Bab 5

4.6K 200 6
                                    

Medina memilih untuk duduk dihujung. Sehinggalah tiba giliran nama dia dipanggil.

"Medinaaa!!", laung Julie.

Medina terus berdiri kemudian dia mengikut langkah Julie. Setiba di depan pintu besar Julie mngarahkan dia untuk masuk ke dalam bilik itu.

"Tokkkk tokkk!!", Medina mengetuk pintu sebelum melangkah masuk.

Dia kemudian tersenyum memandang tiga wajah yang akan temuduga dia.

"Okey, Medina Hamid. Saya sharon setiausaha di Wisma Land. Sebelah saya ni Ahmad Affendi pereka utama di Wisma Land.

Encik Affendi kemudian tersenyum memandangku, kepalanya dianggukkan. Nampak macam mesra!
Di hujung pula Encik Mikhael manager di syarikat ini.

Mulutku tergamam sedikit. Pucat lesi wajahku. Rasanya kalau ditoreh mahu tidak keluar darah. Lelaki yang bergesel dengan perempuan di liff.

Apa??manager di syarikat ni. Mati la kau!!gumamku sendirian.

"Ohh. Saya rasa saya tersilap datang tempat temuduga ni", kata Medina dengan gelabah. Dari aku kena malu nanti baik aku blah. gumam Medina sendirian.

"Jap. Tapi kalau tengok prestasi cik Medina, not bad. Dekan setiap tahun yer. Cuma result akhir belum keluar yer", Encik Affendi sibuk membelek resume Medina.

"Haaahhhh",

"Kenapa Cik Medina kata tersilap interview?? Tidak berminat ke dengan kerja di syarikat Wisma Land??", soal Sharon. Dia kemudian meletakkan pen diatas meja dan memandang gadis tomboy dihadapannya.

Pakaiannya unik sekali. Belum pernah dia jumpa gadis yang berani memakai corak abstrak. Baju kemeja berkotak dan seluar garis lurus. Berani! Itulah reaksi pertama bila dia melihat Medina.

"Kalau dia tidak berminat buat apa nak paksa. Kan ramai lagi calon yang layak menunggu diluar itu", akhirnya keluar juga ayat dari mulut jejaka itu. Tangannya kemudian disilang.

"Siapa kata saya tidak berminat? Saya minat. Lagipun ini jurusan saya ambik masa belajar dulu", balas Medina sambil memandang wajah Mikhael. Jejaka itu hanya memcebik memandangnya.

"Kenapa cik Medina rasa yang cik layak bekerja disini?",

"Saya tak kata saya layak dan saya tak kata saya tidak layak...

"Boleh straight to point tak", Mikhael mencelah. Pening kepala dia nak memahami ayat perempuan didepannya itu.

Medina sempat menjerling tajam sebelum meneruskan ayatnya yang tergantung tadi.

"Saya rasa saya layak sebab saya seorang yang suka cabaran dan pantang dicabar", sempat lagi Medina memandang tajam kearah Mikhael dan perkataan pantang dicabar itu ditekankan.

"Saya boleh kerja dibawah tekanan dan saya ni senang untuk belajar. Pendek kata mudah faham", medina tersenyum memandang tiga orang dihadapannya. Dah macam Akademi Fantasia pula aku rasa ni.

Affendi terangguk-angguk mendengar syarahan aku. Ntah apa yang dia anggukkan pun aku tidak tahu.

"Okey, kalau macam tu jika ada apehal saya akan contact cik Medina yer", Sharon tersenyum mengangguk.

Medina mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi.

__________

"Macam mana dengan interview tadi?", soal Maknya.

"Ntah lah", Medina kemudian mengambil remote control dan mengubah siaran. Dari channel Tv3 kepada channel Disney World.

"Susah ke interview???", maknya kemudian mengambil remote dan kemudian menukar siaran ke Tv3.

"Mak kenapa tukar channel?", Medina memandang kearah maknya.

"Mak dari tadi dok tengok cerita sinetron. Kau balik-balik terus tukar citer kartun. Rambut dah pendek ala-ala lelaki. Tapi perangai cam budak sekolah",

"Ehhh.. orang muda sebab tu tengok cerita kartun...",

"Cehh. Nak kata mak tua la tu.. Ni mak tanya dari tadi susah ke interview tu?",

"Tak susah manalah. Boleh la. Cuma orang rasa tak dapat. Lagipun ramai la yang datang interview",

"Eehhh. Mana kami tahu tak dapat. Kot-kotnya rezeki medina. Mana tahu kan", pujuk maknya.

"Yelah kot. Kalau ada lah".

"Dah pergi makan tu. Hari ni mak masak asam pedas ikan pari".

"Asam pedas ikan pari?? Lapar pula. Oranv pergi makan dulu lah", Medina segera bangus dan berlalu kedapur.

_________

"So macam mana?? Korang rasa siapa yang korang rasa layak? Hari ni saja kita dah interview seramai 12 orang", Sharon meletakkan fail biru diatas meja kemudian dia memandang satu persatu rakannya.

"Aku rasa aku nak Medina la", Affendi membelek resume Medina. Ntah kenapa hatinya rasa gadis itu layak mengisi tempat kosong pun dia tidak tahu. Tapi yang pasti dia mahu Medina.

"Aku tak rasa camtu. Lagipun sekarang ni Dato nak kita cari orang yang berbakat. Aku tak rasa dia berbakat", Mikhael menolak sekeras-keras.

"Aku rasa dia berbakat", kata Sharon.

"Whattt???", tinggi nada suara Mikhael. Ntah apa yang rakannya suka kat gadis itu pun dia tak faham.

"Okey. Sekarang ni kita nak cari pembantu aku kan. So, aku pilih Medina Hamid. Conform!", keras nada Affendi.

"Whatever", Malas mahu bertekak, Mikhael kemudian bangun dan berlalu dari situ. Hatinya masih sakit. Bagi dia Medina tidak layak untuk menjadi pembantu arkitek. Tapi dia hanya manager saja bukan pemilik syarikat Wonder Land.

"Asal mamat tu?", tanya Sharon. Pelik pula dia melihat Mikhael mengamuk sebab Affendi memilih Medina.

"Ntah mana aku tahu", Affendi mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Conform ni Medina?", tanya Sharon.

"Conformmm!!",

"Tapi kenapa kau rasa dia layak jadi pembantu kau?",

"Sebab dia unik dan dia lain dari gadis yang lain. Tapi aku rasa okey la, takdelah Mikhael tu mengatal. Bukan kau tak tahu manager tu, pantang nampak dahi licin semua dia sapu. Rasanya satu office ni dah pernah bercinta dengan dia termasuk kau kan", templek Affendi.

"Ehh aku pulak yang kena. Mana ada", Sharon cuba menafikan.

"Yelah tu.. okeylah aku pergi dulu. Bye",


> HI READERS. THANKS BACA STORY MORY NI... PLEASE VOTE AND COMMENT YER. LOVE U GUYS ♡♡♡☆ <

 LOVE U GUYS ♡♡♡☆ <

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
U Are MineWhere stories live. Discover now