07

149 8 0
                                    


Setelah semua perkara yang terjadi –setakat ini- menggagalkan otak Lut berfungsi dengan baik. Kalaupun Lut dapat tahu semua yang terjadi, apa; kenapa; bagaimana; dan lain-lain persoalan yang perlukan jawapan, boleh kena lintar pintas otak Lut. Tak pun hanya 0.009% aje maklumat yang akan lekat dalam kepala Lut. Agaknya Aiman dah bocorkan rahsia betapa otak Lut tak berguna sangat untuk ingat-mengingat inilah mereka enggan memberitahu apa yang jadi. Mungkin Lut boleh harapkan AJ sebab setakat ini pun, AJ aje yang sering bermurah hati untuk menjawab soalan Lut. Harapnyalah, sebab AJ pun mabuk agaknya tengok darah banyak, entah budak tu sanggup lagi ke tidak nak menghadap Lut.

Sedihnya, duduk dalam gelap sendiri macam ni tanpa tahu apa-apa. Rasa 10 kali ganda bodoh daripada biasa.

Aiman dah tak masuk dah lepas dia keluar tadi. Marah agaknya pada Lut sebab buat AJ pitam, entah. Nak salahkan Lut juga ke, sebab tak pandai nak jaga diri sampai luka tu terkoyak semula?

Lut merenung kosong dalam gelap siling depan mata. Aki ada masuk tadi bawa makanan –Lut makan sendiri walaupun Aki ada pelawa nak suap. Dah cukup menyusahkan orang, Lut tak sampai hati nak susahkan Aki dengan muka penat macam tu. Maka Lut suruh Aki pergi berehat sebab Lut boleh makan sendiri. Mujur Aki tak membantah, cuma Aki tak pergi berehat, sebab Aki sekadar melihat Lut makan. Sumpah kekok teramat. Aki pun hanya tunggu Lut habis makan, muka sepanjang masa tak perasan kut kekok diudara antara mereka sebab Aki macam tengah berfikir tentang sesuatu. Lut pun tak buka mulut untuk menyoal apa-apa sebab yakin takkan dijawab. Setelah dia makan, Aki menyuruh Lut berehat lagi kemudian Aki keluar sekali dengan pinggan kotor Lut.

Disebabkan Lut tak tahu dia berada dimana (dia agak dia ada dirumah kembar itu kot) dia bosan sendiri tak tahu nak buat apa. Belakang badan pun terasa lenguh asyik berbaring aje. Nak bergerak, takut sakit pula lukanya. Kepala pun adalah pening-pening, kadang berdenyut juga. Lut merengus kebosanan.

Rasa macam tak adil pun iye juga. Mungkin macam dah terang-terangan mereka dikejar dalam perjalanan pulang (hantar Lut balik, harapnya.) dan kemungkinan mereka pun tak tahu siapa yang mengejar mereka sekejap tadi, sebab itulah mereka enggan beritahu apa-apa pada Lut. Mana tahu takut salah informasi ke, manalah tahu. Lut cuba meyakinkan diri untuk fikir positif walaupun dia bukanlah manusia macam tu. Tapi sebab tengok muka Aki sebentar tadi, tak sampai hati nak fikir bukan-bukan.

...AJ, agaknya budak tolol tu okey tak? Tak tahu pula dia takut darah... tapi boleh pula dia tembak menembak macam cold blooded assassin aje gayanya. Siap mengalir air mata pula tu. Takut sangat ke dia? Darah aje kot, macam air sirap tapi ada bau ferum sikit...

...

"Kau tengah buat apa tu?"

Lut mengerutkan dahi, untuk kali ke sepuluh Lut menyesal tak bawa mp3 bersamanya sebab lambat pagi tadi. Inilah bahana terbangun lambat, eloklah sampai dia nak fokus siapkan lukisan yang satu ini pun kena ganggu dengan makhluk daripada planet pluto. Kalau tanya soalan yang bijak boleh lagi Lut terasa nak layan. Ini soalan cepu emas juga yang dilontarkan pada Lut.

Senyap. Bazir tenaga aje kalau layan pun.

"Lawa kau lukis. Aku tak tahu kau tengah lukis apa, tapi aku tahu kau akan lukis lawa sampai Madam Cecilia frame kan untuk gantung dalam rumah dia."

Madam Cecilia? Lut terus menoleh melihat pemilik suara tersebut.

Budak itu tersengih tanpa sedikit pun rasa bersalah.

"Macam mana kau tahu?" tanya Lut tanpa berfikir panjang.

Bila dia tersedar dia tertanya soalan tersebut, Lut mengerutkan dahi, mengalihkan mata daripada budak sengal itu. Ah sudah, sekarang dia pun tahu aku ada crush kat Madam Cecilia.

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now