Part 10Masuk hari ni dah seminggu mereka semua pulang dari London. Dan seminggu itu jugalah hidupnya terasa sunyi sepi tanpa gangguan dari seorang lelaki bernama Zafran. Keluhan dilepaskan. Sudah banyak kali dia menghubungi lelaki itu, tetapi tiada sebarang jawapan dari sana. Di tempat kerja juga dia tidak nampak batang hidung kapten muda itu. Ingin saja dia berputus asa. Tapi, apabila memikirkan kesakitan yang dihadiakan oleh Hareez dan kesungguhan Zafran menunggu dirinya selama ini, cepat-cepat dia batalkankeputusan itu.
Hareez pun satu hal. Entah mana hilangnya. Cakap sebaik saja mereka tiba di Malaysia, pekara pertama yang ingin lakukan ialah selesaikan masalah mereka berdua. Penceraian. Tapi, sehingga hari ni tiada sebarang tindakan daripada lelaki itu. Mana pergi entah mamat itu. Ditelan bumi agaknya.
Dia bukannya tidak sabar untuk bercerai. Dia setuju dengan keputusan Hareez pun sebab dia langsung tidak nampak sinar kebahagiaan dan cinta dengan Hareez. Memang dia mahu teruskan perkahwinannya ini. Tapi, kalau suaminya sudah tidak sayangkan dia lagi, buat apa dia terhegeh-hegeh dengan lelaki itu. Buang masa dan tenaga.Sedang dia memikirkan masalah yang dihadapinya itu, telefon bimbitnya berbunyi. Laju dia memandang ke arah screen telefonnya. Tertera nama Zafran di situ. Terkejut. Dengan perasaan berdebar, dia menjawab panggilan tersebut.
"Hai."
"Hai, Zaf."
"Lya, I miss you..." Dan setitik dua titik air matanya meluncur laju di pipi. Dia juga rindukan lelaki itu. Tapi berat untuk dia mengatakannya. Dia tahu, berdosa merindukan lelaki lain sedangkan dia masih lagi isteri kepada Hareez.
Ya Allah! Ampunilah dosa ku Ya Allah.
********************************************
Pagi itu, dia bangun dengan senyuman di bibir. Dia sudah membuat keputusan. Dia ingin pindah dari rumah mertuanya itu. Setelah berbual dan terangkan kejadiaan seminggu yang lalu kepada Zafran, dia ingin bertindak dengan cepat. Dan ingin masalah dia dan Hareez diselesaikan dengan segera.****************************************************
"Ibu... ayah," Panggil Adellya."Ya, Adel. Ada apa?" Tanya Puan Iman. Encik Hisyam hanya memandang Adellya dengan penuh tanda tanya.
"Adel ada something nak bincang dengan ibu dan ayah. Adel harap ibu dan ayah izinkan Lya." Ucap Adellya.
"Adel, ada apa ni? Adel nak bincang apa dengan kami?" Soal Puan Iman. Pelik dia melihat Adellya seperti teragak-agak.
"Adel ingat Adel nak pindah."
"Pindah?!" Soal Puan Iman dan Encik Hisyam serentak.
Adellya hanya mengangguk dengan kepala tertunduk memandang kaki."Tapi kenapa? Adel tak suka duduk dengan kami ke?" Soal Puan Iman dengan sayu.
"Sebab Hareez ke?" Soal Encik Hisyam pula. Adellya hanya mendiamkan diri. Tidak mampu untuk menjawab.
"Hmm, betul lah tu." Melihat menantunya itu hanya berdiam diri, sangkaannya itu betul.
"Adel dah tanya Hareez pasal ni?"
"Belum."
"Macam mana Adel nak pindah kalau Adel tak tanya Hareez."
"Hareez, dah seminggu Adel tak jumpa dengan dia, yah. Dia pun sekarang mungkin tengah sibuk dengan kekasih hati dia. Mana nak ingat Adel." Ucap Adellya perlahan. Ibu bapa mertuanya hanya mampu mengeluh dengan sikap anak lelakinya itu.
Dah ada yang sempurna depan mata, masih lagi sibuk nak cari yang lain dekat luar. Nanti bila tak ada depan mata mulalah tercari-cari. Lelaki.
"Adel dah ada tempat untuk tinggal? Kalau belum, ayah tolong carikan." Adellya panggung kepala melihat wajah Encik Hisyam.
YOU ARE READING
Setia Itu Menyakitkan
RomancePerkahwinan yang bermula 4 tahun lepas yang disangka akan berakhir dengan bahagia rupanya tidak setelah pernantiannya di KLIA membawa duka dalam hidup. "Ya. I love her so much. More than I love you, Adellya." - Hareez. Muncul orang ketiga antara mer...