BAB 19

12.1K 433 8
                                    

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7 malam tetapi tiada tanda tanda yang menunjukkan Syazlina bakal keluar daripada bilik.

"Syazlina? Kau okey tak ni...." tanya Tengku Fazril sambil mengetuk pintu biliknya.

PRAK!

Syazlina membuka pintu biliknya. Bau minyak wanginya menusuk ke dalam rongga hidung Tengku Fazril. Malam itu, Syazlina kelihatan cantik sekali.

"Sorry...lambat sangat ke saya bersiap?" Tanya Syazlina.

Tengku Fazril memandang Syazlina tanpa mengelipkan matanya.

"Awakkk?" Lamunan Tengku Fazril terhenti. "Ha yeee??? Er aku ingat kau tak jadi nak pergi..." jawab Tengku Fazril. Sebenarnya Fazril dah mula tergoda dengan kecantikan Syazlina tu.

" hahah saya kan dah janji dengan awak...takkanlah saya nak mungkir janji pulak..." ujar Syazlina lalu melemparkan senyuman yang paling manis buat suaminya, Tengku Fazril.

~~~~~
"Awak kita nak tengok cerita apa? " tanya Syazlina.

"Erm aku nak tengok cerita hantu lah...aku suka cerita seram seram..." kata Tengku Fazril sambil memberikan senyuman jahat buat Syazlina.

"Saya tak suka lah....nanti malam saya tak boleh tidur..." jawab Syazlina sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju.

"Kalau kau tak nak tengok, tunggulah kat sini macam orang bodoh sampai cerita tu habis..." kata Tengku Fazril.

Ingatkan Tengku Fazril dah berubah, rupa rupanya sifat dia yang kejam tu masih wujud lagi.

"Ei!! Geram betullah!! Yelahhh saya ikut je lah!!" Kata Syazlina sambil membuat muka monyok.

Tengku Fazril hanya tersenyum penuh kejahatan.

~~~~
Semasa di dalam panggung wayang, Syazlina lebih banyak menutup matanya kerana ketakutan. Tengku Fazril di sebelahnya, hanya fokus pada cerita tersebut tanpa sedikit pun rasa takut.

Malam itu, Syazlina tidak mampu melelapkan matanya. Perasaan takut dan seram menyelubungi dirinya. Syazlina melangkah menuju ke bilik Tengku Fazril. Dia membuka pintu bilik Tengku Fazril perlahan.

"Awak....awak....bangunlahh" kata Syazlina yang mula mengejutkan suaminya perlahan.

"Nak apa?" Tengku Fazril menarik selimutnya hingga ke paras muka.

"Ei bangunlahh...semua ni salah awakk!!!! Sekarang dah pukul 1 pagi tapi saya tak dapat tidur sebab masih teringatkan cerita hantu tadi tu..." kata Syazlina. Dia mengawal suaranya agar tidak terlalu kuat.

"Habis kau nak aku buat apa? Aku ngantuklah..." Tengku Fazril kali ni mengalihkan badannya supaya tidak diganggu oleh Syazlina.

"Boleh tak malam ni saya tidur dengan awak? Saya takut..." Syazlina segera memberitahu niatnya.

"Ha yelah yelahh..." jawab Tengku Fazril. Sebenarnya Tengku Fazril masih lagi separuh sedar ketika itu jadi dia tidak boleh berfikir dengan jelas, yang penting tiada sesiapa yang ganggu tidurnya.

~~~~
Pagi itu, Tengku Fazril terjaga dan mendapati Syazlina tidur disebelahnya.

"Woi! Asal kau boleh ada dalam bilik akuu nii!!! " tanya Tengku Fazril. Padahal semalam dia yang bagi Syazlina tidur sebelah dia.

"Semalan kan awak yang bagi saya tidur sini... dahlahh saya ngantuklah..semalam saya tak cukup tidur ....janganlah kacauu! " Syazlina terus menyambung semula tidurnya.

" yeke nii??? Tipuu!! Mesti kau sengaja nak ambil kesempatan kat aku kann!" Kata Tengku Fazril.

"Kesempatan apanya? Saya ni perempuanlahh! takkanlah saya nak rogol awak? Boleh tak jangan bising! Saya ngantuk tahu takk!!" Kali ini Syazlina kelihatan agak marah.

"Manalah tahu kau terpikat dengan aku yang handsome ni kee?pastu sengaja masuk bilik aku malam malam.. then kau bagi alasan yang aku bagi kau tidur sini? padahal semalam aku tak ingat pulak yang aku bagi kau tidur sini..." Tengku Fazril sengaja mengacau Syazlina yang sedang tidur itu.

"Awak ni kan memang sengaja tau nak putar belit cerita! Dahlah saya nak masuk bilik saya!!! " Syazlina mula berjalan dengan keadaan marah menuju ke biliknya.

Sesampai di biliknya, dia terus mengunci biliknya dan tidur dengan aman tanpa gangguan daripada Fazril.

"Semalam betul ke aku bagi dia tidur sini?" kata Tengku Fazril seorang diri.Dia cuba mengingati semula kejadian semalam."ouhh!!! ye lahh!! Baru aku ingat!!" Kata Tengku Fazril seorang diri lagi.

"Dapat suami sama umur tapi nyanyok mengalahkan nenek! " kata Syazlina seorang diri di dalam biliknya...

~~~~~~

"Syazlinaa cepatlah masakk...aku laparlahh!!" Kata Tengku Fazril.

"Masaklah sendiri..saya ngantuklahh!" Jawab Syazlina dari dalam bilik.

"Cepatlah Syazlinaa..tak dengar cakap suami, nanti masuk neraka tauu!!" Kata Tengku Fazril.

PRAK!
Syazlina membuka pintu biliknya.

"Dahlah tuduh orang nak ambil kesempatan kat dia!! Pastu senang senang je suruh orang masak..bila orang tak nak masak mulalah nak kaitkan orang dengan neraka ...." Syazlina mula membebel.

Syazlina segera mencapai tualanya untuk mandi. Setelah selesai membersihkan diri, dia segera ke dapur untuk memasak.

~~~
"Awak...tadi ibu call... dia kata nak datang rumah kita ni...boleh ke?" kata Syazlina sambil menjamah makanan.

"Ibu nak datang? Erkk aku bukan tak bagi tapi kalau dia tahu kita tak tidur sebilik macam mana?" Tanya Tengku Fazril. Selera makannya mula hilang.

"Hmm...terpaksalah saya tidur sebilik dengan awak lagi..." ujar Syazlina.

" eii macam lah aku nak sangat tidur dengan kau..."

"Ek elehhh!! awak ingat saya nak sangat ke tidur dengan awak?" Kata Syazlina sambil jeling ke arah Tengku Fazril.

" semalam tu? Siapalahh yang masuk bilik saya, lepastu tidur sebelah saya..." Tengku Fazril mula memerli Syazlina.

"Ituu sebab saya terpaksa....macam lah saya tak tahu semalam awak menggatal nak peluk saya time tidur! Lepastu awak tuduh saya ambil kesempatan kat awak! Padahal awak yang ambil kesempatan kat saya.

Muka Tengku Fazril kelihatan merah padam. Malu agaknya. Haaa kantoii!!! Padan muka!

BERSAMBUNG...


Cintaku Buat Encik PlayboyDove le storie prendono vita. Scoprilo ora