BAB 3

165 5 0
                                    

Pada hari ke-5 Syahirah bekerja.

Semasa sedang sibuk bekerja, ada sesuatu yang telah terjadi kepada Syahira. Badannya dengan tiba-tiba terasa begitu panas sekali dan badannya juga terasa sakit-sakit. Terdapat beberapa kesan lebam di badannya menambahkan lagi tanda tanya pada akal fikirannya.

Syahirah menuju ke bilik yang tersimpan ubat-ubatan. Semasa dia mahu menyapu ubat di kawasan yang lebam, tiba-tiba lebam-lebam tadi telah hilang. Badannya juga sudah tidak terasa panas dan sakit-sakit lagi. Untuk memastikannya, Syahirah mencari-cari kesan lebam yang lain, ia juga turut hilang.

"Aku mimpi ke? Aku pasti sangat yang lebam tu ade pagi tadi..." Syahirah berasa hairan. Habis naik meremang bulu romanya.

Tamat sahaja waktu bekerja, Syahira segera mahu pulang tetapi tiba-tiba pesakitnya membuat hal. Pesakitnya dikatakan mental hingga dia pergi minum racun yang boleh membawa maut. Pesakit itu akhirnya berjaya dikawal.

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi dan Syahirah berada di dalam tandas. Sedang dia sibuk membasuh tangannya disingki, tiba-tiba dia ternampak bayang seorang lelaki berdiri di belakangnya melalui cermin. Dia segera menoleh kebelakang tetapi tiada lelaki atau sesiapa pun disitu. Nafas Syahira mula naik turun. Dia cepat-cepat keluar dari tandas itu dan segera mahu pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, keadaan jalan raya sedikit sesak walaupun pada waktu lewat malam. Dia memandu seperti biasa lalu ternampak satu kemalangan yang berlaku. Dia pasti itu lah punca berlakunya jalan yang sesak ini.

Syahira berkata dalam hati, 'Siapa pulak yang accident ni?' Namum dibiarkan sahaja soalannya begitu tanpa jawapan lalu dia segera pulang kerumah memandangkan kesesakan jalan raya sudah beransur pulih.

Pada hari ke-6 Syahira bekerja, dia merayau-rayau mencari Azura namun tidak dia jumpa. Syahira hampa.

Sedang dia tercari-cari Azura, dia terserempak dengan bossnya. Syahira mendekati bossnya lalu bertanya, "Boss, ada nampak Azura tak?" Tanya Syahira mengharap yang bossnya tahu dimana Azura.

Boss Syahira mengerutkan dahi, "Kamu tak tahu ke?" Tanya Boss Syahira.

"Tahu apa pula boss? Azura dah berhenti kerja ke?" Tanya Syahira kehairanan.

Boss Syahirah mempamerkan wajah suram, "Sebenarnya Azura dah tiada. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.." Jawab bossnya sayu.

Syahirah serta-merta jatuh terduduk, dia menangis teresak-esak. Tidak dia sangka kemalangan yang dia sendiri saksikan semalam adalah rakan sekerja yang rapat dengannya. "Azura!!" Syahira separa jerit nama Azura, melepaskan kesedihannya.

Melihatkan Syahirah begitu, bossnya serta-merta menyuruh Syahirah pulang dan menenangkan diri.

Mahu menerima hakikat yang Azura sudah tiada bukan lah senang, tetapi sebagai manusia biasa, kita mesti sentiasa ingat yang ajal maut itu semua di tangan Tuhan. Kita hanya mampu berdoa agar dia sentiasa tenang di alam sana..

The Haunted HospitalDonde viven las historias. Descúbrelo ahora