※ Maid ※

3.1K 237 18
                                    

Ni yang aku benci bila terpaksa berkawan dengan hot stuff.. Hidup aku yang dulunya happy kini suram.. Aku dipaksa oleh Jungkook untuk jadi maid sampai bila pun aku tak tahu.. Tak kan sebab hari tu pun aku tak tahu.. Krystal and the gang pula hari-hari mensabotaj aku selain daripada menghasut fangirls Jungkook supaya membenci aku.. Apalah salah aku kat Krystal..?? Aku tak couple dengan Jungkook.. Perlu ke dia buat sampai macam tu sekali..?? Eiuuu.. Please la.. Daripada aku ambil si mamat perasan tu, lebih baik aku ambil Min Yonggi a.k.a Suga.. Dah la handsome, baik pula tu.. Hmmm.. Apa pun aku tak perlu layan orang yang immature macam tu.. (*^▽^*)

•●•●•●•●•●•

Aku berjalan dengan santai untuk pulang ke rumah.. Yey.. (=^-ω-^=).. Rasa heaven pula bila nak balik rumah.. Dapat la aku makan puas-puas lepas tu aku nak tidur sampai pagi esok.. Wahhh.. Tak sabarnya nak balik rumah.. Hehehe.. Tiba-tiba, aku mendengar namaku dipanggil seseorang.. Aku mula mengorak langkah dengan pantas selepas mindaku dapat mengenal pasti suara itu.. Mataku bersinar-sinar apabila aku mula menghampiri pintu pagar sekolah.. Tiba-tiba tanganku ditarik ke belakang menyebabkan badanku menjadi tidak stabil dan DUSHHH.. Kepalaku mendarat ke dada bidang milik Jungkook dan badanku tersorong ke hadapan badannya menyebabkan aku terkaku.. Jungkook kemudiannya memelukku dengan erat.. Ishhh.. Memang byuntae la mamat ni.. Aku cuba untuk melepaskan diri namun, apakan daya aku hanya seorang perempuan yang tak setanding dengan daya seorang lelaki.. Dari jauh aku dapat mendengar suara Krystal menjerit marah..

"Lantak kau la Krystal.. Nak jerit ke apa.. Yang pasti bukan aku yang nak semua ni," desis hatiku..

"Please lepaskan aku sebelum aku dituduh mengambil kesempatan terhadap kau, Mr. Jeon.. Aku tak nak dicop sebagai attention seeker.." kataku dengan keras kepada Jungkook..

"Okay okay okay.. Sorry.." kata Jungkook selepas meleraikan pelukan..

"Apa lagi kau nak..?? Kau memang tak boleh nampak hidup aku senang kan.. Aku nak balik rumah pun tak boleh.." marahku kepada Jungkook..

Jungkook hanya tersengih-sengih memandang mukaku yang merah kerana terlalu marah..

"Hehe.. Kau kan maid aku.. so aku nak kau datang tengok aku main basket ball pukul 4 petang nanti.. Dan satu hal lagi, kau tak boleh balik rumah.. Kau kena stay sini sampai aku habis game ni.. Arasso..?" kata-kata Jungkook menyebabkan aku terlopong..

"What..?! Kena stay sini sampai pukul 4..?! Why me..?!" ujarku dalam nada ketidakpuasan hati..

"Macam yang aku cakap.. Kau kan maid aku.. So semua arahan aku kau kena ikut.. Kau dah lupa ke apa yang aku dah buat kat kau.. Kau tak rasa ke kau perlu balas budi aku balik.." terang Jungkook sambil tersenyum sinis kearahku..

"Kalau aku tak nak, kau nak buat apa..?" cabar aku.. Dari mana aku dapat kekuatan ini pun aku tak tahu..

"Aku rasa kau tak mahu tahu kot apa yang aku akan buat kat kau kalau kau tak ikut cakap aku.." balas Jungkook dengan muka byuntaenya dan senyum sinisnya itu..

Aku mengelengkan kepalaku dan mengatur langkah untuk pulang kerumah.. Tanpa sempat aku berbuat demikian, Jungkook mencempung aku lalu menuju ke suatu tempat yang aku sendiri pun tak pasti.. Aku meronta-ronta melepaskan diri.. Tapi tak berjaya kerana pegangan Jungkook terlalu kuat.. Mataku yang sedikit sepet itu membulat tatkala Jungkook membawa aku ke kolam renang sekolah yang dalamnya kira-kira 4 meter.. Apa yang dia nak buat kat sini..? Mati aku.. Aku dah la tak pandai berenang.. Buatnya dia lempar aku dalam ni, tak ke mati.. Aduh.. Aku mula gementar..

"Err.. Apa yang kau nak buat kat kolam ni..?" kataku setelah Jungkook berhenti betul-betul di hadapan kolam tersebut..

Jungkook tersenyum sinis kearahku dan memandangku dengan pandangan yang menakutkan.. Aku menelan air liur yag terasa pahit di kerongkongku.. Aku tahu apa yang dia nak buat kat aku.. Tanpa berkata apa-apa, Jungkook mengugutku akan mencampakkan aku kedalam kolam itu kalau aku tak ikut cakap arahan dia.. Mukaku berubah pucat selepas mendengar kata-kata Jungkook..

"Aku tahu kau tak pandai berenang.. So, apa yang agak-agaknya akan jadi kalau aku tercampak kau dalam kolam ni.." ujar Jungkook kepadaku..

"Kau serius dengan semua ni..? Mana kau tahu aku tak pandai berenang..? Kalau aku lemas macam mana..? Kau tak rasa nak selamatkan aku ke tak..? Please.. Jangan campak aku dalam kolam ni.. Aku masih terlalu muda untuk mati.. Aku nak habiskan semua imp-.." kata-kataku tersangkut disitu apabila Jungkook tiba-tiba mendekatkan wajahnya ke wajahku.. Kurang 4 inci saja wajahku dengan wajah Jungkook.. Aku menelan air liurku sekali lagi..

"Kau ni memang banyak cakap kan.. Kau nak ke tak nak ikut cakap aku.. Ke kau nak aku campak kau dalam kolam ni.." Ujar Jungkook dengan tegas..

Aku mengelengkan kepala dan nak tak nak aku kena ikut cakap dia lagi.. Arghhhh.. Aku benci kenal Jeon Jungkook.. Sebab dia hidup aku dah tak aman.. Kenapa aku juga yang perlu jadi maid dia..?? Kenapa bukan Krystal or fangirls dia je yang jadi..?? Tak pasal-pasal hidup aku tak tentu arah.. Tak pe Areum.. Dah sampai masanya nanti, kau balas lah dendam kat dia.. Kau tunggu Jungkook.. By hook or by crook aku akan balas dendam balik kat kau.. Siap kau masa tu..

+

Hai gaisss.. I m back.. Best ke tak ff ni.. Kalau tak best.. Hmmmm.. Tapi kalau best.. thanks author-nim ucapkan.. please vote okay.. author-nim sayang korang ketat ketat.. Lol.. Hahaha..
☆⇨★

© _bangtankookie_

[✔] HiPsTeR LoVe | 최신 유행 아이콘의 사랑 | J.J.K Where stories live. Discover now