Bab 2

967 9 0
                                    

"Nama makcik yang penuh apa?" Tanya Hidayah.

"Ainah Bte Kassim. Orang kat sini panggil makcik, Makcik Ain."

"Umur makcik?"

"82 tahun. Agaknyalah tu. Manalah nak ingat lagi."

Makcik Ain menerangkan satu per satu asal-usulnya, tempat lahir dan tinggalnya dulu sebelum dihantar ke Rumah Tumpangan Warga Tua Husna Arrashid. Makcik Ain tersenyum bila memberitahu sebab kenapa dia dihantar ke situ. Hidayat tersentak bila melihat senyuman diwajah Makcik Ain.

"Makcik boleh masih tersenyum lagi?" Hidayah hairan dengan reaksi orang tua itu.

"Harini harijadi Saiful yang ke 45 tahun. Mestilah makcik gembira. Diakan anak makcik."

Hidayat mengangkat kening. Usianya sendiri dia lupa tetapi umur anaknya dia masih ingat. "I can't believe this," ujar Hidayah.

"Apa Dayah tanya tadi?"

"Tak...takde apa apa." Balas Hidayah. Dia tergamam bila Makcik Ain menggunakan panggilan "Dayah" padahal dia tidak sebut nama singkat itu dengan Makcik Ain.

"Jadi makcik dah kat sini selama 17 tahun. Semenjak anak makcik kawin?!"

"Eh!...tak. Sejak isterinya lahirkan anak kedua. Selepas dorang kawin makcik tinggal sendiri. Ayahnya dah lama meninggal. Rumah mereka di Kolompo. Makcik kat Melaka. Setelah dapat cucu kedua, Saiful kata dia dah tak larat jaga makcik. Macam mana nak ulang-alik Kolompo dengan Melaka tiap hari. Maklumlah sibuk kerja dan rumahtangga dia."

"Oh my gosh!" Hidayah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Pen dan kertas disimpan. Hanya voice-recorder sahaja yang digunakan untuk melanjutkan sesi itu.

Barang Lama Jangan DibuangWhere stories live. Discover now