※ Unlucky Day ※

2.2K 149 6
                                    

"Bestnya hari ni.." kataku pada Yejin..

"Kan.. Aku pun rasa macam tu juga.. Tak pernah-pernah kelas kita buat outdoor activity, tup-tup buat.. Siapa tak happy.." terang Yejin..

Aku memerhatikan sekelilingku.. Pokok dan kawasan lapang.. Rasa tenang je bila dapat melihat keindahan semulajadi yang tiada tolok bandingnya..

"Yejin.. Jom selca.." ajakku..

"Okay.. Jom.." Aku mengeluarkan Iphoneku lalu kami berselca berlatar belakangkan pokok-pokok..

•●•●•●•●•●•

"Wahai pelajar-pelajar cikgu sekalian.. Hari ni kamu bebas je nak buat apa pun.. But, please don't get in trouble.. Please.. Kita datang sini nak enjoy-enjoy.. Bukan cari penyakit.. Arasso..??" terang Mrs. Kwon..

"ARASSO..!" jawab kami serentak..

•●•●•●•●•●•

"Wei korang.. Aku nak pergi jalan-jalan kejap.. Nak ambil angin.." kataku pada Yejin, Jungkook dan Suga sewaktu kami sedang berpicnic atas rumput.. Alahaiii.. Atas rumput je kami mampu..

"OKAY..!!" kata mereka serentak..

Aku berjalan menuju ke arah anak sungai tidak jauh dari tempat kami berpicnic.. Aku duduk diatas batu berdekatan dengan gigi air.. Aku menyentuh air sungai yang jernih itu..

'Eiii.. Sejuknya.. Bestnya kalau dapat mandi ni..' gumamku sambil membersihkan mukaku dengan air sungai itu..

'Wahhh.. Segarnya..' desis hatiku sebaik saja air yang segar itu menyentuh wajah polosku..

Baru aku berura-ura bangun, tiba-tiba aku terdengar bunyi berdecit tidak jauh dari kedudukan.. Aku mengikut arah bunyi tersebut dan aku ternampak beberapa ekor anak burung yang berada di dalam sarang jatuh dari pokok..

'Omo.. Kesiannya..' gumamku apabila melihat anak-anak burung itu.. Masih kecil dan masih lagi tidak pandai terbang.. Aku meninjau-ninjau dimanakah letaknya lokasi asal sarang mereka dan aku ternampak satu dahan yang agak tinggi berkemungkinan tempat asal sarang burung tersebut..

Tanpa melengahkan masa, aku memasukkan kesemua anak burung ke dalam sarangnya lalu aku mula memanjat pokok tersebut.. Sejak bila aku jadi berani pun aku tak pasti sebab aku sebenarnya gayat.. Aku memanjat sehingga sampai di tempat asal sarang burung itu.. Aku meletakkan sarang itu dengan perlahan-lahan dan membetulkannya supaya sarang itu tidak jatuh lagi..

"Bye bye anak-anak burung yang comel.. Lain kali jangan jatuh lagi tahu.. Nanti kalau hilang, kesian ibu kena cari.. Duduk sini diam-diam tahu.." kataku pada anak burung tersebut..

Aku kemudiannya turun dengan perlahan-lahan mengikut laluan yang aku ambil tadi.. Penuh dengan berhati-hati.. Aku ni dah la ada penyakit gayat.. Kang kalau jatuh, tak pasal-pasal patah kaki kot..

Entah macam mana aku boleh terpijak dahan reput masa on the way nak turun menyebabkan aku jatuh dari pokok yang tinggi tu dan seterusnya menyebabkan badanku mendarat atas padang rumput yang terbentang luas..

'Aduhhh.. Sakitnya badan aku..' keluhku sambil mengosok-gosok pinggangku..

'Auchh..' gumamku apabila lenganku terasa pedih..

Aku menyelak sedikit lengan bajuku dan aku mendapati lenganku luka dek kerana aku terjatuh dari pokok tadi.. Darah mengalir keluar dari lukaku.. Memandangkan bajuku berwarna hitam, darah tersebut tidak kelihatan pada lengan bajuku..

[✔] HiPsTeR LoVe | 최신 유행 아이콘의 사랑 | J.J.K Where stories live. Discover now