39

60 3 1
                                    



Lut baru habis doa apabila dia berpaling, melihat Yrsa bangun dari duduk sambil mengurut batang hidungnya. Lut bangkit sambil menarik selimut yang dibuat menjadi sejadah, dilipat ala kadar dan diletakkan atas katil.

Lut ada niat nak menegur Yrsa, tapi dia memilih untuk mendiamkan diri. Yrsa sudah pun menghampiri pintu dan sedang menyarung jacket labuh.

Lut dah sedia pakai sweater tebal yang diberi Yrsa dalam kereta tadi mengambil beg galas dari atas katil. Kemudian menyarung sneakers sebelum menapak keluar. Yrsa menyusul dari belakang dan berjalan dahulu.

Sedang Lut menunggu Yrsa memulangkan kunci dia memerhati sekeliling tanpa memikirkan sangat apa-apa.

"Kita ambil train ke lepas ni?"

Soalan dilontarkan apabila Yrsa menghampiri Lut.

"We shall." Jawab Yrsa, menepuk perlahan bahu Lut.

Sebahagian daripada Lut berasa lega mendengarkan jawapan Yrsa. Kebimbangan Lut bagai mencair sedikit sebanyak, walaupun Lut tak berapa nak tahu bimbangnya berkenaan dengan apa.

Langkah Yrsa diekori dari belakang, dan walaupun Lut blur blur dikejutkan Yrsa tadi pagi, Lut yakin mereka parking kereta betul-betul depan kaunter atau lobi Motel tersebut dan bukan sejauh ini, sepertimana mereka sedang melangkah sekarang. Dimana mereka melepasi sebuah bangunan warna purple cair, dan mengambil belok menerusi satu lorong dan menuju kebelakang bangunan purple tersebut.

Lut bukan ambil kira sangat tentang kereta. Walaupun kereta sebelum ini warna hitam bersinar dan yang sekarang ini hitam bersinar juga, dia yakin kereta ini bukan kereta yang sama walaupun kereta ini sebiji seperti yang dinaiki semalam.

"Yrsa tukar tempat parking ke?" Dahi Lut berkerut, keliru. Tapi dia ada perasan kereta yang sama waktu check out tadi.

Yrsa melontar pandangan sekilas pada Lut sambil dia membuka pintu kereta. Lalu dia mengukir senyum nipis dan menaiki ruang kereta. Lut diam sekejap dimana dia berdiri sebelum dia bergerak semula kedalam kereta apabila Yrsa menghidupkan enjin.

Beg galas diletakkan diruang belakang lalu Lut memakai tali pinggang.

"...Couldn't afford seeing them worry about you." Kata Yrsa apabila mereka sudah berada diatas jalan besar.

Lut tak terus membalas. Dia tenung jalan lurus dihadapan, memikirkan semula apa yang telah diperkatakan. "...them? I've got a feeling yang 'them' bukan Lisa dan yang lain. Dan this 'them' bukan manusia yang Lut actually kenal? Atau mungkin 'mereka' ni adalah orang yang Lut kenal sebenarnya cuma tak ingat?"

"Might be a little of all of them." Kata Yrsa, dengan sisi bibir terangkat sedikit.

"What?!" Lut toleh, memandang sisi muka Yrsa yang sedang memandu. "Macam mustahil aje semua bergabung."

"Not possible, but it is certainly not impossible." Yrsa melirik mata untuk melihat air muka Lut. Kali ini senyum nipis ditampal diwajah.

"Is that your idea of teasing? Ugh, inilah sebab yang paling kritikal as to why I kinda hate not knowing shit." Tangan dibawa kemuka dan diraup lama. Dia menggosok muka dan menurunkan tangan sambil berlunjur turun dari kerusi.

"Kinda?"

"I never thought I'd hate you." Lut mendengus perlahan apabila muka dan telinga memerah. Lut melemparkan pandangan keluar tingkap. Tapi niat mahu melihat alam terbatal apabila dia perasan pantulan wajah Yrsa dari cermin tingkap itu.

"So you like me before?" Kali ini memang Yrsa betul-betul mengusik dia. Dia dapat rasa, sebab dari air muka Yrsa tak nampak dia serius. Tambah dengan sengih nakal yang bergayut dibibir Yrsa meyakinkan Lut dengan niat tidak rasmi Yrsa.

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now