Bab 34

6.7K 175 0
                                    

Hanna dari tadi kehulur kehilir. Otaknya ligat memikir.
Telefonnya bedering.
Menandakan ada orang menelefonnya.
Hanna angkat.

"Ye hello...siapa tu"

"Oit..takkan tak kenal kot!!"

"Ish..awak rupanya Adam..apa hal call?"

"Nak tanya..siapa bakal husband awak?"

"Erm..tah, tadi bakal mertua masuk bilik sebab nak sarung cincin tunang, rasa cam familiar je..tak ingat lah pulak siapa"

"Ouh ya? Oke lah..kredit dah habis lah..lain kali saya telefon lagi eh?"

"Oke"

Perbualan mereka diakhiri dengan salam.
Telefon semata mata nak tahu bakal suami je pun.
Hampeh.
Suami aku Adam ke??
Ahh--

"Mama, asal hulur hilir ni?"soal Emir yang membuka pintu bilik Hanna sedikit.

Hanna senyum.

"Mama pikir pasal siapa suami mama, ayah tiri Emir"jawab Hanna lalu mencuit hidung Emir.

"Ooooh"Emir meng-ooooo panjang.
Padahal tak paham pun.

"Oke lah..mama..Emir busy lah..ada meeting denagn client"pinta Emir. Baru sahaja nak tutup pintu tapi Hanna halang.

"Siapa client?"

"Ala..client tu tok ma, meeting tu..macam Emir nak jumpa Tok Ma..hihihi..Emir pergi dulu jumpa Mak Tok..marah nanti client tu"ujar Emir lalu turun ke dapur.

"Macam mana eh perkembangan ingatan Adam tua tu?"soal Hanna perlahan.

***********

"Oke, bulan depan saya panggil kamu semua ya..sebab bulan depan anak saya nikah..dan minggu seterusnya kahwin..nanti saya uruskan kosnya"ujar Datin Aqila kepada wedding planner yang sedang menghirup tea disofa ruang tamu.

"Oh..oke..terima kasih sebab pilih team I...I harap ia terbaik bagi you, Datin..anyway kalau ada masalah atau barang I ada tertinggal ke, tolong call ya..thanks"balas Hairi iaitu wedding planner yang diupah oleh Datin Aqila.

Emir yang menuruni tangga denagn berhati hati melihat neneknya bercakap dengan orang yang tidak dikenali.

"Tok ma, tu siapa?"soal Emir yang hairan.

"Erm..dia orang kawan Mak Tok..dah mana mama?"soal Datin Aqila pula.

"Kat atas..busy"

"Oke oke..mak tok nak masak jap..Emir nak tolong?"pelawa Datin Aqila lalu kedapur. Emir hanya ikut.

**************

Adam keluar menuju ke Mega Mall berdekatan. Dia membeli hadiah untuk Hanna. Hadiah perkahwinan.
Adam yang ralit berwhatsApp dengan kawan kawannya tidak sedar bahawa sebuah kereta laju menuju kearahnya.
Seorang perempuan menjerit ketakutan.

"Awak!!"teriak perempuan itu. Baru sahaja mahu menarik tetapi kereta itu sudah melanggar Adam. Adam jatuh berguling. Penuh darah yang mengalir dari belakang kepala.
Perempuan itu laju memangku kepala Adam.
Ramai orang berkerumun ditempat kemalangan Adam.

"Abang! Telefon Ambulans!"arah perempuan itu kepada abangnya.
Setelah itu ambulans datang dengan secepat mungkin.

************

Farah yang kalut itu kehulur kehilir menunggu doktor yang merawat Adam keluar. Telefon Adam masih dipegang.
Banyak missed call dari kawan Adam. Dan juga WhatsApp.
Dia memberi telefon Adam kepada seorang jururawat yang menguruskan Adam.
Jururawat yang bernama Yati itu menelefon ahli keluarga Adam.
Sementara menunggu doktor itu keluar, Farah mencuci tangan dan bajunya yang terdapat darah Adam.
Lantas dia ke surau berdekatan untuk solat zuhur.

"Ya Allah, Kau selamatkanlah pemuda yang dilanggar itu Ya Allah, Kau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Aku memohon kepada Mu"
Farah memanjatkan doa kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Farah menyarung tudung bawal crepe yang berwarna peach itu. Walaupun masih lagi terdapat sisa darah Adam, dia menyarung juga kerana tidak mempunyai tudung lebih. Habis baju kurung kesayangannya, terdapat darah Adam.
Abangnya hanya melihat adiknya yang prihatin itu.

"Ya Allah, nurse! Biar betul?"soal Datin Amina yang masih tidak mempercayai anaknya yang dirawat itu.

Datin Amina sebak. Mutiara jernih keluar satu persatu.
Dato' Shahril juga.
Anaknya itu sudah banyak kali masuk kedalam hospital.

----------------------------------------------------

Sedihnya..harap korg paham apa yg saya tulis ni..maaf lah kalau tak paham..otak ni paksa untuk menulis so then begini lah jadinya..hahah..update

Janji Kita ✔Where stories live. Discover now