BAB 4

155 5 0
                                    

Pada hari ke-7 bekerja, rakan sekerja Azura mendekati Syahira dengan hati yang terbuka. Sebelum ini mereka takut tetapi setelah Azura menceritakan sisi baik Syahira kepada mereka, mereka cuba untuk menerima Syahira walaupun mungkin hati masih terasa berat dengan pemergian Azura.

Aiman, Siti, Fakrul, Afiqah dan Amyra, mereka lah rakan-rakan Azura. Kini mereka cuba menerima Syahira sebagai pengganti Azura. Syahira berasa begitu gembira sekali. Akhirnya ada juga insan yang sanggup merapatinya.

Syahira bekerja seperti biasa bersama rakan sekerjanya yang baru. Dan apabila telah tiba waktu pulang, dia pun pulang dengan segera tanpa mengesyaki apa-apa.

Pada hari ke-8 Syahira bekerja, dia bekerja dengan tekun sekali agar ingatannya tentang Azura melayang pergi. Dia tidak mahu asyik teringatkan orang yang sudah tiada.

Jarum jam menunjukkan sudah pukul 12.00 lewat malam, syif kerja Syahira telah pun tamat. Dia pergi mencari Afiqah dan Amyra tetapi tidak jumpa. Dia juga cuba mencari Aiman, Siti dan Fakhrul tetapi juga tidak dijumpai. Dia cuba bertanya kepada beberapa orang nurse di hospital itu tetapi hampa mereka langsung tidak mengenal doktor-doktor yang disebut Syahira.

Syahira mula berasa hairan, "Pelik lah...mana diorang ni? Afiqah dengan Amyra takkan dah balik kot? Kata nak tunggu aku? Aiman, Siti dengan Fakhrul pun aku tak nampak..sepatutnya diorang ada sebab sekarang syif diorang...?" Omel Syahira seorang diri.

Syahira mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumahnya. Sedang dia berjalan di sepanjang koridor, tiba-tiba salah satu pintu yang terdapat disitu tertutup secara tiba-tiba membuatkan Syahira terkejut.

Syahira menoleh memandang pintu yang tertutup itu, tetapi dia langsung tidak pasti pintu yang mana satu kerana terdapat banyak pintu di sepanjang laluan koridor. Nafas Syahira mulai kencang kerana ketakutan. Syahira serta-merta mempercepatkan langkahnya untuk pulang.

Sedang dia berjalan pantas, tiba-tiba dia terdengar bunyi tangisan. Dia pun mencari dari mana bunyi tangisan itu datang. 'Mungkin pesakit..' Fikir Syahira lantas dia mencari pesakit yang dimaksudkan itu.

Syahira cari dan cari lagi tetapi tiada sesiapa pun di sekitar situ. Hanya dia seorang saja. Dia berasa hairan dan sedikit takut.

"Mana pesakit yang nangis tu? Takde pun?" Tertanya-tanya Syahira dibuatnya.

Tiba-tiba, "Syaahiraahhh.." Entah dari mana datangnya suara itu yang separa bisik. Syahira cepat-cepat menoleh tetapi tiada sesiapa pun disitu.

Nafas Syahira mula turun naik dengan pantas. Jantungnya berdegup sungguh laju. Lalu dengan pantas dia berlari menuju ke jalan keluar.

Sedang dia berlari, tiba tiba dia dapat rasakan ada sesuatu yang mengekorinya dari belakang. Rupanya ada satu lembaga yang mengejarnya.

Syahira berlari dengan perasaan takut. Air matanya turut keluar kerana teramat takut. Selang beberapa minit dia berlari, dia terpaksa berhenti kerana kepenatan.

Dia membongkokkan diri dan tangannya diletak pada lutut. Dia cuba mengambil nafas dengan betul. Semasa dia mahu sambung berlari, baru dia perasan yang dia telah berlari di koridor yang sama berulang-kali. Mata Syahira terbuka luas. Perasaannya diselubungi dengan perasaan takut yang amat. Air peluh mula merinik disekitar dahinya. Mulut Syahira pula terkumat-kamit membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Tiba tiba satu pintu keluar terbuka. Syahira sungguh bersyukur lalu dengan pantas dia cepat-cepat keluar mendapatkan keretanya dan pulang ke rumah.

The Haunted Hospitalحيث تعيش القصص. اكتشف الآن