※ Stay or Leave ※

2K 138 1
                                    

'Good Job Jeon Jungkook.. You make me sick right now.. I hate you so much..'

•●•●•●•●•●•

"Kau serius Areum..??" tanya Yejin sewaktu melawatku di rumah kerana aku demam..

"Hmmm.. Lagipun kalau diikutkan aku layak untuk program ni.." balasku..

"Tapi kan program ni kan 3 bulan.. Maksudnya, aku takkan jumpa kau selama 92 hari.. Macam mana aku nak mengharungi hidup aku tanpa kau.." ujar Yejin dengan hiperbolanya..

"Ishh kau ni.. Macam la tak boleh Skype.." kataku lagi..

"Suga macam mana..?? Dia tahu tak..??" aku mengelengkan kepala selepas mendengar soalan Yejin..

"It's okay Areum.. Aku hormat keputusan kau.. Pergi la.. But jangan lupa kat aku pula.. Kot-kot la kau dah dapat kawan baru, kawan kat sini kau tinggalkan.." seleroh Yejin..

"Tak la.. Kau la bestfriend forever aku.. Takkan aku nak lupa kat kau pula.." kataku pada Yejin..

"Beli ole-ole kat aku.. Aku dengar keropok lekor kat sana sedap.. Beli kat aku tahu.." ujar Yejin lagi..

"Takut tak tahan je la.. Nanti aku beli makanan lain kat kau.." balasku..

"Beli je apa-apa pun.. Janji kau beli.. Kau nak bagi tahu Suga tak pasal benda ni..??" soal Yejin..

"Esok la aku bagi tahu dia.. Kau jangan suka-suka hati bagi tahu dia pula.. Aku nak buat surprise kat dia.." balasku lagi..

"Cehh.. Kau ingat benda ni best ke kalau buat surprise.. Bagi sakit jantung ada la.." Yejin mula membebel..

"Apa-apa je la.. Aku nak tidur ni.. Kalau kau nak tengok tengok sleeping beauty ni tengah tidur, dipersilakan tunggu.. Kalau kau tak nak, tu nampak tak pintu tu.. Kau boleh guna pintu tu untuk shuhhh.." kataku dengan panjang lebar..

"Jahatnya kau Areum.. Jumpa nanti kat sekolah.. Jaga diri tu elok-elok.. Asyik sakit je.. Arasso.. Annyeong.." ucap Yejin lalu meninggalkan aku keseorangan di situ..

'Betul ke keputusan kau nak ikut program tu..??'

'Aku yakin 10000000% untuk join program tu..'

'Kenapa tiba-tiba je kau nak join program tu.??'

'Dah program tu buka minggu lepas lagi.. Tak salah kan kalau aku nak cuba.. Mana la tahu, boleh pergi ke..'

'Kau pergi program ni sebab nak lari dari Jungkook ke..??'

Aku terus tersedar dari lamunanku selepas mendengar hatiku berkata-kata.. Jahatnya kau wahai hati.. Tapi betul ke apa yang hati aku cakap..??

Kalau betul pun, apa masalahnya.. Dia bukannya nak mati bila aku tak ada.. Hmmm.. Apa-apa je la.. Baik aku tidur.. Lagi bagus..

•●•●•●•●•●•

"Betul ni kamu nak sertai Program Pertukaran Pelajar ke Malaysia..??" tanya pengetua sekolahku, Mr. Hwang..

"Betul.. Lagipun saya teringin nak timba ilmu kat negara lain dan dapat pengalaman melalui program ni.." jawabku dengan bersungguh-sungguh..

"Hmmm.. Kamu nampak bersemangat nak menyertai program ni.. Saya akan pertimbangkan permohonan kamu.. Saya yakin kamu akan dapat program ni memandangkan kamu ni pelajar cemerlang.. Nanti kalau ada apa-apa maklumat, saya akan bagi tahu kamu.." ujar Mr. Hwang..

[✔] HiPsTeR LoVe | 최신 유행 아이콘의 사랑 | J.J.K Where stories live. Discover now