30

76 5 4
                                    

"Jangan telan! Spit it back in here." Lut menepuk bahu Erik menggesa dia keluarkan kembali air epal yang bercampur dengan saliva dia.

Erik ambil cawan kosong daripada Lut dan diludah kembali dalam cawan plastik lut sinar itu. Lut perhati Erik, berasa tak senang hati.

"Aku rasa aku ada tertelan sikit tadi." Ujar Erik terbatuk kecil.

Lut buat muka lagi dan menggeleng kepala.

"Kenapa kau minum?" Tanya Lut kening terangkat sebelah.

"Mana tahu ada racun apa-apa ke dalam tu, mana tahu kan? Dah macam tu, tak adalah kau minum pula."

"Dah tu apa yang buat kau fikir racun tu takkan efek kau pula? Just sebab kau ada Aria? That other personality tolong neutralise kan racun tu?"

Erik tatap muka Lut buat beberapa ketika. "That's a nice logic coming from you." Erik tersengih.

Lut baru nak mengeluh. Tapi dia hanya sempat hembuskan nafas. Tak ada beza pun dua benda tu, tapi benda yang sama juga pada masa yang sama.

"Aku tak pula fikir macam tu but close." Dia tunjuk guna ibu jari dan telunjuk buat bulatan tak tersentuh antara dua jari tersebut. Siap sepetkan mata sebelah nak mengusik Lut.

"Kau tak nak persoalkan kenapa word 'Enjoy'? Tak nak tanya siapa yang bagi? Tak teragak apa sebenarnya dia nak dekat kau? Apa yang dia nak buat dekat kau?" Bertubi-tubi Erik hambur soalan pada Lut.

Lut julingkan mata keatas. "Still tak perlu kau minum air tu. Kalaupun ada racun pun, baca aje bismillah in syaa Allah sebab yakin dengan Allah tak ada apa. Kalau rezeki begitu." Lut beri kata putus, malas nak berbalah.

Erik sentap sendiri, maka dia diam sekejap memikirkan kata-kata yang nak dibalas. Tapi tak terjumpa. Dia hirup kopi yang dah suam. Lut rasa puas hati dengan reaksi Erik tersenyum sendiri dan bersandar pada kerusi.

Dia tenung keluar tingkap menikmati keindahan alam sedang berada dilangit. Lut angkat tangan nak menolak jambul yang menutup dahi, bila dia terperasankan gelang kayu dengan coklat kehitaman terikat dipergelangan tangannya. Seingatnya tak pernah pula dia mempunya gelang apa-apa. Tak pernah pula dia beli gelang. Paling tidak pun dia selalu pakai jam. Itu pun kadang-kadang aje dipakai.

Lut toleh pada Erik, tapi budak seorang itu tekun dah menghadap skrin. Tengok cerita apa tak tahu, tapi khusyuk sungguh. Sempat juga dia kalih mata pada Lut, angkat kening sebelah. Bila Lut geleng dia pun tak bagi respon apa-apa malah menyambung tengok movie. Ada niat nak bertanya pada Erik kalau-kalau dia teringat darimana datangnya gelang yang dipakai Lut, tapi dibatalkan niat yang satu tu. Entah kenapa dia rasa Erik pun tak tahu. Kalau Erik perasan pun dia tak cakap apa-apa.

Dia tatap semula pandangan luar tingkap, nak menjakun sendiri rasa macam dah terlambat. Tambah pula dia sibuk nak ingat semula dari mana dia dapat gelang kayu dengan leather hitam terikat dipergelangan tangan kirinya. Dan juga dia teringat yang dia tak ingat pun macam mana dia boleh kena cakar disisi tubuh dan end up mereput dalam hutan. Dan juga tiba-tiba rasa ada benda penting dalam hidup dia yang dia tak ingat.

Dahi dah berkerut dalam sedalamnya. Keliru dan otak mula berselirat nak tagih informasi yang berbaki antara neuron. Lut raup muka dan geleng sendiri. Sehingga...

Bahu Erik ditepuk agak kuat. Mengejutkan Erik. Mujur dia tak melatah. Dia hanya menoleh pada Lut, dari berkerut dalam sebab kena pause cerita. Headphone diturunkan.

"Apa kau nak?"

"Entah-entah dalam air tadi ada tracker. Dia nak track aku..." Ujar Lut dengan muka seperti baru menyedari hakikat yang petrol adalah daripada fosil dinosaur yang mati berkurun lama dulu.

Erik pandang Lut dengan muka berkerut. "Possible. Good thing kau tak minum. Paling tidak pun dia track aku je."

Lut mencebik. "Takkan lah dia tak tahu yang aku tak minum benda tu. Kalau dia bagi air tu, mesti dia tengah observe kita sekarang. So they knew something we don't yang menyebabkan dia nak track aku. Kau tak rasa macam tu?"

Erik mengeluh. Tak puas hati agaknya orang ganggu dia tengok movie.

"Boleh juga jadi dia minta Quinin tuang air on the way ke sini and they pass the note to her. Suruh dia yang buat. Takkan pula dia yang nak tuang air tu." Kata Erik malas. Tiba-tiba malas nak fikir sebab hakikat yang satu itu buat dia tak puas hati. Bukan sebab Lut ganggu dia tengok movie. Tapi dia tak puas hati dan risau akan hakikat ada orang nak track Lut. Maka untuk menyedapkan hati sendiri dia cuba yakinkan diri bahawa perkara itu mustahil.

"Kau mana tahu Quinin tu entah-entah culprit semua ni? Dia dalang kepada benda ni atau tak pun orang suruhan. Apa kau tahu?" Tingkah Lut juga tak berpuas hati Erik acuh tak acuh nak berfikir. Lut tak tahu kenapa dia tak adalah rasa risau mana ada orang nak cari dia. Dia fikir macam cool gila sebab  molecule tracker wujud sekarang dan guna air je boleh track orang. Awesome gila kot. Tak ke?

Ok, kalau jadi pada diri sendiri tak lah kot.

But still.

Lut mengaku dia teruja dan juga excited dengan fakta yang satu itu. Yang menyebabkan Erik ketuk kepala Lut sebab geram.

"Weh tak perlu kot buat macam tu!" Lut bising, mulut muncung. Tangan refleks diletakkan dikepala.

"Kalau betul benda tu jadi, ni bukan main-main kau tahu tak. Lagi-lagi mana kita nak pergi ni almost 85% budak-budak situ ada history of homicide. Dan juga criminal rates kat situ pun tinggi and it's a shitty place to live in." Kata Erik diikuti dengan keluhan. Kadang Lut ni teruja dia pun tak bertempat. Dia terhibur pun tak bertempat. Lut tak pernah nak letak emosi dia pada waktu-waktu yang tepat.

Bila terfikirkan benda yang satu itu, senyum nipis terukir disisi bibir Erik. Tapi dia cepat cover takut Lut perasan.

"Good afternoon to all passengers, we are going land in thirty minutes..."

"Kau kena tidur, nanti pressure naik kat telinga, pedih nanti." Pesan Erik.

"Weh aku serious tak boleh tidur. Aku nak tidur macam mana aku dah tidur enam jam tadi?" Lut mencuak.

Erik melirik mata pada Lut.

Lut ni kalau ada adrenaline rush dia, mulut boleh tahan bising. Semua benda dia nak komen.

"Sini kita transit je tau. Lepas ni ada another lapan jam, then baru sampai." Pesan Erik sambil Lut memakai seatbelt dia.

Lut tatap muka Erik kejap kemudian tersengih.

"Okay." Dia balas, mata bersinar.

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now