10

8.1K 189 48
                                    

dah 2 jam lebih aku tunggu kat luar kelas ni , ape aku perlu explain kat kak sofi kejap lagi . malu nak berdepan dengan dia , benda bodoh la aku buat . adoiii

dari jauh aku nampak budak2 kelas dah keluar , liar mata aku cari kelibat kak sofi and yati

"eh mia , ape kau buat kat sini . kenapa tak masuk kelas?" tegur kelas rep tiba2 muncul sebelah aku

"aku sakit perut la , ni nak bagi mc kat miss sofia , kau ade nampak dia tak?" bohong tanpa niat , banyak dosa aku hari ni

"tadi dalam kelas lagi , kau slow2 sikit dengan dia tu . kelas hari ni dia garang gila , semua kitorang buat tak kena " telan liur jugak aku

"yati?"

"ha 1 hal aku nak tanya kau , yati tu kenapa nangis dalam kelas . mata dia bengkak la , aku tanya dia tak nak bagitau" tak kan pasal tadi kot , fikir aku sendiri

"yeke , hm tak ape la nanti aku balik bilik tengok dia , ape2 aku bagitau kau ek . aku pergi dulu nanti jumpa lagi . bye" dari jauh aku nampak kak sofi keluar kelas

cepat2 aku kejar kak sofi , kalau lambat aku takut berita ni sampai kat telinga papa . tak dapat bayang kan kalau terjadi . aku ikut kak sofi sampai ke office dia .

"kak sofi , mia nak cakap kejap boleh?"

"masuk" dia langsung tak pandang aku

"kak , hmmm pasal tadi tu . mia tak tahu ape yg kak nampak tapi kak jangan salah faham . semua tu tak ade ape2 , kawan mia tiba2 macam tu"

krik krik** tak ade tindak balas , kak sofi sibuk check kertas atas meja dia . aku macam org bodoh pulak cakap sorang2 kat situ

"kak pleasee , say something" tak dapat tahan air mata , kak sofi tak pernah macam ni dengan aku

"mia nak akak jawab sebagai seorang lecturer or seorang kakak?" hm tertunduk aku

"akak rase kecewa sangat dengan mia , tak sangka betul mia tergamak buat benda macam tu . salah la mia , berdosa tau tak . yati tu sampai menangis mintak maaf pasal perangai mia  , tak kesian ke kat kawan baik mia tu?" 

"mia tahu tapi mia tak boleh elak kak , perasaan mia ni . hmm memang mia suka kan perempuan" tak tahu datang mane kekuatan utk aku terus jujur dengan kak sofi

"eh mia , sedar la sikit bila bercakap tu , ingat benda ni main2 ke . berdosa besar tau" kak sofi bangun dari kerusi terus tengking aku

"maaf kan mia" makin kuat tangis aku ,kenapa org tak boleh faham perasaan aku ni

"ya tuhan , kenapa la mia jadi macam ni . kalau mama papa tahu macam mana la dorang "

"mia mintak sangat dengan kak , jangan bagitau org lain . mia merayu . mia takut dorang tak boleh terima"

"memang dorang tak boleh terima la kalau tahu anak sendiri lesbian . ishh nak bayang pon tak sanggup la , jijik tahu tak .kotor"

"jijik ? kotor?" slow aku ulang ape kak sofi cakap , hanya tuhan saja tahu perasaan aku masa tu , hati ni macam di hiris dengan pisau pedih , sakit

"mia dengar sini dulu" aku nampak muka kesal kak sofi, aku tahu dia terlepas cakap , tapi hati aku terasa sangat mulut ni tak boleh berkata lagi dah

aku terus lari keluar dari office kak sofi , tak sanggup kena hina lagi . kenapa perlu hina aku depan2 macam tu , org macam aku pon ade hati dan perasaan jugak . aku perlu kan seseorang sekarang ni , aku mahu mengadu , aku tahu yati sorang je yg faham aku . tapi aku salah .

"aku malu tau tak mia , kau buat benda tu kat blok akademik , kalau org lain nampak macam mana . aku tak tahu nak sokong kau depan miss sofia macam mana . terang2 kami nampak kau bercium dengan rina . kau janji dengan aku kau tak layan dia lagi . kenapa hari ni? kau dah tak tahan ke? termimpi ciuman dia tu? tak cukup bercium dalam bilik dulu?"

Aku..Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang