Kringggg kringgggg!!!
"Makk! Tolong angkat telefon orang",jerit Medina.
"Okey!!", mak Midah kemudian menolak button hijau.
"Hello.. nak cakap dengan siapa?", soal mak Midah.
"Medina yer.kejap ye.", maknya kemudian menghulurkan telefon kearah Medina.
"Siapa ni??", tanya Medina.
Mak Midah mengangkat bahu tanda tidak tahu. Lupa pula dia mahu bertanya siapa di talian tadi.
Medina kemudian membasuh tangannya sebelum menjawab panggilan.
"Hello. Yer saya Medina",
"Hello cik Medina. Saya Sharon dari Wisma Land. Sukacita saya nak maklumkan pada cik yang cik diterima bekerja.
"Hahhhh?? Betul ke ni",
"Betul. Jadi esok tepat pukul 9 pagi cik Medina boleh start datang kerja. Okey",
"Okay. Terima kasih cik. Bye",
"Yeaaaayyyyy!!", Medina melompat kegembiraan.
"Siapa yang telefon?",soal mak Midah. Pelik melihat telatah anak bongsunya. Beriya-iya melompat.
"Mak orang dapat kerjaaaa!!", Medina meluru kearah maknya. Tubuh maknya itu dipeluk.
"Yeke.. Alhamdulilah. Kan mak dah kata mesti dapat",
"Masin mulut mak", Medina mencium pipi maknya itu.
"Hari ni mak nak masak tomyam la. Favourite Medina kan. Okey lah mak masuk ke dapur dulu",
"Baik mak", jawab Medina.
Medina kemudian menyambung semula membasuh motorbikenya.
Sambil membasuh dia bersiul tanda riang dapat kerja.
"Seronoknya kau Medina", tegur jiran sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan makcik ton.
"Mestilah seronok. Ada ke orang sedih bersiul", perli Medina. Malas dia mahu melayan jiran sebelahnya. Bukan dia tidak tahu yang mulut jirannya itu berbisa. Kalau mengumpat serah je pada makcik ton memang dia suka .
"Kenapa seronok sangat ni?", soal makcik Ton. Dia cuba mengorek rahsia Medina. Manalah tau boleh tambah gosip mengumpatnya nanti.
"Seronoklah mak masak tomyam. Makcik Ton ni tiada kerja ke nak buat?", Medina berpusing memandang kearah makcik Ton.
"Semua makcik dah buat la Medina. Ni tokoh wanita di kampung ni", debik makcik Ton.
"Yelah makcik. Tokoh sangat! Okeylah Medina masuk dulu", ujur Medina setelah selesai membasuh motorsikalnya.
"Yelah",
_____________
"Esok pergi kerja pakai baju apa?", soal mak Midah. Tak silap dia, anak dia bukan ada banyak baju pun.

YOU ARE READING
U Are Mine
RomanceMikhael aka Jejaka hot Malaya. Dia mula menjadi playboy selepas cinta pertamanya dipermainkan. Manager kepada Medina. Medina aka Gadis tomboy. Perwatakannya tomboy kerana dibesarkan dengan adik beradik lelaki. Mudah jatuh cinta walaupun tomboy. Staf...