Part Twenty One

19.6K 658 1
                                    

"Ala dua minggu tu lamaaaa. Nak ikut" Zaril mula menggedik. Haih belum kahwin dah gedik macam ni. Bila kahwin nanti? Mesti gedik habis.

"Sekejap je la 2 minggu tu" layan je la si Zaril harini. Nanti dah tak dapat gaduh dengan dia. Rindu wooo. Eh?

"Nak ikut" Zaril mencebik. Harap-haraplah Rin bagi dia ikut.

"Boss nak kahwin dengan saya tak?"

"Mestilah nak"

"Kalau boss nak kahwin dengan saya, boss lepaskan saya dua minggu eh" fishy eyes Rin. Buat fishy eyes!

"Yelah" Zaril mencebik. Dua minggu kau macam orang gila Zaril. Huhu

••••

Dah masuk seminggu Rin takde. Zaril dah macam orang gila.

"Boss harini ada meeting" Dahlia yang mengganti tempat Rin. Itupun Rin yang suruh.

Dahlia dia bukannya taknak jadi PA Zaril. Dia tak kesah. Cuma tulah encik Farhan tu kuat jealous. Menyampah kita nak pujuk.

"Awak batalkan jelah meeting tu Dahlia." Dah masuk seminggu Zaril cakap macam tu. Memang tak bersemangat lansung.

Zaril selalu call and message Rin, tapi Rin tak pernah nak angkat and balas. Bila Zaril whatsapp Rin hanya tinggalkan blue tick je. Tu yang rindu teruk tu.

For the first time aku nampak singa buas macam ni. Macam bini lari rumah. Haih Rin Rin. Kau memang dah buat singa buas ni sayang kau dalam dalam.

•••

"Best jadi PA Zaril?" Farhan seperti biasa akan bertanya begitu.

"Jangan mulakan"

Farhan mencebik. Sebenarnya banyak kali dia suruh si Dahlia ni berhenti kerja. Yalah, dia boleh tanggung semua. Tapi si Dahlia ni ha yang degil. Dahlia tu dah la pregnant. Kalau duduk rumah kan lebih selamat.

"Abang, abang tahu tak Encik Zaril dah seminggu suruh saya batalkan meeting."

"Pahal pulak mamat tu?" Zaril batalkan meeting? Menipulah! Dia tu dah la workholic. Takdenya nak batalkan meeting semua ni.

"Entahlah. Semenjak Rin takde macam tu lah dia. Kejap kejap tengok phone. Kemaruk rindu kot"

"Haih diorang ni. Kahwin jelah cepat cepat"

"Tak lama lagi dorang kahwinlah"

Dahlia dan Farhan gembira. Kan dah agak mesti dorang kahwin punya.

•••

Rin angkatlah please please. Zaril seperti biasa akan menelefon Rin. Tapi banyak kali Rin tak angkat. Sedih.

"Hello"

"Rin kenapa awak tak angkat saya call? Kenapa awak tak balas mesej saya? Kenapa awak tinggalkan bluetick kat whatsapp?" Bertubi-tubi soalan yang Zaril tanya pada Rin.

"Ala boss ni, kan Dahlia jadi PA boss skrg, jangan lah kacau saya" Rin menyampah. Seminggu aku aman tahu tak takde kau?

"Excuse me, PA sementara" Zaril membetulkan. Hanya Rin sahaja yang boleh jadi PA dia!

"What ever" malas nak layan si singa buas nih.

"Awak buat apa"

"Tengah menyumpah singa buas"

"Best menyumpah?" Zaril tergelak. Ah rindunya!

"Best sangat sangat sangat!" Menyampah!menyampah! Rin mendengus.

"Nak join menyumpah boleh?"

"Boss nak apa nih?"

"Nak lepaskan rindu"

"Ok bye" Rin terus menamatkan panggilan. Aku ada gedik. Aku takda pon gedik. Meremang bulu roma layan orang jenis macam ni!

•••

"Marah la tu" Zaril tergelak apabila Rin menamatkan panggilan.

Takpe Zaril kuat kan semangat kau! Seminggu je lagi! Habis seminggu kau akan busy untuk wedding kau. Ahh tak sabarnya nak kahwin.

Selalunya perempuan yang angan-angan tema kahwin apa, warna baju apa. Tapi lain si Zaril ni. Dia yang lebih lebih.

Hm kahwin nanti tema snow ala-ala frozen tu. Baju warna biru la. Biar Rin jadi elsa versi muslimah. Nak buat kat hotel. Lepas bersanding taknak balik rumah. Nak tidur hotel.

Rin balik cepat ya sayang! Nanti kita cari barang hantaran, baju, rumah, blablabla. Zaril, zaril suka sangat berangan.

•••

"Kamu jangan asyik nak bercuti je, kalau ada barang boleh dijadikan hantaran beli" mummy seperti biasa membebel.

Semenjak aku pergi US ni, aku asyik kena menadah telinga mendengar pasal kahwin. Rasa macam diri ni sedang menjalani kursus kahwin pula huhu.

Lepastu mummy tak habis habis beli barang kononnya boleh buat untuk hantaran aku nanti. Mummy yang melebih-lebih macam dia pulak nak kahwin.

Aku? Sekadar mengangguk dan diam. Semua orang mesti gembira bila kahwin. Aku? Satu feel gembira pon tak rasa. Rasa macam nak batalkan, tak bersedia, sedih semualah.

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now