Part Twenty Two

19.4K 654 9
                                    

Dah dua minggu aku kat US. Akhirnya aku kembali di tanah air yang tercinta ini. Malaysia i'm back!!!!

"Ha Rin, lepasni banyak benda nak kena uruskan before kahwin" mummy dari US sampai Malaysia tak habis-habis dok membebel pasal kahwin. Asyik benda yang sama je diulangnya. Mummy, anak mummy ni bukannya tua sangat sampai lupa semua benda huhu.

Hm so now aku kat airport. Bila aku keluar dari airport ni, kalau aku nampak lelaki handsome maknanya dialah jodoh aku. Rin berlari keluar dari airport. Jodoh mu tunggu aku datang!!

•••

Zaril menuggu Rin di airport. Itupun selepas mummy call dia. Kalau tak memang dia tak tahulah huhu.

Rin keluar dari airport. Eh handsomenya lelaki tu!! Siapa dia eh? Rin jalan mendekati lelaki itu. Eh itu bukan ke....

Singa buas!

Rin menggosok gosok matanya. Harap haraplah dia salah tengok. Baca bismillah Rin mana tahu tu jembalang ke. Rin membuka matanya selepas membaca bismillah.

Singa buas dah takde. Fuh nasib baik bukan dia.

"Cari saya ke" Zaril muncul dari belakang. Bukannya dia tak tahu, mesti Rin tak percaya tadi tu dia.

"Oh mak kau meletop pom pom" Rin terkejut sehingga melatah. Zaril gelak berdeku-dekah. Aduh minah ni melatah la bila terkejut.

"Tak sangka wife saya melatah" Zaril masih gelak.

"Wife to be" Rin terus berjalan meninggalkan Zaril. Menyampah.

Sepanjang perjalanan, mereka di situasi senyap. Rin geram gila dengan mummy, bila mummy paksa dia balik dengan Zaril. Patutlah mamat ni tahu, bila aku balik!

"Muncung la lagi bibir tu, senang saya nak cium" Zaril ketawa lagi.

Rin menarik bibirnya. Hak alah mamat ni, tak tahu malu betul. Ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Kalau bukan sebab si Kamil tu, memang tak lah aku nak kahwin dengan kau. Perasan.

"Awak kutuk saya ke?"

"Taklah, menyumpah" Rin membalas pertanyaan Zaril. Zaril kembali ketawa. Apa? Lawak sangat ke aku menyumpah dia?

Zaril berhenti di tepi jalan. Dia mendekatkan dirinya pada Rin.

Woi woi mamat ni nak buat apa? Makin lama Rin makin kebelakangan. Aduh apa mamat ni nak buat.

Zaril memakaikan seatbelt Rin. Dia tergelak.

"Awak ingat saya jahat ke?"

"Awak tu lelaki mesti la ada nafsu" Rin membela diri. Malu woi!

"Saya tahu halal haram la" Zaril kembali memandu.

Rin terdiam. Apa la kau ni Rin. Suka sangat fikir bukan-bukan.

•••

Penat penat! Lepas balik dari US. Banyak benda nak buat untuk kahwin. Kena pergi kursus la, ukur baju la, cari cincin la, blablabla. Sampai takde waktu rehat huh penat.

Baju pengantin untuk aku je ada lima helai. Satu masa tunang. Satu malam berinai. Satu nikah. Satu bersanding. Satu lagi untuk potong kek. Memang penatlah asyik nak kena tukar baju je.

Ha lagi, perkahwinan ni macam yang aku harapkan. Tapi bila kena kahwin dengan Zaril ni. Buat kecik kecik sudah. Setakat akad nikah pon dah cukup takyah bersanding. Buat apa nak besar besar bila kahwin dengan orang yang kita tak cinta? Ye dok?

Perkahwinan aku dengan Zaril, semua mummy and bonda uruskan. Macam dorang pulak nak kahwin kecoh sana sini. Panggil media la. Tempat vip untuk dato datin nanti blablabla.

Lepastu bila nak pergi beli barang, mummy and bonda mesti ikut. Selalunya dalam novel or drama mesti pergi dengan 'bakal suami' tapi cerita aku best kita pergi dengan 'bakal suami, mak sendiri, dan bakal mak mentua'.

Dan setiap kali perjalanan nak pergi sana, telinga kena jadi telinga gajah dengar dua mak membebel. Sebenarnya nasihat tapi aku lebih suka gelarkan bebel. Sebab asyik ulang perkara samaaaaaaaaaa je. Naik muak aku dengar.

Si Zaril ni pulak, makin sibuk dengan kerja. Yelah, kan dah nak kahwin kenalah bahagikan masa. Tapi nasib baik kalau nak fitting ke apa, dia ada. Kalau tak memang aku sembelih dia. Nanti aku sorang je yang kena membebel. Huhu

Semenjak nak kahwin ni, conversation aku dengan Zaril makin berkurangan. Mungkin masing masing dalam hati dupdap dupdap kot. Yelah, kahwin tanpa cinta? Siapa je yang suka?

Aku redha kena kahwin ni. Nak cancelkan tapi nanti kecik pulak hati mummy and bonda. Taknak lah jadi macam tu.

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now