13

7.3K 178 13
                                    

"kalau macam ni la perangai awak , baik kita ..." yati stop ayat dia kat situ

"baik kita ape?cakap la bagi habis aku nak dengar. cepat la"
yati hanya menangis tanpa keluar 1 ayat dari mulut dia

"cepat la ,aku nak dengar!" yati terkejut dengar suara aku yg agak kuat

"aku diam kau melampau marah2 aku ,at least biar la aku explain dulu ape yg jadi. kau tau tak rina datang minta maaf kat aku dengan ape yg dia buat sebelum ni , dia buat semua tu sebab dia keliru dengan diri dia sendiri ,dia tak suka kan perempuan pon.and kau tau dia datang dengan siapa tadi?dengan boyfriend dia .kau dengar tak? BOYFRIEND dia." aku kuat kan suara biar yati dengar dengan jelas ,aku dah hilang sabar masa tu

yati tekup muka dia dengan bantal ,tak pandang aku langsung .tangan aku rase ringan je ,kalau yati tengking aku balik tak tau la ape jadi . nasib dia diam kan diri . aku keluar dari balik , geram dengan perangai yati yg kuat cemburu 

malam tu aku tidur rumah kak sofi , dia tak tanya banyak bila aku cakap yati tak ade bilik and aku takut tidur sorang . bila bangun pagi tu aku check fon tak ade langsung call or mesej dari yati .

"mia tak ade kelas ke hari ni?"

aku duduk kat meja makan dengan kak sofi yg tengah siap kan breakfast

"awal pagi ni tak ade ,pukul 11 baru ade"

"ok la , kak sofi lepas breakfast ni nak pergi meeting . kunci kak sofi tinggal nanti mia kunci rumah k"

"tak payah la , mia nak balik kolej dah . mia tak bawak baju salin pon . terima kasih tumpang kan mia"

"tak payah nak terima kasih sangat la" kak sofi jeling sambil senyum

********

tak ade orang kat bilik maksud nya yati tak ade , katil dia dah kemas elok.

'saya dah sedia kan baju awak nak pergi kelas kejap lagi , breakfast saya tak buat sebab dah tahu awak dah makan , saya pergi kelas dulu'

dia tinggal kan note je , marah lagi ke dia kat aku ek . 

banyak tempat dah kat kampus ni aku cari yati tapi tak jumpa , cuma kat library je aku tak cari lagi . hm tak kan pagi2 dah study kat library kot , cuba je la.

"adik, kad pelajar mane?"

alamak terlupa bawak pulak , tapi selalu masuk tak ade kad pelajar ok je sebelum ni . staff baru semangat kerja ke ape.

"maaf cik , saya lupa bawa"

aku nampak yati kat meja belakang tempat kami selalu duduk , hm kat sini dia rupa nya . eh kejap , bukan dia sorang tapi dengan udin , bukan main happy lagi . sengih2 je aku nampak dari jauh .

"adik kalau tak ade kad pelajar sila keluar"

"ye2 saya keluar"

aduhh sibuk la staff ni tak sempat aku nak pergi buat serangan hendap kat pasangan yg tengah bahagia tanpa aku yg masih hidup ni

sabar mia sabar , dorang bual2 biasa je tu . tapi kalau bual2 biasa kenapa aku whatsaap yati dia tak balas . aku tunggu kat tangga library , lagi setengah jam kelas sir saiful , kejap lagi mesti dorang keluar.

dari jauh aku nampak dorang keluar , laju je aku pergi tegur

"hai korang"

muka yati agak terkejut nampak aku , aku tahu riak muka dia berubah walaupon dia cuba buat cool . yg si udin pulak tersengih je , seronok la tu dating dengan girlfriend aku .

"hai mia , kau buat ape kt sini?" udin balas 

"saja datang tengok korang dating"

"mane ade dating la" cepat je yati balas , haaa tahu takut

Aku..Where stories live. Discover now