Tempahan

16.1K 530 16
                                    

Hari ni awal dia sudah memaksa Hyezrin menghantarnya ke kedai. Ada tempahan cup cake 20 ribu untuk esok. Nak harapkan dua orang aja yang buat memang tak siaplah. Jadi dia harus turut membantu.

kerja telah di bahagikan dia mebuat doh dan membakar dua orang pekerja hanya perlu hias cup cake sahaja. Yelah penat dia orang buat sampai tak tidur semalaman.

Tanpa dia sedari jam sudah menginjak ke pukul 9 malam. Aliana sudah pesan kepada Hyezrin bahawa dia akan hubungi Hyezrin jika semua telah siap.

"Diana, Fatin kalau awak dua orang nak balik dulu pun tak apa. Lagi pun kerja dah tinggal sikit." Matanya masih fokus pada cup yang perlu di isi dengan doh.

"Tapi bos.." Diana bersuara tapi sempat di sampuk oleh Aliana.

" No tapi- tapi. Korang dah bersengkang mata semalam. And this my oder. Pergi siap-siap and go home." Aliana tersenyum memandang mereka.

"Okay bos. Thank you. Bye." Fatin menarik tangan Diana. Mereka tahu bos mereka memang sayang mereka.

Hyezrin menjadi risau. Sudah hampir jam 10, masih tiada panggilan dari Aliana. Dia bangun dari sofa di ruang tamu dan terus mencapai kunci kereta.

Sampai sahaja di hadapan kedai, dia terus keluar dari kereta dan menghubungi isterinya.

"Bukak pintu. Saya ada dekat luar." Terkejut Aliana. Dah la tak bagi salam.

Aliana keluar dari ruang masak dan terus menuju ke pintu hadapan kedai.

"Saya rasa saya tak call awak lagi?" Aliana hairan dengan kehadiran Hyezrin.

"Tunggu awak kol sampai esok belum tentu call." Hyezrin masuk tanpa di pelawa oleh Aliana. Pintu di kunci semula. Tanpa membuang masa dia terus ke belakang untuk menyambung kerja yang tergendala.

Hyezrin hanya menjadi pemerhati. Kadang- kadang Aliana perasan Hyezrin tersengguk. Muncul idea jahat di benaknya. Dia perlahan- lahan menghampiri Hyezrin. krim cake di tangannya sudah bersiap sedia untuk menjadikan wajah Hyezrin itu sebagai cup cake.

Tapi belum sempat krim itu mengenai muka Hyezrin ada sesuatu yang memegang tangan Aliana.

Hyezrin membuka matanya dan memandang tepat ke mata Aliana. Ha sudah cuak Aliana di buatnya. Krim kini sudah bertukar tangan.

"Sa..sa..saya nak.." Belum sempat Aliana menghabiskan ayatnya, Hyezrin sengaja memicit krim ke muka Aliana. Ternganga Aliana di buatnya.

Apa lagi tergelak sakan la Hyezrin di buatnya. Tapi dia terus berhenti apabila melihat muka marah Aliana.
Tanpa sepatah perkataan krim di tangan Hyezrin di rampas. Dia memalingkan badan dan berjalan terus ke oven.

"Lia, Lia. Saya minta maaf." Hyezrin menarik tangan Aliana. Tanpa di duga Aliana terus memicit krim ke muka Hyezrin dan ketawa terbahak- bahak. Dengan pantas dia melarikan diri jauh dari Hyezrin.

Hyezrin tersenyum tidak percaya. Tidak menyangka bahawa dia akan tertipu dengan isterinya.

"Awak sepatutnya hati-hati." Perli Aliana sambil dia masih ketawa. Hyezrin menjeling ke arah Aliana sebelum dia mencapai satu lagi krim di atas meja dan mula mengejar Aliana.

Mereka berlari mengelilingi meja dan sampai ke kawasan hadapan kedai sebelum tubuh kecil Aliana di tangkap dan mukanya di sapu dengan krim yang banyak. Aliana tidak melepaskan peluang untuk memicit krim ke muka suaminya. Berlakulah perang krim di antara kedua suami isteri itu.

Tanpa mereka sedari dari luar kedai di sebalik pohon yang redang di seberang jalan, ada seorang gadis yang lengkap berhud hitam sedang memerhati mereka dengan penuh rasa dendam.

"Bahagialah selagi korang mampu." Kata gadis itu sebelum dia menghilangkan diri dalam kegelapan malam.

—————————

Tepat jam 12 malam mereka bersiap- siap untuk pulang. Setelah mereka penat berperang, Hyezrin membantu Aliana menyiapkan baki cup cake yang masih tinggal dalam keadaan diri yang penuh dengan krim.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Aliana hanya tidur kerana terlampau penat.

Sampai sahaja di rumah Hyezrin terpaksa mengejutkan Aliana walaupun dia tidak sanggup mengganggu tidur lena Aliana kerana mereka harus membersihkan badan daripada krim yang berlengas.

Di dalam bilik sedang Aliana baru sahaja ingin menutup pintu bilik mandi Hyezrin sempat menghalangnya dengan tangan sasanya.

"Can i join?" Hyezrin menatap mata  Aliana dengan penuh menggoda. Tidak berkelib Aliana melihat Hyezrin yang hanya bertuala dan menampakka  dengan jelas six packnya. Hyezrin half naked membuatkan Aliana terfikir apa ek??

"Ehermm." Khayalan Aliana terus mati apabila mendengar Hyezrin berdeherm.

"No,no,no." Aliana cuba menolak pintu bilik mandi dengan sekuat hati.

"Please. I where you look at." Sakat Hyezrin. Dia menghalang dari pintu di tutup.

"Never!" Pintu di tolak dan akhirnya dia berjaya. Dapat dia dengar Hyezrin sudah menggelakkannya dia luar.

'Hyezrin gila. Aku pun gila siap berangan tengok six pack dia. Oh no! What happen to me? Aliana kau kena waras." Aliana membuka air pancuran dan duduk di bawahnya sambil memejamkan mata.

Hyezrin mencapai i phone di atas meja solek dan membuka sms yang baru sahaja masuk kedalam inboxnya. Siapalah yang hantar sms sekarang ni, orang pakai whatsapp la sekarang ni. Hahahahahahaha.

Unknow: Bahagialah, ketawalah kau selagi kau ada masa!

Wajahnya terus bertukar marah. Iphone di campak ke atas katil. Pintu bilik mandi yang masih tertutup di pandang. Insan di dalam bilik mandi itu harus di jaga seperti dia menjaga nyawanya. Dia tidak sanggup kehilangan insan itu buat kali ke dua.

Maaflah lama tak update. Tak sempat + malas sikit. Jangan marah ya.

Typo=abaikan😉

Suami Aku Gengster!!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora