2

12.8K 202 17
                                    


"jauh lagi ke bang?" mama dah gelisah bila papa masuk lorong kiri kanan hutan.

"dah tak jauh lepas kampung ni jumpa pekan , dekat jugak pekan dengan  kampus dikmi tu tapi pekan kecil je la" balas papa tapi tetap fokus memandu.

dalam hati aku ni tak tau nak habaq (beritahu) macam mana , dup dap dup dap  je nervous mungkin sebab nak masuk fasa baru dalam hidup . dok jauh dari family , jumpa kawan baru , kawasan baru . hmm harap tak ada la kisah hantu hostel ek . takut weiiii

"ha tu pekan nya" papa muncung mulut tuju pada deretan kedai.

"ni pekan??????"  aku dah telopong, tgk kedai deret yg agak kusam dengan bangunan tak lebih dari 3 tingkat .

"dikmi ok??" muka mama risau.

"ok sangat ma" aku dah tak boleh kawal emosi , macam nak nangis meraung2.

aku tak kisah pasal pekan yg agak suram ni tapi aku kisah pasal org kat sini , dah pekan pon suram org nya macam mana pulak kan . aku ni dah la bukan peramah so aku harap sangat jumpa kawan yg mesra alam ni  tak ada la malu sangat kan , meriah la sikit tapi tgk keadaan pekan ni aku agak was2.

**************

dah nampak pintu gerbang U*** . 

"nak papa pergi daftar kn ke" papa cuba memujuk aku . sejak2 papa tegas suruh aku datang sini , papa dengan aku dah tak rapat . boleh je kot study tempat dekat dengan rumah , nak suruh aku berusaha kata nya.

"tak pe la , org pergi buat sendiri" kalau guna 'org' tu maksud nya merajuk lagi haha macam budak2 aku tahu tu.

"mama ikut ok" kata mama sambil jeling papa.

"sayang jgn la macam tu dengan papa , papa buat ni utk dikmi jugak . dok jauh boleh bedikari macam along dengan angah dorang pon macam ni jugak kan tapi dorang boleh je terima , tgk sekarang dorang dah berjaya" mama cakap sambil gosok2 bahu aku.

"berjaya apa , kerja kat syarikat papa je jugak" muncung mulut aku.

"iye tapi kalau tak ada ilmu tak kan berjaya syarikat tu sayang"

"yela ma , jom la cepat dah lambat ni" saja aku tukar topik , malas dengar bebel mama . walau pon aku tahu nanti aku akan rindu bebelan mama tu.

***************

"opssss sory2" terkocoh2 budak perempuan ni mintak maaf kat aku sebab bagi jatuh aku punya fail.

"xpe2 ok je" senyum aku.

"baru daftar jugak ke? btw saya yati , Hayati" senyum yati sambil hulur tangan nak salam dengan aku.

"yup , baru ja daftar ni ha. ohh saya mia , Alisha Damia" sambut salam yati.

"awk dok kolej mana?saya blok B . yg bangunan tengah2 tu " 

"sama la , awk course sama dengan saya jugak ke sebab tadi kakak tu beritahu  kalau course macam saya dok blok B" excited aku sebab dapat kawan baru yg sama course.

"yela sama , boleh la mintak bilik sekali kan" sahut yati.

Yati ni aku rasa boleh geng aku la , mulut pon boleh tahan pot pet pot pet jugak so meriah la kalau bilik sama . org nya boleh di kategori ketot la sebab rendah dari aku tapi comel sebab ada dimple dia tu . tapi opss aku tak minat kat dia , memang aku perempuan yg suka kan perempuan tapi bukan semua perempuan tau .hehe

"dikmi,,,,dah siap ke?jom daftar bilik pulak" tiba2 je mama muncul.

"dikmi???????"celah yati.

"hahaha, ye.ni mama saya. family saya panggil saya dikmi . panggilan manja" :)

Aku..Where stories live. Discover now