BAB 21

11.9K 408 7
                                    

Petang itu, Syazlina, Zarina, dan Tengku Fazril menaiki satu kereta yang sama untuk bertemu Harris. Mereka menaiki kereta milik Tengku Fazril. Suasana di dalam kereta agak sunyi. Tengku Fazril sengaja tidak mahu membuka radio.

"Awak bukalah radio..." rayu Syazlina

" tak payah..ni kereta aku kan? So, duduk diam diam..." kata Tengku Fazril sambil menjeling tajam kearah Syazlina.

Syazlina mendengus kemarahan." Kalau aku tau jadi macam ni, menyesal aku setuju nak bawak dia sekali" Kata Syazlina didalam hati.

Zarina hanya diam membisu. Didalam hatinya berharap agar segera sampai ke destinasi yang dituju.

Beberapa minit kemudian mereka sampai ke tempat yang dituju.Kelibat Harris masih lagi tidak kelihatan.

"Mana dia nii?" Kata Zarina kepada Syazlina.

"Cuba kau try mesej dia"

Zarina mencapai telefon bimbitnya yang berjenama samsung.

To:Harris
Time: 3:00 pm
Kau kat mana? Kitorang tunggu kau kat Restoran The Ship..nanti kau datang jelah situ.

Beberapa minit kemudian, Harris mula kelihatan. Mata Harris meliar liar mencari Syazlina dan Zarina. Syazlina melambai lambai kearah Harris sebagai isyarat. Harris tersenyum melihat Syazlina dari jauh tetapi senyumannya tidak lama setelah melihat kewujudan Tengku Fazril di situ.

"Hai Syazlina...kau sihat?" Tanya Harris penuh ramah.

"Sihat:)" Syazlina memberikan senyuman yang paling manis buat Harris.

"Ehemm!! Tanya khabar Syazlina je ke? khabar aku dengan Zarina tak nak tanya?" Perli Tengku Fazril.

" erk Fazril ni memang suka buat lawak Harris...kan awak kan?" Syazlina mencubit peha Tengku Fazril penuh bisa. "Jangan pandai pandai nak buat hal" bisik Syazlina perlahan.

"Sakit lah!" Kata Tengku Fazril sambil menjeling kearah Syazlina.

" hahaha korang apa khabar?" Tanya Harris. Dia berpura pura senyum di depan Tengku Fazril, musuh ketatnya!

~~~~~
Sepanjang perjalanan mereka, Tengku Fazril asyik memegang pinggang Syazlina. Sengaja lah tu nak buat Harris jealouse.

"Sayang...jom makan? Abang laparlah..." Tengku Fazril sengaja bermanja manja dengan Syazlina didepan Harris.

Harris hanya mampu memandang Tengku Fazril dengan penuh perasaan geram. Mahu saja dia menghalau Tengku Fazril agar balik.

"Syazlina...minggu depan saya dah nak flight...awak tak nak hantar saya pergi airport ke? Hmm...nanti terubat sikit rindu saya dekat awak..." Harris sengaja membuat suara comel kepada Syazlina.

Tengku Fazril menjeling tajam kearah Harris. "Memang cari nahas dia ni!" Katanya di dalam hati.

"Harris, for your information, aku dengan Syazlina akan pergi honeymoon minggu depan...jadi tak dapatlah nak hantar kau...and lagipun kau kan lelaki, aku rasa tak perlu kot nak siap kena hantar bagai macam princess" kata Tengku Fazril. Dia tersenyum puas. Kemenangan kini di pihaknya.

" sorry Harris.."Syazlina menundukkan mukanya.Sebenarnya, Syazlina ingin sekali menghantarnya tapi dia baru teringat akan perancangan keluarganya untuk membawa dia dan Tengku Fazril berbulan madu.

"Its okay..saya faham...nanti kalau ada masa awak datanglah Amerika...saya akan bawak awak jalan jalan kat Amerika:) " Harris cuba menutup perasaan sedih+geram+marah+malu di dalam dirinya itu.

"Sorry !! Lambat sangat ke aku pegi toilet?" Tanya Zarina yang tiba tiba muncul.

"Tak lah:)"

~~~~~
" Syazlina, Zarina...jomlah aku hantar korang balik.." pelawa Harris mesra.

"Tak payah! Kau balik dengan Zarina je..biar aku hantar Syazlina balik...lagipun, aku kan HUSBAND dia, rasanya lagi elok kalau aku je yang hantar dia balik..." sengaja Tengku Fazril menekankan ayat 'husband' supaya Harris sedar status dia dan Syazlina.

~~~
"Awak ni kan...memang selalu cari pasal! Kesian Harris...dahlah dia nak flight minggu depan.. lepas tu awak buat dia sedih mcm ni!" Kata Syazlina marah.

"Lantak dia lah, kesah apa aku?" Jawab Tengku Fazril selamba.

Syazlina berpeluk tubuh. Mukanya monyok sepanjang perjalanan.

"Ingat buat muka macam tu comel ke? Muka pun macam nenek kebayan" Tengku Fazril sengaja mengacau Syazlina.

"Elehh, walaupun muka saya macam nenek kebayan sekalipun, awak tetap kahwin dengan saya" kata Syazlina sambil menjeling ke arah Tengku Fazril.

"Aku kahwin dengan kau pun sebab terpaksa" jawab Tengku Fazril

Kata kata Tengku Fazril sedikit sebanyak dapat menggores hati Syazlina.

BERSAMBUNG....

sorry kalau bab ni pendek..bye:)

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now