BAB 2

208 7 0
                                    

Pada hari ke-3 Syahira bekerja, Syahira asyik teringat akan kata-kata perempuan tua tempoh hari. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya tanda mahu menghilangkan peristiwa itu dari fikirannya.

Syahira mula bekerja seperti biasa. Apabila tepat pukul 12.00 malam, tiba-tiba suatu lembaga berwarna hitam lalu di belakangnya dengan pantas. Syahira dapat rasakan angin sejuk melingkar sekitar lehernya. Syahira segera menoleh ke belakang. Nafasnya mula naik turun. Dia berpaling-paling melihat sekitar, namun hampa kerana tiada sesiapa pun disitu.

Kata perempuan tua itu sekali lagi melayang di kotak fikirannya. Hatinya mula dipenuhi dengan perasaan resah. Disebabkan terlalu takut, Syahira pun bergegas untuk pulang ke rumah.

Hari ini sudah masuk hari yang ke-4 Syahira bekerja. Disebabkan peristiwa semalam, hatinya terdetik mahu menanyakan sesuatu kepada Azura tentang peristiwa yang pernah berlaku suatu masa dahulu di hospital itu.

"Azura...pasal pembunuh tu...betul ke?" Tanya Syahira takut-takut.

"Shhh! Senyap sikit, nanti ade orang dengar!" Azura segera membawa Syahira ke kawasan yang agak sunyi sedikit agar tiada sesiapa yang mendengar.

"Sebenarnya...perkara ni dirahsiakan oleh pihak hospital. Diorang takut pesakit kita kena histeria! Kalau nak cakap pasal benda ni, kita betul-betul kena hati-hati!" Jawab Azura bersungguh-sungguh.

"Ja-jadi betullah!!" Ternganga luas mulut Syahira mendengar jawapan yang disampaikan Azura.

"Bila...kes tu..berlaku?" Tanya Syahira lagi.

"Dari apa yang aku dengar, kes tu berlaku time bulan mengambang pada 30 Disember. Tapi tahun bila berlaku tu yang aku tak tahu.." Jelas Azura.

Dahi Syahira berkerut seribu, "Bulan mengambang pada 30 haribulan? Pelik.." Tertanya-tanya Syahira dibuatnya apabila dikatakan begitu. Azura mengangkat bahu tanpa tidak pasti.

Mendengarkan semua jawapan Azura, Syahira mula berfikir. Tarikh hari ini adalah 4 Disember. Dan bulan biasanya mengambang pada pertengahan bulan. Adakah betul yang bulan akan mengambang pada 30 Disember nanti? Tiada siapa yang tahu..

Tiba-tiba suatu angin yang aneh menyapa di sekitar telinganya. Terasa sejuk sekali. Habis meremang bulu roma Syahira dibuatnya. Dia mengerling jam tangannya, jam menunjukkan tepat pukul 12 malam. Syahira mulai berasa takut memandangkan hanya tinggal lingkungan 5 orang doktor sahaja di hospital itu yang baru sahaja mula bekerja pada syif lewat malam itu.

Syahira segera pulang ke rumah memandangkan yang Azura juga sudah lama pulang.

The Haunted HospitalWhere stories live. Discover now