeling Zaril. Semak betulla singa buas ni. Macam mana la aku boleh tak perasan dia follow aku?

"Dah dah pergi ambil wuduk. Kita solat berjemaah" paklong meleraikan sesi jeling menjeling antara Singa buas dan Rin.

Mereka akur dan pergi mengambil wuduk. Sempat juga mereka bertekak.

Harini bukan paklong jadi imam tapi si singa buas tu. Sejuk jugak la hati Rin bila dengar dia baca ayat ayat dalam solat. Ewahh sah solat kau tak sah!

Rin membantu maklong menghidangkan makanan di dapur. Mereka bermakan malam bersama. "Umi, abah, iman pergi dulu na" eh semenjak bila pulak beruk ni ada kat sini?

"Bila masa kau ada kat sini beruk?"

"Manalah kau nak perasan ayam, asyik berkepit je dengan buah hati" Iman memandang Zaril.

Zaril? Buah hati aku? Never!

Zaril pulak dah tersipu sipu malu apabila Iman cakap sebegitu. Kembang pulak cheq!

"Kau nak pergi mana ni" Rin cepat cepat menukar topik. Kang tak pasal pasal Maklong dan Paklong jadi polis malam ni.

"Balik kl la, oh ya jangan lupa datang aku kahwin nanti eh ayam. Aku nak sebelih kau"

Hm, minggu depan si beruk ni kahwin dengan buah hatinya.

"Jangan lupa ajak buah hati kau sekali" Iman mengenyitkan mata.

Nak je Rin mengorek ngorek mata Iman tu. Tak habis habis cakap si Zaril ni buah hati aku. Teringat pulak mimpi.... ah jangan throw back Rin. Meremang bulu roma kau nanti!

Selepas solat isyak berjemaah, Rin terus masuk bilik. Zaril pelik melihat Rin. Selalunya mesti sembang sembang. Ini tidak terus masuk bilik. Maklong dan paklong Rin macam tahu tahu je takde sembang sembang malam ni.

Zaril mengetuk pintu bilik Rin.

Rin membuka pintu. Dah agak mesti singa buas yang kacau aku.

"Awak tak sembang sembang dulu ke dengan maklong dan paklong awak?"

"Tak. nak tidur"

"Awal lagi"

"Esok pagi nak pergi kubur la"

"Nak ikut bole?"

"Bangun awal"

Rin terus menutup pintu bilik. Sebenarnya malas nak bagi singa buas tu ikut. Tapi kang kalau tak bagi, mesti dia ketuk pintu lagi.

•••

Rin dan Zaril bangun awal kesokannya. Selepas selesai bersarapan mereka bergerak ke destinasi yang dituju. Mereka menaiki kereta Rin. Puas mereka bertekak akhirnya Zaril mengalah. Betul juga cakap Rin. Dia mana tahu jalan disini.

Mereka sampai di kubur Opah dan Tokwan Rin. Zaril membentang tikar. Mereka membaca yasin bersama-sama.

Selesai membaca yasin. Mereka masuk ke dalam kereta.

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now