Bab 4

837 15 2
                                    

Hidayah menarik tangan Makcik Ain. Perlahan-lahan dan penuh kasih-sayang dibelai tangan orang tua itu.  Lembut dan sejuk tangannya.  Tulang-tulang serta uratnya jelas kelihatan. Tangan yang banyak menabur bakti tetapi kini jasanya telah dilupakan.

Kedengaran bunyi trolley ditolak dari ruang koridor. Siti lagi membahagikan makanan tengahari kepada penghuni-penghuni disana.

"Cik...ini makan tengahari," kata Siti sambil meletak dulang makanan di atas meja makan Makcik Ain.

Hidayah mengangkat dulang makanan. Nasi putih, sayur kobis dan asam pedas. Itu sahaja bersama air putih. "Makcik, biar saya suap iya." Katanya. Makcik Ain hanya menganggukkan kepala.

Sedang Hidayah menyuapnya, Makcik Ain tersenyum dan berkata,"Bertahun-tahun orang tak suapkan Makcik macam gini."

Hidayah tidak dapat menahan sebak. Tangannya yang memegang dulang terus menggigil. Walaupun airmatanya mengalir membasahi pipi, Hidayah cekalkan hati  untuk memberi senyuman. Setiap kali dia melihat senyuman yang terukir di wajah Makcik Ain, hatinya bertambah pilu.

"Ya Allah, apakah ini satu pengajaran yang Engkau ini berikan padaku untuk menyiapkan aku nanti?" bisik hati Hidayah.

Selepas makan, Hidayah menyuruh Makcik Ain berehat dahulu. "Nanti dalam sejam-dua saya datang lagi untuk sambung interviu iya Makcik."

Makcik Ain menganggukkan kepala sahaja. Setelah membaringkan Makcik Ain di atas katilnya, Hidayah turun ke bawah untuk gilirannya makan tengahari.

Waktu makan, dia perhatikan tidak ramai orang di kantin. Yang ada cuma tiga empat karyawan disana. Orang luar langsung tidak ada. Nasi ayam penyet yang dibelinya tidak dapat dihabiskan. Rasa seperti bersalah bila dibandingkan makanannya dengan yang disuapkan ke mulut Makcik Ain. Semua yang dimakan terasa pahit ditelan.

Seperti yang dijanjikan, Hidayah kembali ke bilik Makcik Ain. Warga tua yang lain pun sudah berada di katil masing-masing. Hidayah melambai tangannya pada mereka yang memerhatikannya masuk.

Makcik Ain masih tidur. Hidayah tidak tergamak untuk mengejutnya. Lama dia memerhatikan wajah Makcik Ain dari tepi katil. Hatinya berdegap-degup. Airmata yang mengalir segera dikesat. Hidayah mengusap kepala Makcik Ain. Terasa dingin sekali.

Lain sekali rasa hatinya. Dipegang tangan Makcik Ain. Sejuk. Kakinya pun sejuk.

"Makcik....Makcik Ain....Cik!" Hidayah cuba kejutkan Makcik Ain tapi Makcik Ain tidak memberi respon.

Hidayah meletakkan jarinya di depan hidung Makcik Ain. Tidak terasa pernafasan. Hati Hidayah berdegup kencang.

"Makcikkkk!!!" Teriak Hidayah. Seluruh bilik terkejut. Hidayat terduduk sambil melalak-lalak di kerusi.

Kesal menghantui jiwanya.

Barang Lama Jangan DibuangWhere stories live. Discover now