Bab 4

4.3K 192 4
                                    

"Tak dapat kerja ke?" Soal maknya.

"Belum mak. Tapi tadi orang dah hantar resume kat syarikat. Doa-doakan la yer".

"Mak sentiasa doakan setiap anak mak berjaya",tutur maknya.

"Terima Kasih mak. Sayang mak", Medina memeluk bahu emaknya.

"Kalau sayang mak, ubahlah penampilan. Ni mak tengok kau dalam hati ada taman..", tersenggih maknya menutur ayat.

"Hahaha. takpe taman dalam hati untuk mak je",

"Hahaha.. untuk pakwe takde ke?", duga maknya.

"Siapalah nak kat orang",

"Takpe, biar maklah carikan nak??",

"Ehh.. tak naklah. Orang nak kerja dulu", Medina lantas menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan cadangan maknya.

"Yelahh.. carilah kerja elok-elok",balas maknya.

_________

"Kringggggggg!!!!",
Bunyi deringan tanda ada panggilan masuk.

Medina meraba telefonnya. Matanya masih dipejam. Siapa pula yang telefon pagi-pagi ni.getusnya didalam hati.

"Hello", Medina bersuara malas.

"Hello, boleh saya barcakap dengan cik Medina",suara lelaki dicorong telefon membuatkan Medina membuka mata.

"Yes, Medina speak", balas Medina. Kepalanya masih lagi mamai.

"Saya dari syarikat Wisma Land. Semalam saya ada dapat resume cik, so saya nak tanya yang cik berminat ke nak interview hari ni?",

"Minat... minattt",beriya-iya Medina mengulang jawapannya.

" Kalau macam tu, boleh cik Medina datang ke office around pukul 10 pagi",

"Bolehhh",

"Okey. Kalau macam tu, nanti naik tingkat 2 ye. Bye",

"Baik encik. Terima kasih. Bye", balas Medina.

Medina terus bangun dari katilnya.

"Makkkkkk", jerit Medina.

"Iyee.. nak apa?", soal maknya. Pelik selalu anaknya tidak pernah bangun seawal ini.

"Orang dapat panggilan temuduga..yeaaayyyy", teriak Medina. Dia kemudian mencium pipi maknya.

"Busuklah", maknya menepis ciuman anaknya itu.

Masam muka Medina tanda protes merajuk.

"Lepas mandi nanti baru cium. Ni pergi temuduga pukul berapa", mak Midah memandang wajah anak daranya.

"Pukul 10 mak", balas Medina.

"Eii budak bertuah ni, tak mandi lagi. Dah pukul 9 ni",

"Hah pukul 9 dah!!", terbeliak biji mata Medina. Laju dia berlari mengambil tuala dan terus kebilik air.

________

"Okey mak, orang pergi dulu", Medina mengambil tangan maknya lantas dicium. Kunci yang tersangkut terus diambilnya.

"Ehh kau pakai macam tu je?", soal maknya. Pelik, anak orang lain temuduga pakai baju kurung, anaknya boleh pula pakai seluar.

"Kenapa? Tak elok ke?", Medina lantas mamandang pakaian yang tersarung di badannya. Seluar slack berjalur hitam putih dan baju kemeja putih kotak-kotak hitam. Okey je. Lagipun ni je pakaian kemeja yang dia ada. Manakala dia belajar kolej, jadi seluarnya banyak jeans slack. Ni pun puas dia selongkar almari nasib baik ada seluar slack.

"Baju dah berkotak, manakala seluar pula berjalur dah macam bangla, mak tengok kau", berkerut kening maknya.

"Hahaha. Yang penting confident tu kena ada. Okey la orang pergi dulu", lantas enjin motorbikenya dihidupkan.

"Vroommmmmm!!!", lantas Medinan memecut dengan motorsikal KTM DUKE 200.

_________

"Assalamualaikum", Medina memberi salam dekat penyambut tetamu.

Dipandangnya Medina dari atas kebawah.

Medina kemudian memandang pakaian yang dipakainya. Buruk sangat ke?

"Waalaikumusalam", lambat dijawabnya.

"Saya dapat panggilan untuk datang interview",

"Ohh.. naik lif ni ke tingkat 2", perempuan muda itu memberi senyuman kepadanya.

"Terima Kasih", ucap Medina sebelum berlalu pergi. Tangannya terus menekan butang liff.

Tinkkkkk!!

Liff terbuka. Belum sempat lagi kakinya mahu melangkah masuk badannya dirempuh dari belakang.

Medina menjeling memandang kebelakang. Terlihat seorang lelaki berkaca mata hitam bersama dengan seorang wanita disisinya.

Malan nak cari gaduh, Medina terus melangkah masuk. Bukan dia tidak perasan yang waniya disisi lelaki itu asyik menjeling je. Mahu je rasa cungkil mata minah tu. Dah la pakai baju pendek, badan dok gesel je kat lelaki tu. Menyampah!

"Lambat",

perempuan disisi lelaki itu hanya tersenggih bila temannya memperli Medina. Pedih telinga Medina mendengarnya.

"Macam bagus!!", sindir Medina. Sengaja dia bangkitkan kemarahan jejaka itu.

"Bie.... tak payah layan. Macam badut je i tengok", perli permpuan itu.

"Uweekkk.. uwekkk.. bieee hahahhaha", lantas Medina berpura-pura muntah. Sungguh dia memang geli hati bila terdengar perkataan bie. Macam Farah memanggil Azhar. Rasa loya plus geli hati.

Pintu liff terbuka je, terus aku keluar dari liff. Bosan melihat pasangan merpati sejoli tu.

Wowww.. pertama kali aku melihat syarikat yang setiap tingkat ada penyambut tetamu,getusnya sendirian.

"Hello. Saya ada dapat panggilan interview". Medina bersuara lembut.

"Nama sapa?", tanya minah cina kasar. Sempat lagi aku terlihat tag namanya, Julie.

"Medina",

"Okey. U duduk kat bilik situ", Julie menunding jarinya ke arah bilik menunggu.

Medina membuka pintu yang ditunjuk oleh Julie.

Makkk oiiii.. ramainya.. boleh ke aku dapat kerja ni. Tertelan air liur Medina melihat betapa ramainya yang datang untuk interview.



> please support and vote my stories.. ☺☺.. bosan sikit.. tapi tunggu... muahhcikedd ♡♡☆<

U Are MineDonde viven las historias. Descúbrelo ahora