※ Trouble ※

7.6K 306 20
                                    

'kring..' Bunyi alarm pagi membingitkan telingaku..

"Aishhhh... bising je la jam ni..' Kataku sambil menutup alarm jam tersebut..

Tak lama kemudian, "Areum! Bangunlah.. Dah pukul 7 a.m. tau tak? Tak reti nak bangun-bangun lagi ke?!" Ommaku menjerit dari tingkat bawah..

Tatkala aku mendengar jeritan omma, aku terus berlari sepantas Usain Bolt menuju ke bilik air untuk bersiap- siap ke sekolah..

Selang beberapa minit kemudian, aku dengan pantasnya turun dari bilik menuju ke ruang tamu.. Tiba-tiba omma menegurku..

"Tak nak sarapan dulu ke Areum? Nanti lapar susah pulak.."

Aku hanya menggelengkan kepala seraya menuju ke pintu hadapan rumahku untuk memakai kasutku..

Setelah itu, dengan pantasnya aku berlari menuju ke hentian bas.. Selalunya aku akan berjalan kaki menuju ke sekolah.. Tapi memandangkan aku dah tersangatlah lewat, aku terpaksa menaiki bas untuk ke sekolah..

Setelah hampir 20 minit aku menunggu bas yang tak kunjung tiba, aku mengambil keputusan drastik iaitu menahan kereta yang lalu lalang di kawasan itu.. Aku terpaksa buat macam ni sebab lagi 20 minit waktu persekolahan akan bermula.. Mataku bersinar-sinar tatkala terpandangkan sebuah kereta berjenama Hyundai Elentra milik siapa pun aku tak pasti.. Aku menahan kereta itu dan kereta itu berhenti betul-betul dihadapanku.. Cermin tingkap diturunkan dan wajah 'ahjusshi' yang berumur lebih kurang 50-an memandangku pelik..

"Ahjusshi.. Boleh tak kalau saya nak tumpang naik kereta ni pergi Seoul High School.." kataku sambil membuat muka comel.. (>^ω^<)

"Boleh-boleh.. lagipun ahjusshi pun nak ke sana juga.." kata ahjusshi itu sambil tersenyum lebar..

"Terima kasih ahjusshi.." kataku sambil tersengih-sengih kearah ahjusshi tersebut..

Aku membuka pintu kereta dan aku duduk bersebelahan dengan ahjusshi itu.. Aku bersembang dengan ahjusshi itu sementara sampai ke sekolah.. Selang beberapa minit, akhirnya aku sampai ke sekolah.. Aku mengucapkan terima kasih lalu membuka pintu untuk keluar.. Malangnya, tiba-tiba ada tangan yang memegang kejap lenganku.. Langkahku juga mati disitu.. Aku memandang ke arah belakang untuk melihat siapakah gerangan yang tak ada adab itu.. Mataku membulat tatkala terpandangkan Jeon Jungkook.. Hot stuff sekolah merangkap rakan sekelasku yang baik hati.. Aku menarik-narik tanganku dari genggaman Jungkook tapi malangnya aku tak berjaya.. Dia menarik tanganku keluar dari kereta dan menuju ke kawasan sekolah.. Dia menbawakan ke kelas kosong yang terletak jauh dari kelas aku dan dia sendiri.. Aku cuba untuk melarikan diri namun dia mengunci aku di dinding..

"Kau ni memang perempuan tak tahu malu kan.. Suka-suka hati kau je naik kereta orang tanpa kebenaran.." kata Jungkook memandangku tajam..

"Errr.. Ahjusshi tu yang kasi aku naik, aku naik la.. Kalau aku tau ada kau dalam kereta tu, memang tak kebulur aku nak naik.." marahku kepada Jungkook..

"What did you said?" kata Jungkook menggengam tanganku dengan kuat.. Mukaku berkerut-kerut menahan sakit..

"Yahhh.. Sakit lah.. Kau tahu tak yang kita dah lambat nak ke kelas Mr. Lee ni.. Kau pun tahu kan Mr Lee tu-" kata-kataku tergantung dek kerana Jungkook menarik tanganku keluar dari kelas kosong itu.. Badanku terdorong ke hadapan mengikut rentak lelaki itu..

"Yee.. Aku tahu.. Tapi jangan ingat urusan kita dah selesai kat sini.. Tunggu aku aku kat taman sekolah balik nanti.. Kalau kau tak tunggu, aku akan cari kau sampai dapat.." kata-kata Jungkook menyebabkan aku tersentak..

Kami kemudiannya berjalan beriringan dan tiba di hadapan kelas.. Aku teragak-agak untuk masuk ke dalam kelas.. Mr. Lee tu dah la garang macam bapak singa merangkap guru disiplin sekolah.. Gerun aku.. Namun, Jungkook menarik tangan aku , memaksaku mengikuti langkahnya masuk kedalam kelas itu. Terserlahlah muka Mr. Lee memandang kami dengan pandangan yang menakutkan.. Aku memandang rakan-rakan sekelasku dan ternyata mereka amat terkejut dengan kehadiranku bersama cold city handsome boy.. Aku sempat melihat Krystal menjeling kearahku.. Jung Krystal, perempuan yang perasan popular dan hipster itu sebenarnya ada hati kat Jungkook.. Tapi, aku tengok Jungkook tak pernah layan langsung perempuan tu.. Kesian ︶︿︶

Lamunanku terhenti apabila suara bengis Mr. Lee menusuk ke telingaku..

"Ni kenapa lewat masuk kelas saya?!" kata Mr. Lee memandang tepat kearah mukaku dan Jungkook..

"Kereta saya tayar pancit tadi cikgu.. Tu yang lambat sikit datang sekolah ni.." Jungkook kemudiannya bersuara..

'Cehh.. Tayar pancit konon..' gumamku perlahan..

"Kamu pula Areum?! Apa alasan kamu datang lewat ni?!" Sergah Mr. Lee menyebabkan aku terdiam..

"Dia datang dengan saya tadi cikgu.. Tu yang dia lewat juga.." kata Jungkook menyebabkan kelas yang tadinya sepi kini riuh dengan suara pelajar-pelajar yang terkejut dengan kata-kata Jungkook..

"By hook or by crook, cikgu nak kamu berdua lari keliling padang sekolah 10 pusingan TANPA HENTI rehat ni.. ARASSO?!" arah Mr. Lee menyebabkan aku terkejut..

'10 pusingan?' gumamku..

"Boleh je.." kata Jungkook sambil tersenyum sinis kearahku..

"Tapi cikg-" kata-kataku terhenti kerana Mr. Lee momotong percakapanku..

"No buts!" katanya dan memandangku tajam..

Aku hanya terdiam mendengar kata-kata terakhir Mr. Lee.. Hmmm.. Redha je la nampaknya.. Aku menunjukkan riak tak puas hati kepada Jungkook.. Jungkook tersengih-sengih memandangku menyebabkan aku memijak kakinya.. Aku cepat-cepat ke tempat duduk ku iaitu bersebelahan dengan bestieku, Im Yejin..

"Sejak bila kau datang sekolah dengan Jungkook?" kata Yejin sambil berbisik..

"Entah.. Aku terjumpa dia kat tepi jalan.." balasku juga berbisik.. Perbualanku dengan Yejin terhenti disitu kerana masing-masing fokus terhadap Mr. Lee yang mengajar di hadapan kelas..

+

hi korang .. ni fanfic first author-nim .. author-nim harap korang enjoy first chapter ni walaupun story ni biasa-biasa je .. please vote and comment apa-apa yang korang rasa author-nim patut buat pada chapter-chapter yang akan datang.. please vote tau..
☆⇨★

©_bangtankookie_

[✔] HiPsTeR LoVe | 최신 유행 아이콘의 사랑 | J.J.K Where stories live. Discover now