Mummy and Daddy

17.3K 619 4
                                    

Malam semalam entah pukul berapa sampai pun aku tak tahu. Sedar-sedar je pagi ni aku dah ada dalam bilik. Dah la subuh terbabas. Hyezrin awal pagi lagi dah keluar. Kemana dia enggan cakap. Yang aku tahu bukan pergi kerja sebab baju dia casual. Huh rumah besar dua tingkat tapi duduk dua orang. Bosan gila.

Jam sudah menginjak pukul 12. Semua kerja aku dah buat cuma memasak makanan tengah hari sahaja tidak lagi. Nak masak apa ek.

Peti sejuk ku buka dan...Kosong. Yang ada hanyalah air tin 100plus berderet tepi pintu dan air sejuk tiga botol. Dia makan apa ek duduk dekat rumah? Minum air je ke. Pelik betul laki aku ni.

Dengan kudrat yang malas aku melangkah kaki naik ke bilik dan memakai tudung. Aku kena beli barang memasak. Sebaik sahaja aku berada di luar rumah, aku menepuk dahi sekuatnya sambil memejam rapat mata kerana baru terfikir sesuatu.

Kereta akukan ada dekat kampung. Habis tu nak keluar naik apa. Aku duduk di hadapan pintu sambil menongkat dagu. Tiba-tiba aku nampak kelibat sebuah teksi berhenti di hadapan pagar rumah. Senyuman terukir dibibir.
Aku berjalan ke pintu pagar kecil di suatu sudut dan membukanya. Dalam sampai sahaja di tepi teksi pintu ku buka dan ku lihat seorang perempuan duduk di bahagian depan sebelah pemandu.

"Owh..ada orang. Maaf ya." Aduh kena cari teksi lain pulak. Pintu ku tutup semula.

"Dik nak naik lah. Pakcik hantarkan. Yang sebelah ni isteri pakcik. Dia saja nak ikut pakcik kerja.

"Ye ke pakcik." Senyuman kegembiraan terpancar di wajah ku. Dengan pantas aku meneroboskan diri kedalam texsi.

"Hantar saya ke pasar yang terdekat okay." Pinta ku sambik tersenyum.

"Baiklah." Balas pakcik texsi sambil memulakan pemanduan.

"Anak ni nama apa?" Soal isterinya.
"Saya Aliana." Jawap ku mesra.
"Dah lama duduk sini. Dekat sini memang susah nak dapat teksi. Kawasan orang kaya katakan." Aku mengangguk dengan apa yang di beri tahu oleh suaminya pula.
"Saya baru aja pindah sini. Ikut suami saya. Dia tak ada tadi keluar. Tu sebabnya saya keluar naik teksi. Lagi pun kereta saya tinggal dekat kampung." Rasanya tak bahaya kan bagi tahu semua tu dekat orang yang baru kenal.

Sepanjang pejalanan ke pasar raya aku di tanya pelbagai soalan, macam umur berapa? Asal mana? Kerja apa? Dan macam-macam. Terlebih mesra pasangan bahagia ni.
____________________________

Aku menghembuskan nafas lega apa bila sampai ke pasar raya. Lega sebab akhirnya dapat lepas dari soalan-soalan yang mendatang. Fuhh.

Aku mencongak di dalam otak untuk memasak apa tengah hari ini. Sedang aku memilih barang, aku rasa seperti di perhatikan. Apa bila aku pusing tiada siapa yang memerhati aku. Mungkin perasaan aku aja kut.

Semasa aku sedang beratur untuk membuat pembayaran. Aku ternampak kelibat isteri pemandu teksi sedang bergegas keluar. Dia kelihatan seperti bersempunyi dari seseorang.
Pelik betul. Sedang aku asyik berfikir, bakul ku di tarik seseorang apabila aku toleh ke tepi.
"HYEZRIN!" Macam mana dia tahu aku ada dekat sini.
"Kenapa nak keluar tak cakap." Wajahnya serius. Pandang aku pun tak. Aku menundukkan wajah.
"Sa..saya..tak tahu macam mana nak contact awak." Terketar-ketar aku menjawap. Dia hanya diam. Masih tidak memandang aku. Marah sungguh dia.
"Mana awak tahu saya sekat sini?" Soal ku takut-takut.
"Tengok dekat pintu tu. Mummy and daddy told me." Sebaik sahaja aku pandang kearah pintu hampir tak percaya aku apabila melihat pemandu teksi dan isterinya sedang melambai-lambai aku. Lidah ku kelu.

Sorry bab ni macam kurang menarik😳
VOTE OKAY UNTUK SAMBUNGAN!!

Suami Aku Gengster!!Where stories live. Discover now