Surprise

15.7K 510 9
                                    

Aliana termenung di kaunter bayaran, kadang- kadang dia sendiri terkejut apabila ada pelanggan yang datang ingin membeli kek atau pun air. Kadang kala dia tersenyum seorang diri. Apa nak jadi tahu Si Aliana ni. Kerja pun berangan.

"Bos?" Panggil Diana sambil menepuk bahu Aliana yang sedang termenung. Terpinga-pinga dibuatnya kawan tu.

"Ye,ye."

Fatin yang sedang menyusun cup cake di dalam bekas sudah tergelak kecil dengan telatah bos kesayangan mereka itu.

"Bos ni, duk termenung aja dari tadi. Okay tak?" Tegur Diana perihatin.

"Sa,saya okay. Hah dah siap ke cup cake tu. Biar saya hantar lah. Saya tak tahu nak buat apa hari ni." Aliana cuba menukar topik.

"Dah siap bos. Saya buat masuk dalam kereta." Sahut Fatin.

"Diana tumpang kereta ya." Memang kereta Diana yang menjadi mangsa jika dia ingin bergerak ke mana-mana tanpa pengetahuan Hyezrin.

"Okay bos." Diana memang sudah maklum dengan perkara itu.

----------
Kali ini tempahan harus di hantar ke rumah anak-anak yatim. Dia sendiri tidak ingat bila dia menerima tempahan. Apabila buku tempahan bulan lima di buka, tempahan ini sudah ada.

Kereta di pandu ke alamat yang di beri Diana. Sampai sahaja di hadapan pintu pagar sebuah rumah banglo dua tingkat yang berwarna putih, kawasan rumah itu sangat tenang. Di hadapan rumah banglo itu terdapat pokok besar yang rendang dan teduh. Rumah itu terletak jauh kedalam dan mempunyai kawasa lapang untuk bermain.

"Rumah ni." Aliana terkejut. Rumah banglo ini sama seperti di dalam mimpinya.

Aliana turun dari kereta dan menapak ke hadapan pintu pagar rumah, jari runcingnya menekan loceng.

Dua minit kemudian seorang kanak-kanak kecik berlari keluar dari rumah dan dengan wajah yang gembira kanak-kanak itu melambaikan tangan ke arah Aliana dengan senyuman kegembiraan.

"Mummy."Jerit kanak-kanak itu ke arahnya. Aliana terkejut, dilihat kebelakang kut-kut ada orang lain. Tapi hanya dia sahaja yang berada di situ.

"Mummy cari siapa?" Soal kanak-kanak itu sebaik sahaja pintu pagar di buka. Kanak-kanak yang dalam lingkungan 4 tahun itu menghampiri Aliana dan memegang tangan Aliana erat.

"Mummy jum la masuk, semua orang rindu mummy, Kila pun tak sabar nak sambut birthday." Aliana hanya mengikut langkah kanak-kanak lelaki itu.

Sampai sahaja di hadapan pintu yang sudah terbuka luas, semua mata memandang mereka berdua. Sejurus kemudian.

"Mummy!" Jerit mereka semua serentak sambil berlari memeluk Aliana yang sudah kaku seperti robot. Lebih kurang dalam 15 orang kanak-kanak dalam lingkungan 3-12 tahun.

Aliana hairan, kanak-kanak itu kenalnya dan memanggilnya mummy. Siapa dia pada mereka? Kenapa dia tidak kenal kanak-kanak ini.

"Cik Lia, dah lama Cik Lia tak datang melawat." Seorang wanita yang dalam lingkungan 50 an datang dari tingkat atas rumah kelihatan sangat gembira melihat Aliana.

"Anak-anak jemput mummy masuk dulu." Arah wanita itu. Aliana rasa tangannya di tarik oleh seseorang. Dia melihat ke arah gerangan yang menariknya.
Kanak-kanak lelaki tadi, yang menjemputnya di pintu pagar.

Aliana di suruh duduk di atas sebuah kerusi yang di susun mengelilingi meja bulat yang terdapat kek dua tingkat di tengah dengan wajah yang masih terkejut dengan apa yang terjadi.

"Mummy okay?" Soal kanak-kanak itu apabila menyedari Aliana tidak seperti biasa.
Aliana memandang kanak-kanak itu dengan wajah yang tertanya-tanya. Belum sempat dia menjawap soalan kanak-kanak itu bahunya di pegang oleh wanita tadi.

"Adam pergi main dengan kawan-kawan lain. Ibu ada perkara sikit nak cakap sikit dengan mummy."

"Okay ibu." Kanak-kanak yang di panggil Adam tadi tersenyum kepada Aliana sebelum berlari ke arah kanak-kanak lain yang sedang seronok meniup belon.

"Cik Lia?" Panggil wanita itu cuba meraih perhatian Aliana. "Saya tengok Cik Lia macam ada yang tak kena saja? Cik Lia bukan macam dulu, Cik Lia macam terkejut. Ada apa yang tak kena ke?" Soal wanita itu perihatin.

Aliana melihat wajah yang penyayang itu. Sungguh memang dia terkejut.

"Sebenarnya saya memang terkejut. Sa saya tak ingat semua ni,saya tak ingat siapa budak-budak ni, saya tak inagt puan ni siapa." Jawap Aliana jujur sambil dahinya berkerut.

"Cik Lia tak ingat?" Wajah wanita itu kini berubah hairan. "Tapi macam mana Cik Lia boleh sampai ke sini?" Soalnya lagi.

"Saya jumpa tempahan kek dari alamat ni. Tu sebab saya sampai ke sini." Wanita di hadapan itu hanya tersenyum dan mengangguk.

"Cik Lia langsung tak ingat siapa saya dan budak-budak ni?" Soal wanita itu lagi sekali.

Aliana hanya menggeleng.
"Tapi saya nak tahu siapa puan dengan budak-budak pada saya." Tangan tua wanita itu di genggam.
Wanta itu tersenyum tanda faham.

"Saya Puan Atiqah, dan budak-budak ni semua anak-anak yang tak bernasib baik, kehilangan ibu bapa dan ada juga yang di buang. Sebenarnya Cik Lia dah anggap mereka ni semua macam anak Cik Lia. Sebab tu dia orang semua panggil mummy." Terang Puan Atiqah panjang lebar.
"Sebenarnya dah setahun Cik Lia hilang tanpa berita. Dulu setiap minggu Cik Lia datang melawat budak-budak ni, main dengan budak ni, bawa mereka jalan-jalan. Cik Lia sayang budak-budak ni macam nyawa Cik Lia. Saya hairan juga kenapa Cik Lia tiba-tiba hilang macam tu aja." Kini tangan Aliana pula yang di genggam.

"Setahun. Tapi saya tak ingat semua tu. Sebelum ni saya ada terlibat dalam kemalangan. Saya hilang ingatan. Tapi kenapa keluarga saya tak ada cerita pun pasal ni?" Aliana bertambah hairan dan sedih. Kenapa perkara yang baik seperti ini tiada siapa yang khabarkan kepada dia.

Wajahnya di tundukkan memandang lantai.

"Cik Lia jangan sedih. Kami di sini sentiasa menanti kehadiran Cik Lia. Lagi-lagi Adam. Dulu setiap hari dia tanyakan kenapa Cik Lia tak datang. Dia di tinggalkan oleh ibunya di hadapan pagar, dan Cik Lialah yang jaga dia dari bayi dengan penuh kasih sayang. Tengoklah bahagia dia bila Cik Lia datang jugak akhirnya." Mereka berdua memandang Adam yang sedang gembira berkejaran dengan yang lain.

" Cik Lia?" Panggil Puan Atiqah.
"Ye saya." Wajah Aliana kini sudah tersenyum
"Saya rasa gembira sebab Cik Lia sekarang dah berhijap. Nampak ayu." Wajah Aliana kini sudah merah malu.

"Dulu saya macam mana? Sebelum tu panggil saya Lia aja. Saya bukan cik lagi, saya dah pun kawin." Jujur Aliana.

"Oh tahniah." Puan Atiqah nampak gembira dengan berita itu.
"Sebenarnya dulu Lia tak berhijap, tapi Lia orang yang baik. Jangan risau tak ada yang buruk tentang Lia yang saya tahu." Senyuman Puan Atiqah menenagkan hati Aliana.

"Lia, jum kita ke sana. Saya rasa Budak- budak ni mesti tak sabar nak makan kek. Lagi-lagi birthday girl kita. Jangan risau saya akan kenalkan mereka semua pada Lia." Aliana hanya mengangguk. Sejurus kemudia mereka memulakan majlis hari jadi dengan penuh kegembiraan.
______________________________

Aliana sudah bersiap sedia untuk pulang. Dia di pinpin oleh Adam yang dari tadi tak berhenti-henti menyoalnya kenapa lama tidak datang. Terpaksalah dia berbohong yang dia sibuk. Adam juga ada menyatakan dia suka mummynya bertudung. Sungguh Aliana sudah jatuh sayang pada anak kecil itu.

"Puan Atiqah saya minta diri dulu ya. In sya Allah saya akan datang dengan suami saya. Adam nanti cakap dekat kawan-kawan mummy akan datang lagi bawak daddy pulak nanti." Hidung Adam di cuit.

Tangan Aliana di cium oleh kanak-kanak sebelum dia pulang. Puan Atiqah menghantar Aliana sampai ke kereta. Tangan Puan Atiqah di salam sebelum dia bergerak pulang ke kedai.

'Lia dah banyak berubah. Saya harap semoga ingatan Lia cepat sembuh. terlampau banyak perkara penting yang Lia harus ingat. Dan banyak juga rahsia yang Lia tak cerita pada sesiapa.' Puan Atiqah tersenyum sambil air mata kegembiraan mengalir di pipi tuanya. Terharu kerana Aliana muncul kembali.

Maaf lama tak update. Abaikan typo yang bermaharaja lela tu😉

Suami Aku Gengster!!Where stories live. Discover now